cuaca indah di medan ini,
bakal menggamit sebuah reptasi duka,
kerana satu saat nanti,
sudah tersurat dalam kehidupan,
tiap yang bertemu,
pastinya akn merasai perpisahan.
senyum,tangis,dan tawa,
yang menghidupkan suasana harmoni,
jua mencambahkan silaturahim suci,
kini bakal tiba ke destinasi,
kerana...
itulah takdir yang maha Abadi.
sebening kasih dan seluhur azimat suci,
akan tetap tertinggal di sini,
berbekas di sanubari,
untuk sepanjang perjalanan kami,
kerana kami tahu,
hubungan kita,
seharum kasturi,seindah ukhrawi.
biarpun berat menimpa,
walaupun hebat dugaan tiba,
kami terima ketentuan-Mu,
Ya ALLAH....Ya RABBI,
kerana kami tahu,
Kau telah tentukan yang terbaik,
buat kami dan dia...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan