بسم الله الرحمن الرحيم.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

C cantik & C hensem ^__^

kata- kata aluan dari pemilik syarikat

*TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENJENGAH KE PAGES YG X SEBERAPA INI...
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V

Terdapat ralat dalam alat ini

Selasa, 29 Mac 2011

Pelan insentif untuk pegawai pemasaran


EKKK??? pic ni ada kene mengene ngn entry ker??? haha

Proses yang perlu dilalui sebelum membangunkan plan insentif kepada pegawai pemasaran ialah melalui beberapa peringkat utama iaitu dalam fasa pertama, ialah menentukan hieraki kerja berdasarkan nilai kerja melalui kepelbagaian kaedah yang bersesuaian dengan jawatan seorang pegawai pemasaran. Seterusnya ialah fasa kedua iaitu meninjau pasaran untuk mengenalpasti bayaran yang ditawarkan oleh organisasi lain ke atas pekerjaan sebagai pegawai pemasaran. Dari sini, perbandingn akan dijalankan dan faktor - faktor penting yang lain akan diambil kira dalam membangunkan pelan terbabit. Antara faktor tersebut ialah dari segi saiz perniagaan. Kadar insentif akan menjadi lebih tinggi apabila syarikat atau organisasi mempunyai kadar keuntungan yang tinggi dan mampu menampung sebanyak mana pun insentif yang bakal dibangunkan. Namun demikian, bagi organisasi kecil pula, mereka perlu melihat kembali kemampuan mereka supaya ia sejajar dan mamapu bersaing secara sihat tanpa perlu membebankan semua pihak.
Selain itu juga, dalam fasa ini juga kedudukan geografi juga memainkan peranan penting dalam penetuan insentif yang ditawarkan. Kedudukan geografi merupakan satu kaedah yang sesuai dalam penetapan pelan insentif bayaran. Hal ini demikian sebagai contoh, jika seorang pegawai pemasaran itu bekerja di tempat atau kedudukan yang strategik, maka secara automatiknya dia akan mendapat kadar keuntungan yang tinggi jika dibandingkan mereka yang bekerja atau berada dalam skop yang agak sempit seperti luar bandar.

Namun demikian, dalam fasa ke tiga menerangkan bahawa penggabungan data job worth ( nilai kerja) dan data pasaran perlu bagi menghasilkan struktur bayaran organisasi yang tersendiri. Jenis dan tahap ini dapat membantu dalam merangka pelan insentif kepada pegawai pemasaran melalaui jenis dan tahap kemahiran atau pengetahuan yang diperlukan. Hal ini penting kerana perkara ini dapat membantu dalam membuat penilaian dan menilai perbezaan tahap – tahap kemahiran dan kesukaran tugas yang perlu dilakukan dan berapakah imbuhan atau insentif yang wajar diterimanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...