بسم الله الرحمن الرحيم.
C cantik & C hensem ^__^
kata- kata aluan dari pemilik syarikat
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V
Ahad, 27 Februari 2011
MENANGKIS KEJAHATAN MAKHLUK HALUS RENUNGAN PERANAN JIN DAN SYAITAN
-credit to sinar zamdurrani-
post ni AQ dapat masa tgh layari ntenet..utk perkongsian..maklumat lanjut,layari..
http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/tangkis.php
Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran.
Firman Allah maksudnya::
"Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat)." (Al-A'raaf 16-17)
Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini. (Al-An'am 112)
MAKNA PERKATAAN JIN
Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya "Jinny" yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.
ASAL KEJADIAN JIN
Firman Allah maksudnya:
Dan diciptakan jin dari nyalaan api.
(Ar-Rahman 15)
"Al-Maarij"
Bermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau "Al-Lahab" iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hiam, kuning dan biru.
Sesetengah pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan "As-Samuun" iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin).
"Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas."
(Al Hajar 27)
"Allah bertanya; Apakah yang menghalang kamu dari sujud (kepada Adam) apabila aku menyuruh kamu. Lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya (Adam) dari tanah.
(Al A'raf 12)
KEWUJUDAN JIN BUKAN DONGENGAN
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tenang sempurnanya(; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(Al Baqarah 2)
Demikian itu wajib kepada setiap muslim berikan dengan perkara ghaib yang tidak boleh sama sekali rasa syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan syaitan.
Dalil Al Quran
Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
(Al Ah Qaf 29)
Wahai sekalian jin dan manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-oang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).
(Al An'am 130)
TIDAK DILIHAT BUKAN BUKTI TIDAK WUJUD
Sifat kejadian makhluk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan bukan bermakna ianya tidak ada, mari kita meihat satu contoh seperti aliran elektik tidak kelihaan pada wayar namun apabila disentuh ia akan memberikan reaksi, begitu juga dengan angin, udara, bau-bauan dan sebagainya.
Sabtu, 26 Februari 2011
dia..dia...dan dia..bukan jodoh saya...sebab...??
Jumaat, 25 Februari 2011
nasi kerabu
sedaappppppppppp.........ni lah, mknan feveret aQ...dah lama xmakan...nk cari kat uum ni susah sgt asenye..kalau jumpa pun xkan sama dgn umi AQ yg buat...haha..biasalah,air tgn mak sendiri kan?? entah biler la dapat mkn ag...huhu...
so,skunk aQ nk share la cara2 nk wat nasi Kerabu versi Q-late ni..hehe
bahan2:-
kelapa 2 bijik. 1) utk wat tumis
2) utk wat sambal
beras- kalo nk nasi kerabu kaler biru guna bunga gedang,
-kalo nasi warna itam guna daun mengkudu
ulam2 - pucuk niding( bahasa suratnya aQ xtaw)..Ekeke
-daun kesum
- timun batang
kalo nk tambah ulam2 lain pon bole..suka-suki sendiri la..kalo sesetengah org,depa tambah tauge,kubis,kacang panjang dan segala mak nenek sayur n ulam laa..hehe
isi ikan (utk wat sambal ikan)
bawang merah,serai,cili kering,.aQ lupa bende alah yg lain...ekeke
ayam @daging @ ikan..
nilah bahan2 nyer kalo xsilap laa.sbb dah lama xbuat..so,lupa perkakas dy..hehe..nasi kerabu ni senang jer.tp,dy byk step sket la..
ok,kita mula step awal dulu..
1) beras td kita basuh bersih2 pas tu,masak la..wat mcm nk tanak nasi biasa...tp,kalo yg suka kaler2 ni pulak,amik bunga gedang@ daun mengkudu 2,pas 2,perah air dy sampai kuar kaler yg kita nk 2...xyah guna pewarna tiruan..yg ori dah ada..hehe...ok2..pas ru,mcm biasa jer,tanaklah beras bersama air td...tp,kene selalu kacau la supaya kaler dy sekata..
2) pas tu,kita nk wat tumis dy lak..ok,mula2 kita blander la bawang,serai,lada kering, n sama waktu dengannya tu..pas tu,goreng la samapai naik bau..bila dah naik bau 2.masukkan lah santan..aQ xsure lah anggaran dy..sbb main campak jer...tp,dlm sebijik kot..hehe..pas tu,masukkan garam ngn asam gelugur...masaklah hingga mendidih...pas tu,biarkan dulu..hehe
3)ok,skunk nk wat sambal ikan pulak..mula2 kita kukur kelapa..semolek2 nya,lepas tu jemur dulu supaya cepat kering n cepatlah cket tempoh u goreng nanti.kalo x,nk tunggu garing tu,mmg penat..haha pas tu, ikan yg dah direbus td,buangkan tulang dy..pas tu,jgn lupa bwg merah,halia,ngn serai,garam cket,gula cket,..tumbuk depa tu..pas tu, bila depa tu dah lunyai, masukkan ikan,tumbuk sesama...then,kelapa td,mesin ke,tumbuk ke sampai sederhana hancur...pas tu, msukkan lah ikan yg ditumbuk bersama bahan2 td dan gaulkan dalam kelapa yg dimesin td hingga rata..kiranya,lagi byk ikan lagi sedap...hehe...kesedapan sesuatu nasi kerabu bergantung pd dy la..ehh..yeke? huhu
4)ok,next..patutnya kite kene kerjakan dy dulu..tp,xpa2..ok2..lauk tambahan ni,bergantung kepada org yg masaknya..kekadang ada yg wat ikan celup tepung,daging @ayam bakar..kalo yg kaya tu,sume ada..haha..ala,bende2 ni wat sendiri pon boleh ase..xperlu nk explain..hehehehe
5) last sekali,ulam la..ulam ni,cicang halus2.kalo yg perlu cincang lah..xkan tauge nk cincang kot..hehe..2 jer..hehe..
6) ok,bila nasi dah masak bolehlah dihidangkan bersama2 budu dan juga sambal lada..emmmmm..yummmmmy..hehe
Rabu, 23 Februari 2011
Isnin, 14 Februari 2011
SALAM MAULIDUL RASUL 1432H
Selawat Junjungan
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com
Ya Rasul salammun'alik
Ya Habib salammun'alik
Sollawatullahi'alaik
Di mulakan dengan selawat
Ke atas Nabi syafi'ul ummat
Moga diberkati hidupku
Selamat di dunia dan akhirat
Pergimu tiada penganti
Hilanglah seri buana ini
Kaulah penyeri kaulah purnama
Yang menerangi hidup manusia
Lahirmu dijanjikan Allah
Membawa rahmat sekelian alam
Membina ummat yang bertamadun
Kaulah Nabi kekasih Allah
Walau ujian melanda
Kau sabar menghadapinya
Kau contoh sebaik ummat
Tauladan sepanjang zaman
Walau kau tiada lagi
Kau tetap disanubari
Jasamu terlalu agung
Namamu tetap di hati
Lagu & Lirik : Munif Ahmad
Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.
Ahad, 13 Februari 2011
darah kita...
DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.