Assalamualaikum (w.b.t)
menghampiri ke detik2 terakhir CTeah akan melepaskan title mahasiswi UUM, terimbau kembali detik2 pertama menjejakkan kaki ke sini.. mungkin inilah dikatakan sebagai takdir ALLAH, tapi tak dapat dinafikan, abah adalah sebahgian daripada takdir itu.. semua ini kerana, kerana Abah lah,CTeah berada di UUM..cerita bermula apabila selepas CTeah tamat tingkatan 6 dan mendapat keputusan yang alhamdulilah, CTeah sebenarnya berniat nak kerja..tak mahu dah terlibat dengan buku, pen dsb..
umi lebih suka kalau CTeah kerja, n umu suh mintak SPA dan seolah2 diberi green light, CTeah mahu..namun, apakan daya, abah sgt2 berharap ada anaknya yg memasuki universiti..dalam berat hati, CTeah memohon dan alhamdulilah...akhirnya dapt masuk ke UUM..CTeah masih ingat lagi, CTeah dgn umi pernah 'perang mulut' gara2 CTeah merungut tentang hal ini..pernah kekadang tu seolah2 'salahkan' abah. tapi masa tu biasalah,tak matang berfikir dan bertindak lagi...so, skrg dah faham...^__^
pejam celik,pejam celik dah 3 tahun dah CTeah melewati pengajian..dan insyaALLAH...28 Jun ini,tamatlah gelaran itu..insyaALLAH...hope sumneya berjalan lancar dan abah dan umi akan berbangga di saat CTeah melangkah naik ke pentas konvo..insyaALLAH...
TERIMA KASIH BANYAK2 ABAH DAN UMI..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan