بسم الله الرحمن الرحيم.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

C cantik & C hensem ^__^

kata- kata aluan dari pemilik syarikat

*TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENJENGAH KE PAGES YG X SEBERAPA INI...
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V

Jumaat, 18 Mac 2011

aQ ada aDmirRe???

hahahahaha..lawok2..boleh ketawa berguling2 bila baca tajuk entry aQ yg ni kan?? kan??
ok2..seyes2...betul laa...aQ xtipu pon...ada org minat kat aQ..ekekeke....mcm xboleh bla aje kan? tp, aQ respect dy sbb dy berterus - terang ngn aQ.. dgn penuh kejantanan dy mengaku dy suka kat aQ..???? aQ terkejut gak lah mula2 tu...yela..tiba2 kan?? nk wat cam ne...adagak org suka kat aQ even perangai aQ yg agak org kelantan ckp 'huha2'..huha-huha ni, maksdunya jenis mesra alam kot..hehe...aQ pun xtaw nk explain mcm mana..


tp, terima kasih lah kat dy sbb mengaku jujur..aQ Xtaw la...dy baik...cuma,aQ dah ada seseorang kat hati aQ..i can't accept you..i'm sorry..aQ xboleh curang dengan c DIA... aQ hargai perasaan kamu kepada aQ, tp hatiku sudah dimiliki.. biarlah kita sebagai kawan sahaja..mungkin itu yang terbaik....untuk kamu.. dan juga untuk aQ sendiri..masing2 x akan terluka nanti...aQ xsuka utk mempermainkan perasaan org lain kerana Aq tahu satu hari nanti, semua tu akan berbalik kepada aQ semula nanti...cukuplah sekali hati aQ dilukai dan aQ melukai orang lain...



biarlah aQ simpan semua tu dalam lipatan sejarah memori aQ untuk selamanya..kalau Allah dah takdirkan jodoh kita, kita tetap akan jumpa satu hari nanti...


Khamis, 17 Mac 2011

ejem....@...exam

assalam....td aQ tgk la c draf exam yg pertama...perghhhh!!..gila kentang wei!!..exam aQ berderet kowt?? mampus aQ!!...haha...ini dy jadualnya..nk share2 cket ngn korang..

- 7/5/2011= asas keusahawanan
-8/5/2011 = akaun perniagaan
-9/5/2011 = business report writing
-10/5/2011 = IR

inilah 'budak' yg aQ ckp berderet td..huhu..lepas tu terkawal cket

- 14/5/2011= pampasan
- 16/5/2011= OSH 2
-20/5/2011 = HR dalam islam

huh!!...terbaik lah jadual exam final aQ!..maknanaya,aQ kene bersiap sedia awal..xleh byk main lagi...aQ kene kuat..kene lawan sikap malas aQ!!..Xmau repeat2 lagi!! serik!!..adoiii!!!..yA ALLAH, berikan aQ kekuatan...moga aQ dapat hadapi segalanya dengan tenang dan sabar...

gambar adalah hiasan semata2...hehehe

Rabu, 16 Mac 2011

AL-QUR'AN &TSUNAMI 11/3/2011

aQ dapat maklumat ni daripada satu blog..tq utk cik tu..lupa nak amik link blog dy..pic pulak aQ amik ngn pak cik gOOgle..sharing is caring...


Jom kita singkap kisah dan fakta di sebalik kejadian tsunami Jepun 11.03.2011.

Fakta kejadian Tsunami di Jepun:-
Tarikh : 11 Mac 2011 bersamaan dengan 6 Rabiulakhir 1432H
Rabiulakhir adalah bulan keempat dalam Islam, jadi 11.03.2011 bersamaan dengan 06.04.1432H

Pembuktian dilakukan disebalik tarikh Hijrah ini iaitu 06.04.1432H.
1432 kita cerakinkan menjadi 14||32
Jawapannya boleh diperoleh dari Juz ke-14 di dalam Al-Quran iaitu bermula dengan Surah Al-Hijr. Tsunami berlaku pada bulan 4. Kita singkap ayat keempat dari Juz ke-14 ini..

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya."

Pembuktian seterusnya adalah lokasi. Atau lebih tepat lagi kedudukan berlakunya tsunami ini iaitu di Negara Jepun. Paling tepat di Wilayah Sendai. Kedudukan Geografi Jepun adalah pada Latitude 36, Longitude 138.
Dari tahun kejadian iaitu 1432, kita telah ketahui akan berlakunya malapetaka seperti yang disebutkan dalam juz ke-14. Kita cerakinkan pula 32 menjadi 3||2.

Ambil pula lokasi latitude dan longitude Jepun dan tambahkan angka di dalamnya..
3+6+1+3+8 = 21
kemudian 2+1 = 3..
Maka terbuktilah nombor 3 menjadi pilihan..Nombor 3 yang dimaksudkan dalam proses cerakin di atas adalah negara Jepun.

Ambil pula lokasi latitude dan longitude Wilayah Sendai
Latitude 38'15 dan Longitude 140'53
Buat proses penambahan seperti sebelumnya..
3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
kemudian 3+0 = 3
Terbukti: nombor 3 yang tertulis dimaksudkan wilayah Sendai.

Seterusnya kita lihat pada angka 6. Iaitu pada hari ke-6 bulan ke-4 Islam itu.
Jabatan Meteorologi Rusia melaporkan kejadian tsunami berlaku pada jam 1446 mengikut waktu di Jepun.
Seperti proses yang dilakukan sebelumnya, kita ulang lagi.
1+4+4+6 = 15
kemudian 1+5 = 6
angka 6 disini membuktikan masa kejadian tsunami berlaku.

Dari tahun 1432H, setelah dicerakinkan kepada 14||32, kita cerakinkan pula angka 1 dan 4. Angka 1 boleh diambil sebagai permulaan hari. Dan di dalam kalendar Islam, Jumaat merupakan permulaan hari untuk minggu tersebut. Jadi, angka 1 merujuk kepada hari berlakunya kejadian tersebut.

Lihat..betapa benarnya ayat-ayat yang diturunkan di dalam Al-Quran. Segala sesuatu yang tertulis akan tetap berlaku. Walaupun sudah berabad lamanya kitab Al-Quran ini diturunkan kepada kita, umat nabi Muhammad. Walaupun zaman semakin berubah, Naskhah Al-Quran tetap kekal sepanjang zaman.

Dipercayai terdapat banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat diketahui dalam tarikh ini. Namun, apa yang tertulis dan terbukti ini pun telah membuatkan kita lihat sendiri betapa mulia dan agungnya kitab Al-Quran ini. Setiap sesuatu yang berlaku di dunia ini telah pun disebutkan di dalam Al-Quran. Hanya tinggal kita untuk mengkaji kalam-NYA. Wallahualam..









aku org biru..SO?????


Hurmmm....according to my post tittle, ini bukan berkaitan politik yer..aQ malas dan tak berminat nk campur..aQ lebih suka jadi pemerhati...macam2 hal yg jadi..huhuk...bukan xnak mengundi..umur aQ pun dh cukup,jadi tunggu masa jer...aQ taw sapa yg aQ nk undi...ish..tetiba lak ckp sal politik..ok2...berbalik kepada tajuk,..em, hari tu wat ujian warna...so, kat c2, taw lah bahawa aQ sebenarnya org emas n biru sbb jumlah markah utk kedua2 nya sama.spt kata kaunselor 2, aQ ni, tegas tapi lembut kat dalam...hurm..entahlah..kalo ikot ciri2 tu, mmg aQ ada kedua2nya...daripada hasil ujian tu, meh aQ share cket hasilnya..mana taw kot2 ada yg kene ngn koram..huhu...aQ share kaler yg ada kene mengena ngn aQ jer..yg lain,cari sendiri..haha

1) EMAS
-Bertanggungjawab
-bersikap keibu- bapaan
-tradisional@moden
- sentiasa ikut peraturan
-taat dan boleh diharap
-seorang yg mengambil berat
-disayangi ketua
-prosedur sgt straight

2)BIRU
-suka keharmonian
-pemaaf & penenang
-sensitif
-puitis
-rela berkorban utk org lain
-mengasihani org
-mahir berinteraksi

sume ni xlengkap sbb aQ xsalin sume..ujian ni boleh dipercayai..xde kaitan ngn khurafat ke ape..huhu..
emm,sbb bende ni aQ selalu kene perli ngn kenkawan...

Selasa, 15 Mac 2011

BELASUNGKAWA UNTUK ARWAH MOHD HAFIZUL B AHMAD GHAZALI



masih terbayang lagi dalam ingatanku saat arwah menghantar satu pesanan ringkas mengajak aQ berhari- raya di rumahnya..aQ bertanya dari mana dy mendapat no telefon aQ, dan dy memberitahu dy mendapat dari kawan kami, iaitu Ayuni...katanya lagi, dia mahu berjumpa dengan aQ, aQ terkejut dan hairan, aQ bukanlah tidak sudi dengan pelawaannya, setahu aQ, aQ tidaklah serapat arwah dengan teman2 ku yg lain kerana kami xpernah sekelas cuma xlebih dari seorang schoolmate dulu..kami tidak rapat dan xpernah bertegur - sapa pada awal2 aQ mengenali arwah..kami hanya berselisih dan terserempak begitu sahaja. jujur, dulu aQ memang xsukakan arwah kerana bagi aQ, dy seorang yang sombong..xpernah nk senyum kat org yg dy xberapa kenal...huhu....
namun, takdir penentu segalanya..semasa dalam tingkatan 5, kami semua telah mendapat perkhabaran buruk...masa tu arwah bersama rakan2 nya yg lain mengalami kemalangan semasa pulang dari Jeram Linang. . salah seorang daipada rakan mereka,Shafiq meninggal dunia dalam kemalangan itu dan arwah yg membonceng bersama Shafiq turut mengalami kecederaan parah.
salah seorang rakan sekelas ku iaitu Ikhwan, patah kakinya.semasa aQ mengetahui tentang kemalangan itu dan apa yg telah terjadi kepada meraka semua, aQ turut merasa sedih atas apa yg telah berlaku, aQ diberitakan bahawa arwah dalam posisi 50/50 dan berada dalam keadaan koma. kecederaannya sangat serius sehinggakan darah tidak berhenti mengalir melalui telinganya...aQ sedih dan simpati mengenangkan keadaannya ketika itu. ramai2 antara classmate aQ merupakan kawan2nya.. ada antara mereka yg menangis dan sebagainya. namun, ALLAH masih memberikan peluang kepada nya..lepas hampir beberapa ketika, arwah melepasi tempoh kritikal dan sedar dari koma. saat itu, dy tidak lagi sesempurna dulu..
arwah tidak sempat mengambil peperiksaan spm.. ketika itu, dy masih menerima rawatan susulan.aQ hanya menerima berita ttg arwah melaluikawan2 aQ...niat utk menjenguk nya ada, cuma aQ segan bila fikirkan aQ dan arwah xsaling kenal- mengenali.
lepas beberapa ketika, arwah menyambung semula pengajiannya yg tergendala. ketika itu, aQ sudah berada dalam tingkatan 6 Bawah.. selepas itulah bermulanya segala..kami mula rapat selepas itu.walaupun xserapat dy sepertimana rakan2 lain2..aQ dan arwah sudah mula bertegur sapa, aQ sering bertanya khabar nya..mungkin sbb itulah kami seprti kawan2 lain.boleh bergurau- senda...
aQ masih ingat lagi hari tu, masa results spm diumumkan, aQ ditugaskan oleh cikgu utk ke sekolah bagi mengedarkan majalah sekolah kepada budak2 yg amik results..masa tu, aQ jadi timbalan editor..masa tu, aQ jumpa arwah..aQ tanya keputusannya, tapi,dy cakap xberapa ok..aQ ' marah' kepada arwah dan menasihatinya supaya sabar..dan jgn kecewa..
selepas itu,kami x lagi berjumpa sehinggalah hari itu, semasa aQ di UUM, dy mengirimkan pesanan ringkas pada ku menyatakan niatnya...namun,peluang itu, aQ manfaatkan utk bertanyakan khabar dirinya. juga sama2 memohon kemaafan..arwah bercerita kepada aQ bahawa doktor mahu memotong kakinya bagi memanjangkan tempoh hayatnya. aQ tanya, kenapa dy xmahu?? jawab arwah, satu hari nanti dy akan pergi jugak, dan dy nak pergi dalam keadaan sempurna..aQ terdiam, tanda menghormati niatnya. ternyata, kemalangan 5 tahun lepas memberikan impak yg cukup besar dalam hidunya hingga sekarang..
namaun, semalam, 14 mac 2011, aQ mendapat perkhabaran buruk..innalillahiwainnilahirojiun...arwah telah kembali ke rahmatullah..aQ terkedu dan terkilan,aQ tidak sempat menemui arwah.
akhirnya, penderitaan arwah berakhir, arwah mengikut jejak langkah Shafiq..moga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman..AL-fatihah utk arwah..

Isnin, 7 Mac 2011

tanda2 dy jodohmu


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



- Artikel iluvislam.com

Jumaat, 4 Mac 2011

thE bLuE vS the PUrpLE moMEnts (part 1)

assalam...sume..hope sume chat2..entah kenape hari ni,otak aQ terlintas bende utuk wat bende alah ni...hehe...nk taw aQ nk wat pe? HAha..AQ nk stori sal projek yg AQ join kat DPP aQ...Zaman dulu2..hehe...kepada ketua2 n oll de ajk,jgn marah2 eaa..nt kene jual..hehe..aQ sdg promote korang sume2 ni....ahakss..so,skunk AQ mau ngomong tentang projek nasyid..AQ memegang peranan sbg ajk Protokol..perghhh!! protokol beb..xpenah2 kowt..haha..AQ jadi ketua n anak2 buah AQ ialah adam iskandar n fetty...nk dijadikan citer,AQ kan ajk PROTOKOL, so,sesuki hati ,sesedap rasa AQ la utk tetapkan tema pakaian ajk...so,memandangkan,AQ ado baju biru yg baru,so,pe AG...korang ikut lah yer..sape suh lantik AQ...ngeh2..for me,kenangan ini sgt indah..ukhwah yg terjalin mengindahkan lagi silaturahim...sukew2...ekekee..bebudak2 ni,very the sempoi laa....like2..



----> Ni video khas yg aQ cipta utk program 2..pakat2 tgk eaa..hehee

ok..skunk,AQ nk share JUgak lah pic ni serba sedikit...nk upload sume xlarat..ekekee..


-----> AHAA..INILAH PELAMIN CIPTAAN KAMI...^___^


------> masa gotong-royong sblm malam kejadian.


-----> wit cik norehan..our fellow


-------> AUcakkk!!!..HEhe


--------> Antara hadiah2..


--------> our best MC..KAK eton..^___^



----------------> the cumil kak lili..heheh



---------------> tha best picca for me..2 tinggi,2 pendek...ehehee..jgn mare..


------> salah satu kumpulan yg bertanding..dr blok g


-------> bebudak yg sempoi dan poyoss..hehe



------> hidangan utk juri...tp last2 xdisentuh pun...hehehe


------>our supporter..


---------> blok h

-------->Kumpulan Redhaaa..hahaha..blok mana xsure..


------> ni pulak cik pengarah projek, fifyana maariff...


------>ini pula sang jejakes sem 1..


----> ajk2 puteri..hehe..sume comrl2 kan? terutamanya aku..hehehe


------> ini GRUP dari blok D



-------> WAh2..zali,sorang cukup jelaa..ni dah lebih ni..huhu

Khamis, 3 Mac 2011

rindu arwah tok ayah....


entah kenape...tiba2...aQ teringatkan arwah atuk AQ...tiba2 AQ rindukan dy...dan bila AQ dah teringat,pastinya air mata AQ akan turut sama berlinang...AQ mmg xleh teringatkan arwah..mesti aQ nangis...walaupun dah hampir 10 tahun arwah meninggalkan kami..kenangan bersama dy tetap segar hingga ke hari ini..AQ syg kat arwah..arwahlah satu2 nya datuk tempat kami adik-beradik bermanja...datuk ngn nenek sebelah ibu akQ meninggal masa AQ masih kecil...aQ panggil arwah dgn panggilan 'tok ayah"...dy meninggal sbb sakit strok.. sehari sblm dy meninggal aQ masih ingat lagi...aQ sempat berbuat jasa pada arwah..aQ diberi kesempatan utk membantu nenek membasuh najis dan memakaikan lampin buatnya...AQ bersyukur ngat sbb sblm ni,abang,adik2 ngn abah yg akan wat sume 2..masa tu,aQ sedih sgt tgk arwah..dy dah kurus sgt..aQ masih ingat lagi,nenek penah cerita arwah penah kene fithah mencuri duit org...t,arwah xmelatah..dy xberdendam dgn org yg tuduh dy tu...tp,ternyata,ALLAH itu satu..terbukti arwah benar..emm,xpelah,tu sume citer lama...dulu,masa arwah masih sihat,dy sgt rajin beribadat..Arwah suka wat solat sunat dhuha...walaupun dy dah xlarat n terpaksa sembahyang duduk,tp,dy tetap xabaikan solat..dari arwah lah aQ tahu mcm mna nk solat sambil duduk...arwah seorang yg garang..namun,,dy tetap syg kat keluarga dy..abah aQ meawrisi perangai arwah...
mengimbau detik berakhir nafasnya, mlm itu, umi dan abah dipanggil oleh nenek..rumah kami sgt dekat..aQ masa tu, duk wat keje skolah..pas tu,xlama kemudian,umi suh kami naik ke rumah nenek..bacakan yassin utk arwah..AQ hanya mengikut dan xmengesyaki apa2..umi,abah dan nenek mengajar arwah mengucap..AQ pun buka yassin dan bacanya tanpa byk ckp..pas tu,kami sume tertidur...kemudian,adik AQ yg ke -5 mengejutkan umi AQ.. kami sume bangun..dy kata dy tgk masa arwah hembuskan nafas terakhir...abah memeriksa nadi arwah atuk,dan...............innalilahiwainnailahirojiun..abah meraup wajah atuk dan menutup dgn kain..

kami menitiskan air mata..abah dan abang2 pergi memberitahu org kg..umi mengajak aQ membaca yassin..AQ berlagak tabah...namun,aq xberjaya habiskan ayat2 AQ,air mata ku mengalir laju...aQ berlalu dr situ,tidak sanggup AQ berada disitu..masa arwah disempurnakan,AQ berjaya kawal emosi..walaupun aQ belum matang waktu tu..Aq sempat mengucup dahinya...sejuk..alhamdulilah..semuanya berjalan lancar dr proses memandi kan mengebumikannya...arwah dikebumikan berhampiran dgn kg ku..namun, jujur,AQ xsanggup ke makam arwah..AQ xkuat...bukan AQ xsayang pd arwah..tp,AQ lemah...apa yg mampu AQ lakukan ialah sedekahkan bacaan yassin dan al-fatihah..moga arwah ditemptkan dlm kalangan org yg beriman...amin...

Ahad, 27 Februari 2011

MENANGKIS KEJAHATAN MAKHLUK HALUS RENUNGAN PERANAN JIN DAN SYAITAN


-credit to sinar zamdurrani-

post ni AQ dapat masa tgh layari ntenet..utk perkongsian..maklumat lanjut,layari..
http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/tangkis.php

Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran.

Firman Allah maksudnya::

"Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat)." (Al-A'raaf 16-17)

Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini. (Al-An'am 112)

MAKNA PERKATAAN JIN

Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya "Jinny" yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.

ASAL KEJADIAN JIN

Firman Allah maksudnya:
Dan diciptakan jin dari nyalaan api.
(Ar-Rahman 15)

"Al-Maarij"
Bermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau "Al-Lahab" iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hiam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan "As-Samuun" iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin).

"Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas."
(Al Hajar 27)

"Allah bertanya; Apakah yang menghalang kamu dari sujud (kepada Adam) apabila aku menyuruh kamu. Lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya (Adam) dari tanah.
(Al A'raf 12)

KEWUJUDAN JIN BUKAN DONGENGAN

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tenang sempurnanya(; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(Al Baqarah 2)

Demikian itu wajib kepada setiap muslim berikan dengan perkara ghaib yang tidak boleh sama sekali rasa syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan syaitan.

Dalil Al Quran

Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
(Al Ah Qaf 29)

Wahai sekalian jin dan manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-oang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).
(Al An'am 130)

TIDAK DILIHAT BUKAN BUKTI TIDAK WUJUD

Sifat kejadian makhluk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan bukan bermakna ianya tidak ada, mari kita meihat satu contoh seperti aliran elektik tidak kelihaan pada wayar namun apabila disentuh ia akan memberikan reaksi, begitu juga dengan angin, udara, bau-bauan dan sebagainya.

Sabtu, 26 Februari 2011

dia..dia...dan dia..bukan jodoh saya...sebab...??


ahaks..kali ni tajuk entry aQ sangat panjang...panjang ker?? hahaha...panjang 2 satu hal..tergantung pulak...huhuhu...."dia..dia..dan dia bukan jodoh saya"...hurmm..xtaw nape aQ ckp pasai ni...tetiba terlintas...hurm...mcm yg aQ penah bc kat mana2 jela,yela,aQ kan rajin membaca orgnya...ehehee..ayat yg aQ ingat sampai hari ni ialah..." jika dia mmg jodoh kita,kita xakan berpura- pura atau berlakon didepannya"....senang citer, jadik diri sendirilah....kita xkan risau nk buat apa pun yg kita suka tanpa perlu berselindung apa2...xperlu jadi org lain semata2 utk menarik hati dy..sbb sume 2 xkan kekal..lama kelamaan dy akan tahu semuanya...lagi satu, bila kita berada didepannya,kita mcm nk acting,kalo selama ni x ayu,tetiba kontrol ayu...kalo sblm ni x cun,tetiba control cun..kalo sebelum ni singa,tetiba jd meow...haha..lebih kuranglah..hehe..bende2 ni akan buat kita xselesa jika sekiranya kita sebenarnya berpura2...dah terang lagi bersuluh,dy bukan lah jodoh kita..mungkin kita just minat kat dy jer..xlebih dr tu...carilah seseorang yg kita selesa dan teak perlu berlakon,hanya jadi diri sendiri sahaja..itu adalah sebaiknya...AQ tahu,kita semua buknannya sempurna,oleh itu,carilah insan yg boleh terima diri kita seadanya.kerana kita akan hidup dengan dy bukan sehari - dua,tapi sepanjang hayat kita..alangkah indah jika sekiranya kita api,dy yg jadi airnya,..semuanya berlawanan..itulah yg akan mengindahkan sesebuah perhubungan itu...pesanan aQ, " be your self"

Jumaat, 25 Februari 2011

nasi kerabu

assalam..sudah agak lama aQ tidak mengupdate blog kesayangan aQ ni...bukan ape..memang sgt2 bz skunk..xsempat pon nk duk kat bilik lama2..mesti ada jew xtvt..huhu..ape pun,harap AQ xlalai...hurmm..dalam duk bz2 tu,aQ sempat lah jugak merindu incik nasi kerabu ngn ais-krim..entah kenapa...hahaha...nasi kerabu daging bakar....perghhh...sedapnya...lebih3 lagi yg MY luv MuMMy yang wat...

sedaappppppppppp.........ni lah, mknan feveret aQ...dah lama xmakan...nk cari kat uum ni susah sgt asenye..kalau jumpa pun xkan sama dgn umi AQ yg buat...haha..biasalah,air tgn mak sendiri kan?? entah biler la dapat mkn ag...huhu...

so,skunk aQ nk share la cara2 nk wat nasi Kerabu versi Q-late ni..hehe

bahan2:-

kelapa 2 bijik. 1) utk wat tumis
2) utk wat sambal
beras- kalo nk nasi kerabu kaler biru guna bunga gedang,
-kalo nasi warna itam guna daun mengkudu
ulam2 - pucuk niding( bahasa suratnya aQ xtaw)..Ekeke
-daun kesum
- timun batang
kalo nk tambah ulam2 lain pon bole..suka-suki sendiri la..kalo sesetengah org,depa tambah tauge,kubis,kacang panjang dan segala mak nenek sayur n ulam laa..hehe

isi ikan (utk wat sambal ikan)
bawang merah,serai,cili kering,.aQ lupa bende alah yg lain...ekeke
ayam @daging @ ikan..

nilah bahan2 nyer kalo xsilap laa.sbb dah lama xbuat..so,lupa perkakas dy..hehe..nasi kerabu ni senang jer.tp,dy byk step sket la..
ok,kita mula step awal dulu..

1) beras td kita basuh bersih2 pas tu,masak la..wat mcm nk tanak nasi biasa...tp,kalo yg suka kaler2 ni pulak,amik bunga gedang@ daun mengkudu 2,pas 2,perah air dy sampai kuar kaler yg kita nk 2...xyah guna pewarna tiruan..yg ori dah ada..hehe...ok2..pas ru,mcm biasa jer,tanaklah beras bersama air td...tp,kene selalu kacau la supaya kaler dy sekata..

2) pas tu,kita nk wat tumis dy lak..ok,mula2 kita blander la bawang,serai,lada kering, n sama waktu dengannya tu..pas tu,goreng la samapai naik bau..bila dah naik bau 2.masukkan lah santan..aQ xsure lah anggaran dy..sbb main campak jer...tp,dlm sebijik kot..hehe..pas tu,masukkan garam ngn asam gelugur...masaklah hingga mendidih...pas tu,biarkan dulu..hehe

3)ok,skunk nk wat sambal ikan pulak..mula2 kita kukur kelapa..semolek2 nya,lepas tu jemur dulu supaya cepat kering n cepatlah cket tempoh u goreng nanti.kalo x,nk tunggu garing tu,mmg penat..haha pas tu, ikan yg dah direbus td,buangkan tulang dy..pas tu,jgn lupa bwg merah,halia,ngn serai,garam cket,gula cket,..tumbuk depa tu..pas tu, bila depa tu dah lunyai, masukkan ikan,tumbuk sesama...then,kelapa td,mesin ke,tumbuk ke sampai sederhana hancur...pas tu, msukkan lah ikan yg ditumbuk bersama bahan2 td dan gaulkan dalam kelapa yg dimesin td hingga rata..kiranya,lagi byk ikan lagi sedap...hehe...kesedapan sesuatu nasi kerabu bergantung pd dy la..ehh..yeke? huhu

4)ok,next..patutnya kite kene kerjakan dy dulu..tp,xpa2..ok2..lauk tambahan ni,bergantung kepada org yg masaknya..kekadang ada yg wat ikan celup tepung,daging @ayam bakar..kalo yg kaya tu,sume ada..haha..ala,bende2 ni wat sendiri pon boleh ase..xperlu nk explain..hehehehe

5) last sekali,ulam la..ulam ni,cicang halus2.kalo yg perlu cincang lah..xkan tauge nk cincang kot..hehe..2 jer..hehe..

6) ok,bila nasi dah masak bolehlah dihidangkan bersama2 budu dan juga sambal lada..emmmmm..yummmmmy..hehe

Rabu, 23 Februari 2011

Isnin, 14 Februari 2011

SALAM MAULIDUL RASUL 1432H

Selawat Junjungan

Album : Impian Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Ya Nabi salamun'alaik
Ya Rasul salammun'alik
Ya Habib salammun'alik
Sollawatullahi'alaik

Di mulakan dengan selawat
Ke atas Nabi syafi'ul ummat
Moga diberkati hidupku
Selamat di dunia dan akhirat

Pergimu tiada penganti
Hilanglah seri buana ini
Kaulah penyeri kaulah purnama
Yang menerangi hidup manusia

Lahirmu dijanjikan Allah
Membawa rahmat sekelian alam
Membina ummat yang bertamadun
Kaulah Nabi kekasih Allah

Walau ujian melanda
Kau sabar menghadapinya
Kau contoh sebaik ummat
Tauladan sepanjang zaman
Walau kau tiada lagi
Kau tetap disanubari
Jasamu terlalu agung
Namamu tetap di hati

Lagu & Lirik : Munif Ahmad
Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.

Ahad, 13 Februari 2011

darah kita...

pic ini bukan kuih puteri mandi yer..tapi sel darah dalam badan kita..tp,kalo tgk balik,mmg sebijik ngn kuih tu kan? hehe

hurmm..dah lama aku x upadate ttg fakta..asyik2 citer pasal aku jer..mesti boring kan?? haha..ok..skunk,aku nak ceritakan ttg darah..sume manusia ada darah kan..darah kita yg normal warna merah kan? tapi mahsuri darah putih..emm..2 chek xleh nk explain...hehe..tiap2 kita ada jenis2 atau kumpulan2 darah yg tertentu...mcm O,A,B,AB dan sebagainya..tahukah anda..mengikut kajian, tiap2 jenis darah ni,ada sifat2 tertentu..so, sapa ase dy xtaw jenis darah dy,p chek dulu kat spital,,nt bukak balik blog ni n baca..ehee..tp,xtaw la btl ke x benda alah ni..tapi,kalo tgk2 jenis darah tu,mcm betul jer..eheee...so,selamat membaca...=)

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.


Sabtu, 12 Februari 2011

mood


hurmmm...aku xtaw nape hari ini aku tersangat2 moody dan xbersemangat..aku tak tahu lah kemana menghilangnya mood aku tu..aku pun tak tahu..dah panggil dtg balik kat aku pun,ttp xdtg2 ag..aku cuba utk 'mengadakan' semula mood elok aku tu,tapi, entahlah..mcm xdapat jer...mmglah org tgk wjah aku senyum jer,tapi,hati aku...perghhh,sgt2 sengsara..haha...sengsaralah sangat...aku ni xdelah nk jahat sangat...yela,cuba bayangkan kalo aku terbawak sekali moody aku dan perasaan tak bersemangat aku bersama bila aku ngn kekawan...habisss laaa...yela,bila org yg agak 'mesra alam' ni tiba2 diam,confirm la org tahu aku ni ada masalah..aku kdg2 jer 'tertunjuk' moody aku...kalo yg pernah 'terperasan' tu, mintak maaflah yer..aku akui aku mmg cepat mrah..tapi,marah aku cepat reda..aku xkan marah selagi org xpancing 'aura marah' aku..haishhh,apela,mengarut2 jer aku ni...k la,nt mood aku dah balik,aku mai balik jumpa incik blog aku lagi...huhuhu..k....daaaaa...salam

Jumaat, 11 Februari 2011

AKu dAn HaraPaN


assalam sume...apa khabar..?? wah,rindunya kat incik blog aku ni...hurmm...looks like mcm hepi jer..tapi,hakikatnya,entahlah..mcm xbest jer..xsmangat jer nk teruskan sisa2 sem yang aku rasakan masih panjang berjela2 nih...huhu..aku sampai ke bumi sintok ni pada pkul 5 pagi..alhamdulilah..sumenyer ok..tapi,maybe nasib aku tak baik cket..banyak giler kekalautan yang berlaku pada mlm tu...tambah pulak naik bas..hadoooi...sempit...aku ni dah lah kaki panjang...tempat duduk pulak keras mcm batu...haduihh..kenapalah aku uua yg tercampak ke dalam bas itu...geram..lagi satu pulak beg xleh letak bwh..apa kess??nsb baik aku bwk beg kecik jer.. kalu x mmg amukan tehah lah nt..mwahaha... hurm...dah lah aku ada assiment n kuiz yg perlu dihantar hari isnin dan selasa...bawak balik buku pun mcm hampeh...xbuat pape pun..hahaha..balik umah,mcm selalulah,jadi suri rumah....xpelaa..hurm,,,aku kene rajin2 n xmau malasan dah...bila fikirkan umi ngn abah,semangat aku jadi naik,berkobar2,harap2 aku dapat istiqamah hingga setahun lebih lagi tempoh pengajian aku dan aku dapat menghabiskan pengajian aku dengan cemerlang..amin..xsabar pulak ase nk habis belajar ni..xsabaq nk tgk senyuman family aku pada hari yang penuh bermakna itu...insyaALLAH.....

Sabtu, 29 Januari 2011

HARI ahad YANG memalaskan


emmm..hari ni mmg xde langsung mood u pergi kelas....xtaw nape..huhu....rasa xde semanagat langsung nak wat pape..dah la semalam aku mimpi nagarut2...sekarang pon dah 10 minit ag nk kol 10,aku xmandi lagi..kelas aku kol 11..emm,terima kasih incik blogger sb sentiasa sudi teman aku n jadi tempat u aku luahkan masalah..kalo ko boleh berckp,aku ase dah lama ko ckp..." ei,manusia,sudah2 lah nngadu kat aku tu,bosanlah..." huhu...emmm,,
dah lah kelas business report nt ada presentation...malasnya..!!
hari ni hari ahad...tapi,dia xde coll aku pon,
emm,entahlah..dah berpa banyak emmm dah...uhuhu...
i really dispointed with this situation...i dont know why...k la, nk xnak aku mmg kene pegi kelas jugak..
nk p mandi dulu, nk iron baju ag...grrrr,malasnya...k..t jumpa ag...salam

Khamis, 27 Januari 2011

~~ `CIBu boO-LAt..miss U~~

pic ni hanya hiasan semata2..tp,si gemuk aku tu,lebih kurang ngn cat ni jer...

Entah kenape tibe2 aku rindu kat cibu aku tu...jgn salah faham yer..itu kucing aku yg kiut,miut,gemuk,bulat,manja,jalan terkedek2..ishhh,geram aku nk peluk2, nk cium2 dy laGI..hehehe....Dy LAh PENGHiBur Aku SkUNk seLepaS toMPok maTI...AKU PENAH POST psl dia awal2 dulu....huhu..sedissss..UWAaaa....tak TAHU nape KALO aku ada PETS, MESTI xkekal...AKU ni PULAK jenis MANJA, bila kucing AKU mati,AKU mesti nangis TERESAK2...mmg SEDIH tahap gaban..depan2 ADIK aku nangis2..Tak malu LANGSUNG...hehe..pas tu mula LA AKU kene PERLI...HUhu...emmm,ckp pasal cibu lak,ia hadir dalaM huDUP aku MASA aku CUTI SEM baru ni...adik AKU KATA ia DAH TEMOK dah...YELA,MAKAN banyak...kalo bab makan IA mmg LAJU LARI even peyot dia TEMOK...eee,,,geramm2...ingat x iklan wiskes..ala,mknn kucing tu, kan tuAN dia GONCANg beKAs nk pANGGil kucing dy mkn tu,SUME kucing2 jIRAN dya ngn muka TAK MAlu ,dtg menEMPEK GAK..EHEHE...aku PUN Wat g2 gak kat CAT2 AKU...mmg SEnangkan KEJE AKU...yeLA...KALO dgr je BUNyi aku goncang BEKAS MKANA ia, terus dtg,eVEn dok TIDo pun sanggUP bangun TUU....Jdi,boleh la MAIN2 ngn dia..hehe...pas TU, DAH la temok,pEMAlas lak...hehe..tido ngn mkn JER keje..HEhee..yelaa,tuan dy manJAKn sanGAT..HUHU...tapi,bila daH AKtif 2,AKU yg xlarat Nk GElak TGK GElagat ia...hehe..harI tu ia SAkit, AKU mula lAH RIsau...aku TAkut kehILANGAN IA..YELA,AKu ingT ag hari TU,BADAN ia PANAS, aku siaP Suh adik AKU DEMAH kepala ia mcm org DMAM..ehehe...dah la,masa dy TIDO 2,AKU ANGKAT xgerak,mati2 aku INGAT IA dah mati...aku dah NANGIS DAH MASA tu...huhuhu..tp,pas aku goncang,nasib baik ia bangun..kalo x,mmg kene tanam hidup2 dah si temok tu...haha...cibu,aku balik nantI HAbis LA KO...Mwahaha

Rabu, 26 Januari 2011

neNDA aku YG CUN..hehe


mwahaahaha..tajuk entry xboleh bla laa...hehehe...skunk,aku nk stori MOri SIkIT ttg NEnda AKU...mak KEPAda abah AKU...hehe...nama nenda aKU ni, MAIMUNAH DAUD..bukan wan maIMunah yg berLAKON TU..MAKLUMLAH...xde org yg nk OFFER NEnda aku berLAkon...yela,aku takut t kalo nendaAKU berlakon,KALAH lisa sURIRUMAH. xdapat cari mkn la t...ngeh2~~~..ehehehe...melawak jer..nenek AKU ni sangat TERER masak kuih2 ni, byk DAH AKU BELAJAR DARI DIA..cuma ketupat jer yg bELUM LuLUS..hehee..kata nenek atau cucu2 dia PANGGIL mOK, ' ORG PEREMPUAN NI,KENE PANDAI MASAK,t mok DAH XDE.IHAH BOLEH BUAT...(aku xsukew ayat kedua 2...huhu..=( ..dalam family,HANya nenda AKU yg panggiL aku IHAH..AKU pun xtaw nape..nenda aku sangat2 sporting...n opEN,syok kalo dah berBUAl NGN DY..hehe....sangat baik..tp SUKA ngat MEMBEbel,,,hehe..biasalah warga emas...hehe..dy membebel pun u kebaikan gak...huhu..nenda aku sKUnk dah ada 2 cicit n nak masuk 3 dah..cucu dy ada,19 org...arwah atuk aku dah lama tinggalkan kami...ermmmm...xnak ckp lah pasal arwah atuk aku...sedisss..xmau sediss2...huhuhu..aku sayang sgt nenda aku ni...sbb hy dy jer yg kami ada skuNK..ngn atuk n nenek SEBELAH Umi aku xsempat JUMPA PUN...SO,kami adik - beradik hanya ada nenda saja..tempat kami bermanja...even rumah dy sanagt dekat ngn rumah kami...aku SAYANG NENDA....MWAH2...

aBoUt My ayAHanda

kalo dulu,aku penah ckp psl my mummy...skunk giliran my papa..haha..papa ker?? xdelah..aku panggil abah jer...bukan tak nk wat sekuel pas stori about my muM..Cuma, ARi TU, enCik BloG meraJUk..nGEH2..hehe..skunK nk WAt SekUEL ni..abah aku NAMA nya JAMALudiN MaHmooD..abah aku NI,SeYES AKU ckp,mmg HENSEM...hehe...bukan NK BERLAGAK,TP KENYATAAN...hehe..umUr nya 52 ..kalo xsilap laa..HAHA,,bagus PUNYA anaK,UMUR baPa xingaT..tp,no 1/c dy akU inGAt..nk aku GTAW KE?? XLEh2 ..bahaYA..HUHU..daddy aku lahir pada 17hb april..sehari seLEpAS mY mummy..MEnarIK kan? hehe..taPi taHUn lain2 LA..daDDY akU ni, anaK BonGSU TAW...tp,DY xpenah manja2..hehe,..ADa KE patut CKP g2..hehe..sajA je..boNda AKU lak ank SuLung,MMG kene KAn? hehe..
abah AKU sorang YG rajin n PENYAyang..even DY XPENAh Tunjuk DY sayang....kekadang2..DY garang..tu jE yg aKU xsuka TTg dy..TAPI,aku BERSYukuR GAk DapaT ABAH yg tegas N GArang NI..kaMI adik - beraDIK terhindar DAri WAt jahat...alhamdulilah....even dy gaRAng pun,dy XPEnah puKUL anak2 DY xtentu PASAl.
aku masih ingat LAGI, MAsa darjah 5,aku GATAI2 P PAKAI jeans p KELAS tambahan...abaH aku XSUKA anaK PMPUAN dia pKAI JEans...abah XPUKUL,CUMA DIA Diam..pas TU,uMI YG Gtaw abah MARAH...lepas ari tu, AKU xpenah pakai JEANS lagi..huhu..insaf2..
abaH Xsuka MANJAkan ANAK2 DIA....TP,YG KECIK2 TU biaSAlah..tp,bab DUIT,DY ok..hehe..
abah AKU sanGAT terrer masak.n paling sedap BILe DY masaK MEGI...Ppeeerghhh!!.sodappp..hehe..ABAH aku suka MAKAN nasi KERABU..same WIT ME LAA..hehe
aku sayang kat ABAH...


nilaa ABAH aku...hehehe..MELAWAK jer...gambar hiasan sematA2..abah aku low profile,xsuka amik gambar..so xdapat nk tunjuk...SO,incik ni yg JADI mangsa aku...haha..t kalo ada,aku akn show yer...huhu
sekian u kali ini...salam..^__^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...