Assalamualaikum wb.t..
alhamdulilah...walaupun beliau
sudah bersama dengan penciptanya kini..aura dan semangat Allahyarham
seakan mengalir...kebaikan dan kemuliaannya sentiasa dikenang sehingga
akhir zaman...insan yang dimuliakan sekalian langit dan bumi...sungguh
luar biasa pemuda ini...rententan daripada ramai yang ingin mengetahui
lebih lanjut tentang Allahyarham, satu pages telah ditubuhkan di
facebook oleh ahli keluarganya dan Ana adalah antara yang mengikutinya
kerana semangat untuk mengenali beliau seakan tidak pernah padam...ingin
sahaja mencoret tentang beliau walaupun Ana tidak mengenali arwah
apatah lagi berjumpa dengannya..cukup dengan mempunyai hubungan
silaturahim sesama muslim dengannya sudah membuatkan diri ini bangga
kerana mempunyai saudara seislam sepertinya...Ana percaya, Allahyarham
Ahmad Ammar akan sentiasa 'hidup' dalam diri setiap manusia yang
cintakan agamanya..subhanallah...
Şehıdımız Ahmad Ammar
::yang setakat ini sudah mecapai 12835 orang follower ketika entry ditulis..:: let's follow Ammar :)
melalui pages ini segala yang kita ingin ketahui tentang
Allahyarham,akan diupdatdari semasa ke semasa dan tujuan ia ditubuhkan
adalah menyahut gelombang perubahan ke arah
yang lebih baik kesan daripada pemergian Şehıdımız (Syahid kita) Ahmad
Ammar ini..semoga pahala dan kebaikan Allahyarham terus mengalir dan
memberi inspirasi kepada pemuda pemudi lain agar mencontohinya..inshaa
ALLAH...
Melalui laman itu juga satu
kisah telah dikongsikan oleh sahabat arwah semasa pengajiannya di turki
yang pastinya menyentuh tiap sanubari...bacalah..dan hayatilah..
credit to :- Şehıdımız Ahmad Ammar
-dan penulisnya, MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
Oleh : MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
Tarikh : 20/11/2013
Tempat: İSTANBUL,TÜRKİYE""
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bismillah...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Oleh
krn rmai yg brtanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum
Ahmad Ammar Bin Azam yg baru2 ini mnggemparkn ummah dgn pemergian beliau
mnghadap Ilahi. Maka sy sbg sahabat spengajian beliau di Turki brasa
brtanggungjwab utk mmperkenalkn serta mem 'promote' kn sgl kebaikan yg
beliau prnah lakukn smasa hayatnya mudah2an ia dikira ilmu brmanfaat yg
dtinggalkan beliau (yg mana pahalanya brterusan shingga kiamat). Harap
kpd siapa yg baca, baca lah smp tamat. Maaf ia agak pnjang dan akan
mngambil masa paling kurang 20 minit dgn bnyak ayat yg x trsusun.
Beliau
ntara student Msia trawal ( beliau batch ke 2, sy ke-4 walaupun smp
skrg student msia d Turki x smp 35 org pun) yg mlawan arus perdana
apabila mmilih Turki sbg destinasi pngajian setelah SPM. Sbb tu kami
pggil beliau Abg Long. Agak aneh, seorang yg pernah dinobat sbg pelajar
kedua trbaik SPM 2010 di RMC dgn pencapaian 9A1 1A2 mmilih utk smbung d
Turki, Negara yg sering dlabel sbg Negara eropah yg 'sakit'. patutnya
beliau ke tempat yg lebih brprestij. dah la amb Turki, ingatkn amb medic
ke, atau engineering, tgk2 amb sejarah, bidang yg sering diamb oleh
student gred C dan D, sjarah Uthmaniyyah plak tu. MashaAllah. Bila
prtama kali sy tnya beliau knapa pilih Turki dan amb sejarah. Jawapan
beliau "Turki ni dulu prnah jd pusat Dunia Islam 600 tahun, xde kuasa
dunia yg lg lama drpd tu, Negara lain pun respect n tunduk dgn Turki,
knapa kita x bngga, tu sjarah kita. kita boleh kmbalikn balik sjarah tu.
lpstu kita ni da blaja tinggi2 last2 org yg blaja lebih2 kurang plak
control kita. sbb tu ana amb sejarah". Cukup trsentak dgn jawpan tajam
beliau.
Beliau seorg yg sgt pndiam, tp skali beliau cakap,
smua org nk dgr dan akan ingat ap yg beliau cakap. Beliau jg sgt susah
nk gelak ketawa, tp skali beliau ketawa smua org ingat bila dan apa yg
buat beliau ketawa. Beliau jgn haraplah nk brckp dgn perempuan, sgt
kekok klu beliau dlm situasi trsebut. prnah skali beliau bwk student
msia overseas yg dtg cuti d Turki dn kebetulannya perempuan, oleh krn
beliau malu nk bg tahu kt perempuan trsebut, beliau call seorang sahabat
kami yg amb master d Turki utk tlg bg tau perempuan tu apa yg dia nk bg
tau. Padahal beliau ad dpan prempuan trsebut. MashaAllah begitu skali
beliau mnjaga dirinya.
Beliau seorang yg sgt rajin
menolong, klu ad prgrm ap2 d rumah, beliau org yg pertama smp utk bantu
bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan hidangkan makanan. beliau jgla
yg last skali balik sbb nk bantu gulung tikar, sapu2 balik, basuh
pinggan dn bungkuskn makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah
laku beliau. Beliau sgt sopan santun, sgt brjaga2 ketika brtanya dn sgt
brdisiplin. sbb beliau prnah ckp "dulu mse kecik2 mmng kuat ah main2 tp
lpas masuk RMC mmng kna train habis". Sy cukup rapat dgn beliau dan
keluarga beliau malah sy mngenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun.
mana tidaknya msa first time sy ngaji dpan org umur 8 tahun, atas
prmintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu
lg sy aktif dlm prgrm ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak sy smp d
Turki, klu sabtu ahad, sy akan prgi ke rumah beliau dkt Fetih Mahallesi
(hari2 lain sy d asrama Turki) ,mkan sma2, beliau masak, brsukan,
brdiskusi smp tulis kt whiteboard dan akan tidur d biliknya. ntara cara
beliau ialah sbelum tidur dan bangkit dr tidur, beliau akan tepuk tilam
dan baca 3 surah Qul, pd masa tu sy ingat mungkin dr sek. menengah lg
kot dia mcm ni. Beliau sering tidur lewat krn mmbaca buku (buku2 nya
bnyak yg dah ghabak dan bnyak tulisan menunjukkan yg mmng beliau
mmbacanya). Bulan lpas, sy dminta utk bentang mngenai sejarah
Uthmaniyyah di laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yg sy
jdkn rujukn utama. beliau pun bg la buku2 dan article2 sbg prsediaan utk
sy. Beliau jg cadangkn supaya setiap minggu mesti ad student yg akan
present mngenai apa2 ikut bidang masing2.
Ketika Eid Adha
yg lalu, kami (student Msia) brkump. brsama2 selama sminggu. dlm
seminggu tu ad 1 hari full prgrm dr pg smp mlm. kami dibahagi2 ikut
kump. Dtakdirkn Allah, kump sy dketuai oleh beliau. tp yg lawaknya nama
kump sy yg beliau bg.oleh sbb beliau sgt suka Sultan Muhammed Al-Fatih,
maka nama kump kami yg beliau bg ialah 'Fatih Var Mı?' yg brmaksud Fatih
ade ke? sgt kelakar sbb nama kump kami soalan. Jd setiap kali nama kump
kami dpanggil, smua akan ketawa trbahak2 trmasuk kami dn beliau
sendiri. Tugasan kami adalah pg ke muzium Atatürk dn buat skit research.
Dlm muzium itu, beliau seolah2 jd penceramah apabila sgl gambar2 yg ad
dlm muzium trsebut beliau trangkn dgn detail lebih drpd petugas2 muzium
trangkn pd kami.
Ad skali tu time mkan mlm d rumahnya,
beliau crita pngalaman beliau smasa mngikuti misi kmanusiaan d Syria.
Beliau kt,"Ana ni bukannya reti Arab". smua org yg mnyertai misi ini
tahu bhs arab dn bila tentera Syria tnya dr mna dtg, mrk jwb Syria
(walaupun bukan sbnrnya). bla smp turn beliau dtnya, beliau jwb
Maliziya, trus x dpt masuk. Alhamdulillah beliau brjaya jg cari jln
belakang dn masuk pd waktu mlm scara smbunyi. Sbelum bliau pg, beliau
prnh kt "ana klu tgk prempuan2 Turki ni msti rsa mcm nk kena kwen da ni,
x tau sbb apa". ketika beliau brmalam d wad hospital Syria , beliau
trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid
(krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid). kemudian x
de apa2 brlaku beliau trus tidur. Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu
bidadari. Ketika hari terakhir beliau d Syria, beliau ad brtanya dgn
sorang pemandu di Syria (kbetulan driver tu boleh ckp inggeris skit2)
"knapa pemuda2 kt sini brani betul dn nk syahid" driver tu jwb "pemuda
kt sini da x pandang da harta bnda dan wanita2, diorg sume hnya tggu
syurga dn bidadari syurga, sbb tu diorg nk syahid". Beliau pun ceritakan
apa yg beliau mimpi, driver tu kt "awak ni boleh mati syahid ni".
Sekembalinya beliau ke Istanbul dgn slamat, kami pun (psl baru habis
baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkn beliau
'Syahid yg Trtangguh'. Bila beliau cerita pd kami yg beliau mimpi. kami
smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau". Namun hari2 berikutnya
beliau mmng brubah, setiap kali beliau pndang prempuan, tiada apa2 yg
drasainya. 'Ajeeb!!!
Prnah jg beliau minta pd sy, "nta tlg
ngaji time ana kawen nnti ye" sy pun jwb smbil trsengheh "dah dkat ke?
dgn org mna?" Beliau jwb "ana mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org
bosnia" ktanya smbil brseloroh. Beliau jg ckp "nnti klu kt ana meninggal
kt sini pun nta tlg ngaji jg skit paling2 pun Qul huAllah pun ok la" sy
pun jwb "x yah la ckp2 mcm tu".
Bbrp hari sblum beliau
pergi mngahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dlm satu majlis makan malam
di Çamlıca. turut dhadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri
Aziz. Kbetulan bbrp hari sbelum itu pula, sy brkesempatan brtemu dgn
Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nnti sy terangkn knapa sy
selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya sy mcmna bleh jmp Dr. Davut sbb
beliau nk sgt jmp dgnnya. Sy jwb Dato' Seri Anwar Ibrahim yg bwk jmp msa
dia dtg Beşiktaş hari tu. Beliau kt Dr. Davut seorang yg sgt bijak.
Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) shj dah boleh gerunkn musuh2
Turki. Pd mlm itu beliau brcakap bnyak lebih dr biasa.
HasbunAllahu
wani'mal wakeel, Wallahi x sy sangka2 itulah prtemuan perpisahan kami
di ardhillah ini krn 2 hari slps itu, insan yg sudah sy anggap sprt
abang dn murobbi tlh dpanggil mnghadap Tuhannya. Beliau prgi meninggalkn
kami dan ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d jln raya,
kaki beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar sebuah
ambulan kena bhg bahu bliau (faham2lah ambulan Turki laju mcmna). Kami
trus ke hospital utk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba d airport pd
besoknya dgn keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat wajah setenang
mrk yg baru shj kehilangan seorang prmata yg lebih awal dpanggil
olehNya, malah beliau mrupkn satu2nya anak lelaki dlm kluarga). Sy masih
x dpt trima hakikat ketika itu, ia sprt mimpi. Setelah jenazah
dmandikn, kelihatan peluh msih ad pd wajah beliau. Sy knal muka beliau
time tidur dn begitu lah wajah yg sama pd ketika itu, mmng rasa mcm nk
kejutkn je. Namun Allah lebih mnyayangi beliau.
Ketika
jenazahnya d solatkn di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yg hadir. Pd
ketika itu, saya yakin beliau seorang yg tiada musuh. Rakan2nya sama2
ponteng klas pd hari itu sbb lecture2 pun x dtg univ. smata2 utk brsama
solatkn jenazah beliau. Saat dkebumikn di prkuburan Eyyüp Sultan Camii,
rmai yg x sangka beliau boleh dtempatkn d situ (krn prkuburan tresbut jg
ad maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para
mukminin yg lain, jd agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn krajaan
tmbahan pula foreigner utk dtempatkn d situ) MasyaAllah. Ketika itu,
kwan2 univ. beliau turut mmakai lencana gambar beliau pd pakaian
masing2. Dlm video ini, sbnrnya bukan sy djemput utk bc surah Al-Ikhlas
(x sprt yg trtera dlm video), tp sayalah yg minta utk baca. Sy ckap dkat
Hoca bhw Al-Marhum prnah minta sy bc pd msa ini. Sy pun baca surah
Al-Ikhlas sbnyak 3 kali (dlm video tu kali prtama), kali ke2 dan ke 3 sy
sebak dan x dpt menahan air mata yg mengalir mengenangkn prmintaan
beliau smasa hayatnya yg pd masa itu sy fikir beliau brgurau. setelah
selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jmp dn kata pd sy smbil senyum
"nnti bc lama2 lg", sy trdiam, hati sy kata pkcik ni x rsa sedih ke, sy
lebih emosi dr bapa beliau ketika itu. Pd keesokan harinya, bapa beliau
mndpt pnggilan telepon dr Dr. Davut yg turut mngucapkan takziah.
SubhanAllah, siapa sangka org yg teringin sgt beliau nk jmp smasa hidup
tp x brkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mndpt pengetahuan org
itu. Bbrp hari yg lalu, fakulti beliau d Univ. Marmara tlh menanam sbuah
pokok yg dberi nama smpena nama beliau. Papan utama d Marmara Univ
tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" y g brmaksud " Kami amat
merinduimu Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana trsebut
kata pd sy smbil mnggeleng kepala "ini bukan anak yg pkcik didik ni,
mesti ad org lain yg didik dia smp ke tahap ini."
Last
skali sblum beliau pergi, status terakhir beliau d FB surah Taubah ayat
111 yg mana Allah brfirman "Sesungguhnya Allah mmbeli org2 mukminin,
diri mrk serta harta mrk dgn syurga" ckup mmberi kesan kpd sesiapa shj
yg mmbcanya. Sy redha beliau tetap telah pergi. hnya ilmu, nasihat dan
smangat yg beliau tggalkn pd sy. kalau dulu org sebut Fatih var mı?
pasti akan ketawa trbahak2, namun kini kalau dsebut lg, hnya wajah
beliau yg akan dkenang dan air mata akan mngalir. Rmai diantara kami
ingat apa yg jd pd beliau akan mnjadi kerisauan ibu bapa d luar utk
mnghantar anak2 mrk ke Turki. Namun kuasa Allah rupa2nya beliaulah
pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk mula mngenal apa itu Turki
dsamping mnjalinkn hubungan yg erat ntara Msia dan Turki.
Sungguh,
beliau hebat,hebat, mmng hebat!!!. Moga dgn hnya menonton video ini
rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Sy pasti
dan akan slama2nya mencemburui beliau. "Abg Long Ammar Ağabey.Seni çok
seviyorum". Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin.
Al-Faatihah.
wassalamualaikum w.b.t
1 ulasan:
Good Article !
Furniture Rotan Sintetis
Catat Ulasan