بسم الله الرحمن الرحيم.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

C cantik & C hensem ^__^

kata- kata aluan dari pemilik syarikat

*TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENJENGAH KE PAGES YG X SEBERAPA INI...
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V

Khamis, 6 Mei 2010

tinta kasih buat umi...





(SEMPENA HARI IBU)....

umi,
salam rinsa kasih dari anakmu,
aku ingin dikau tahu,
betapa aku menyayangi dirimu...

umi,
selama 9 bulan dan 10 hari,
dikau tidak pernah jemu
membawa daku kesana kemari,
tanpa penah memikirkan keletihan,
yang melanda dirimu..

umi,
masih terngiang di telingaku,
sewaktu aku masih dalam rahim mu,
kau alunkan ayat suci Al-Qura'an,
setiap detik,
setiap waktu solatmu,
supaya aku menjadi anak,
yang berguna untukmu,
jua agama suci..

umi,
saat aku menjengah dunia,
kau jua abah,
tidak pernah jemu.
menitipkan kasih-sayang untukku,
aku diajar supaya menjadi,
insan beriman dan berilmu..

umi,
aku tahu
air matamu telah banyak gugur,
kerana perbuatan anak-anakmu,
yang telah mengguris,
hati muliamu..

umi,
ampunkan daku,
segala keterlanjuranku,
betapa aku amat-amat,
menyayangi umi dan abah,
betapa aku ingin berbakti kepada kalian,
sebelum akhir nadi...

ya ALLAH,
hanya kepadaMu hamba bermohon,
panjangkanlah umurku,
supaya aku sempat berbakti,
pada mereka...


anakandamu,
... fatihah...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...