بسم الله الرحمن الرحيم.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

C cantik & C hensem ^__^

kata- kata aluan dari pemilik syarikat

*TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENJENGAH KE PAGES YG X SEBERAPA INI...
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V

Khamis, 26 Mei 2011

26 mei 2011

salam...
pejam celik, pejam celik, dah 26 mei hari ni, esok dah 27 may, maknannya, tarikh hari lahir aku akan tiba beberapa jam lagi..hurm,agak lama aku xupdate blog ni..bukan apa, ada masalahyg xdapat dielakkan.
ckp psl menghampiri hari lahir aku yg insyaALLAH ke 22 tahun ni, first sekali, bersyukur ke hadrat ALLAH kerana dgn kasih sayang dan limpah kurnia-Nya, aku masih diberi ruang dan kesempatan utk masih bernafas di muka bumi ni..tp, kekadang, timbul persoalan, adakah aku cukup dan sudah matang seiring dgn usia aku ini?? mg lah, teman2 lain ada diantaranya sudah mempunyai anak dan berkeluarga..tp, adakah itu semua sudah cukup untuk menunjukkan kematangan seseorang?? aku sendiri xpasti adakah aku sudah cukp matang..
tp, dalam menghampiri tarikh keramat ini,
xtahu kenapa hati aku cukup sensitif hari ni..cket2 air mata aku akan jatuh, kejap2 nangis.



aku akui, aku agak sensitif kadang2 tu,semua ni kdg2 diluar kawalan aku..
aku manusia biasa..
mungkin aku rindukan family aku, atau mungkin juga aku terasa dengan seseorang..entahlah...
semua perasaan bercampur.
betullah kan, kekadang bibir mengukir senyum, tp dihati terkandung seribu duka..
aku xboleh paksa kalau org dah meluat dgn aku..aku xmampu buat apa2..
aku nk balik,..:'(
kalau kat rumah, paling kurang pun adik2 aku akan bg sesuatu utk aku sempena hari lahir aku..kebetulan tarikh lahir aku selang sehari dgn adik perempuan bongsu aku..
mmg keluarga aku xpenah sambut hari jadi sape2..cma, sejak akhir2 ni, kan semua dah besar, paling koman, aku akan belikan kek, goreng2 bihun cket utk sambut hari lahir abah, umi dan adik2..
aku xkisah buat semua tu sbb aku mmg suka bila diorang gembira.
setakat ni, aku belum dapat ag kek hari jadi..aku mkn masa bday org ada la..hahaha..kesian kan??
kalau mcm aku, kawan2 penah bg hadiah sempena hari jadi aku masa sekolah..mcm tu jugak umi aku,.sampai skrg semuanya masih tersimpan rapi..
aku hargai apa yg kalian berikan..
aku masih ingat ag dulu2..masa sekolah menengah,
kawan baik aku hajar telah 'bersusah payah' membuat kuih apam utk hari jadi aku, kami sambut dgn rakan2 yg lain ditepi sungai kat rumah dy.



aku terharu ngat..walaupun kek buatan dy xberapa nk menjadi..maklumla, baru belajar..hehe
mak dy lak wat mee goreng..kami berkelah ditepi sungai..seronok sgt..masa tu dah xsuprise dah birthday aku ni sbb au dah tahu..sbbnya, masa hari kejadian gak, family aku nk pergi berkelah tepi pantai..tp, si aja ajak aku pegi rumah dy..siap paksa ngn ugut tu, tp, dy xleh lawan aku la..aku berjaya bukak mulut dy.tp, dy suh janji bile nk sambut nnti, wat2 terkejut..hehe..yela, kawan2 aku yg lain xtahu yg aku dah tahu..lucu bila diingat balik..
itulah kali pertama dan terakhir aku sambut hari lahir..even hanya berbekalkan kek apam, aku tetap gembira..terima kasih kawan2 ku semua..aku syg semuanya..
xsabar nk balik, nk jumpa korang..aja dah janji nak wat kek coklat feveret aku bila aku balik nanti..tp, itu janji sblum aku tahu bahawa aku ada kurusus induksi dan intersesi..aku terpaksa balik lewat drpd org lain..:'(
kalau semua tu xde, aku sudah berada di kampung 21 hb may lagi, dan esok mungkin aku dapat kek daripada aja ngn ida...
emm, xpelah, nak wat cm ne, xde rezeki lagi..xtaw la bila dapat sambut bday kami sama2..
sbb cuti lain2..yela, aku belajar di uum, aja um dan ida upm..
hurmm..
setakat ni dulu kot..
mlm ni nk kene tidur awal sbb pagi2 lagi ada kursus induksi..

k..jumpa ag..
salam sayang dari puteri umi dan abah..^__^



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...