بسم الله الرحمن الرحيم.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

C cantik & C hensem ^__^

kata- kata aluan dari pemilik syarikat

*TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENJENGAH KE PAGES YG X SEBERAPA INI...
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V

Ahad, 15 Mei 2011

hari ini 16 mei..heheh

salam
wawawa.
.hari ni idea melimpah-limpah ke ladang gandum..
sbb byk perkara yg akui lalui hari ni...
hari ni 16 HB mei,
byk even yg menarik yg berlaku dan yang aku ingin share ngn koram2..
hehehe..
pertama...

1) hari ni hari guru semalaysia..


naik sekolah menengah pula, jadi kreatif dan inovatif lak..
hadiah yg nak bg kat cikgu, hasil air tangan aku sendiri laa..
hehe..best ngat bila teringat peristiwa2 lalu,
zaman2 sekolah..
zaman2 muda..
hihi...
buat semua2 cikgu,
SELAMAT HARI GURU
moga ALLAH selalu merahmati kalian...
jasa kalian tetap dalam ingatan...
sepanjang zaman...
i lab u..
muah..muah..muah

2) hari ni aku abis exM OSHA..
dan that's the meaning that,
tinggal satu paper lagu utk aku abis exam..
alhamdulilah..
tp agak dukacita cket sbb,
aku xsempat jawab soalan yg last tu,
syok sgt menjawab
sampai xsedar masa xcukup..
tp, risau la, yg jawab tu belum tentu dapat markah penuh...
aku ase mcm xdpt skor A je utk osh tahun ni..
hurmmmm..
bende dah lepas...
malas nk pk2 ag...huhu
dah terlambat utk menyesal...
ok..
next...

3)x jadi cabut gg
wawawa...
dah berkurun lama aku tunggu nk cabut gg.
xkesampaian..
sakit oooooo..
ishh..terbantut laaa
bila aku rajin ni,
ade jer halangannya...
grrrrrr...
sabo jelaa.mmg jahanam gg aku cket ag nk tunggu balik kg nt..





4) aku upload gambar ehem2 aku...
hehehehe..
nk tgk x??....ensem kot ehem aku..
kihkihkih...








ensem kann? kan?? ala, yg jd artur pendragon tu...citer merlin tu..ensem n sweet kan? comey mata dia? hehehe..
ala, jgn la marah, sekali sekala je nk menggatal...


k la, setakat nii dulu kowt..
salam sayang dari puteri umi dan abah..^__^

Jumaat, 13 Mei 2011

2 lagi.....!!

salam....

wawawa..pejam celik, celik pejam..tinggal 2 paper ag tok exam aQ dow..
huhuhu..
alhamdulilah..
i always hope n pray that's evrything gonna be okay..
insyaALLAH...
emm..nak ckp ape ag ekk?
xde la pulak idea nya..
menci betul laaa...
haishhh..


emm.kite ckp psl kerja? emm..cam xbeshh jer..
sal makan??
xmau..xmau...
pasal study??
ishh..xhabis2..
haaa....dah dapat dah...
ckp sal kawen..ok x?
(ishhh2..gatai la pulopp)
xmau..xmau...

grrrrr..xyah ckp pape..
senang..
hahahaha..
dah panjang pon entry aQ...
hehehehe

xsabau nk balik..
bulan 7 nanti ,
dapat 3 org baby..
syoknyaaaaa..
sukaaa2..
like222
bukan aQ beranak kembar..
aunty aku nk born baby baru dow..
pas tu, abg aQ nak dapat sorang ag..
aku bila lak ekk?
heheeheeeheeehee..
meowwwwww..
mwahahahaahahaha..

so, asenya dah xde pape kot..
aku dah banyak merapu-merapan ni..
aku minta k diri dulu..
kalau idea byk nanti., i dtg balik..
hehehe

k.
out dulu..

salam sayang dari puteri comot ^__^

Rabu, 11 Mei 2011

my love sultan..

"Saya Tukar Daulat Tuanku Kepada Allahu Akbar Supaya Pelafaznya Dapat Pahala"- Sultan Kelantan Sultan Yang Prihatin



SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.

Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.

Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.

Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.

Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.

Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.

Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai ‘saya’ bukannya ‘beta’ sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.

Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:

> Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan:

Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya.

> Mengapa memilih menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebagai gelaran rasmi:

Kerana kalau kita tengok dalam sejarah salasilah negeri Kelantan, Sultan yang terakhir, menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-IV. Jadi kalau nama saya sendiri sudah Muhammad, secara semula jadinya itulah pilihan pertama saya. Dan setelah berfikir semasak-masaknya itulah pada fikiran saya yang terbaik... Insya-Allah.

> Bilakah akan ditabal secara rasmi selaku Sultan Kelantan:

Saya fikir, bukan perkara ini tidak pernah berlaku (tidak melangsungkan upacara pertabalan). Misalnya untuk senang diterima, kita ambil dalam hal Almarhum Sultan Johor yang lepas, baginda tidak pernah ditabal walaupun menjadi Sultan Johor untuk lebih 23 tahun jika tidak silap saya. Jadi soal pertabalan ini adalah lebih kepada formaliti jika hendak dibandingkan dengan keperluan. Sebab saya fikir, ini bukan hendak glorify atau bermegah-megah atau hendak membesar-besarkan diri kita sendiri tetapi ini lebih soal tanggungjawab. (Nota: Untuk makluman pembaca, Sultan Muhammad telah dimasyurkan secara rasmi pada 13 September 2010 sebagaimana yang dituntut oleh perlembagaan negeri. Soal pertabalan hanyalah merupakan satu adat yang terpulang kepada Sultan sama ada ingin menyegerakannya atau mengadakannya pada satu tarikh yang difikirkan sesuai.)

> Tentang hubungan dengan ayahanda, bonda dan adinda-adinda pada masa ini:

Jawapan yang terbaik kepada soalan ini pada saya ialah “Alhamdulillah...”

> Perasaan tentang perhatian seluruh negara yang tertumpu kepada isu-isu yang melingkari Istana Kelantan:

Saya rasa jawapan yang paling sesuai ialah kita tidak boleh nak fikir sangat (hal ini) sebab jika kita terlalu memikirkan sangat, nanti otak kita akan sesak (jammed) jadi kita kena reda, kita tunggu dan kita lihat apa yang berlaku itu, jika kita fikir ia sudah takdir, maka kita lihatnya sebagai takdir. jika kita hendak fikir banyak sangat why? why? why?...akhirnya kita tidak akan terfikir kerana otak manusia atau data base otak manusia tak akan dapat memikirkan kenapa ini semua terjadi.

> Rahsia tidak kekok untuk berada bersama-sama rakyat, duduk dan makan bersama malah menyembelih lembu bersama-sama rakyat dalam majlis-majlis keramaian:

Kalau kita buat sesuatu perkara yang kita suka seperti sesetengah orang suka menyanyi, sesetengah orang suka makan, tengok tv, akhirnya ia akan menjadi senang untuk kita. Misalnya jika kita suka makan nasi lemak, kita makan sepuluh bungkus pun tidak ada hal.

> Rahsia mudah didekati oleh rakyat dan tidak kekok memberi bantuan peribadi:

Bagi saya senang sahaja sebab jika kita perhatikan sewaktu ayahanda saya menjadi Sultan, tidak ada satu yayasan dibuat atas namanya. Jadi saya fikir mengapa tidak ada (yayasan). Jadi itu yang mendorong saya untuk memberi sumbangan peribadi kepada rakyat jelata. Sebab tidak ada yayasan di atas nama ayahanda saya yang dapat saya gunakan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat (Nota: sebaik sahaja diangkat menjadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menubuhkan sebuah yayasan yang diberi nama Yayasan Sultan Kelantan yang tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan, pendidikan dan keagamaan rakyat di bawah jajahannya.)

> Mengenai perancangan Yayasan Sultan Kelantan dalam membantu rakyat:

Kita anggarkan kita akan dapat mengutip antara RM5 hingga RM6 juta (untuk dana awal). Selepas itu anggota lembaga pemegang amanah akan memutuskan cara untuk menyalurkan wang tersebut. Apa yang penting ialah untuk menentukan supaya program baru untuk mengumpul dana dapat dirancang dengan baik agar wang dana itu tidak habis. Jika wang dana tidak mencukupi atau kehabisan ini bermakna hanya segelintir pihak sahaja yang berpeluang mendapat faedah daripada dana ini. Matlamat yayasan ini ialah untuk membantu seseorang itu berdikari supaya dia sendiri dapat menguruskan dirinya selepas itu tanpa bantuan lagi.

> Pandangan tentang isu pembangunan yang dihadapi oleh rakyat dan negeri Kelantan:

Masalah negeri Kelantan saya nampak adalah tentang soal kekurangan infrastruktur asas dan tidak semaju seperti mana negeri Selangor atau Johor. Jadi kalau negeri-negeri ini banyak lebuhraya dan jalan baru dibina akhirnya kampung-kampung kecil dan bandar-bandar kecil yang berada di sekitar kawasan yang memiliki kemudahan infra seperti jalan raya dan sebagainya akan menerima pembangunan secara tidak langsung. Ini kerana, saya selalu ke mana-mana menggunakan kereta, jadi saya dapat tengok bagaimana kawasan yang mempunyai jalan besar dan utama akan turut membangun dan kampung itu tidak mati. Tetapi jika tidak ada jalan dan pembangunan ekonomi susah hendak sampai ke situ, ia akan mati termasuklah masyarakat kerana mereka tidak ada kesempatan untuk turut membangun kerana tiadanya komunikasi dengan dunia luar. Di Kelantan itu yang paling ketara...

> Tentang prinsip-prinsip asas dan perubahan utama yang akan dilaksanakan:

Prinsip saya ialah kita sebagai pemerintah haruslah aktif membuat tinjauan kerana hanya dengan meninjau kita akan mendapat gambaran sebenar (keadaan di bawah) dan dapat ambil tindakan sewajarnya serta dapat memberi keutamaan kepada yang mana perlu mendapat perhatian terlebih dahulu.

> Tentang tahap kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial negeri Kelantan:

Seperti mana yang saya katakan di awal wawancara tadi, tidak ada bandar di dunia ini dapat bangun tanpa ada infrastruktur asas seperti jalan, hospital, lapangan terbang. Saya bukannya hendak campur politik tetapi apa yang saya maksudkan di sini ialah kalau hendak bangunkan sesuatu kita perlu buat kajian fisibiliti terlebih dahulu. Contohnya macam saya balik (dari sesuatu majlis) dengan kereta saya dapat lihat sendiri kesesakan lalu lintas yang teruk kearah pusat bandar (Kota Baru) bila ada cuti am. Mengapa sesak? Kerana jalan tidak luas atau tidak cukup tetapi kereta banyak. Mengapa kereta banyak? Sebab pada waktu cuti umum orang Kelantan di luar Kelantan balik bercuti ke Kelantan. Jadi kalau kita buat lebuh raya dan buat tol sudah pastinya kita akan dapat menjana pendapatan kerana ramai yang balik ke Kelantan menggunakan kereta. Akhirnya hasil (wang) akan berpusing dan ini akan merancakkan ekonomi termasuk hasil pendapatan rakyat. Bila ini berlaku ia akan menyenangkan hati rakyat – tidak kiralah sama ada ekonominya ke, kesejahteraan dia ke, atau kesihatan dia ke, asalkan rakyat senang. Dan apa sahaja yang akan menyenangkan rakyat kita sokong. Jadi kita tidak hendak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma bila kita buat perbandingan contoh Kelantan dengan Terengganu, Kelantan dengan Pahang, Kelantan dengan Johor atau Selangor, Wilayah Persekutuan, kita akan tahu jawapannya kedudukan kita di mana.

> Mengenai impak aktiviti politik kepada perpaduan rakyat:

Sistem politik ini, bagi saya selagi ia tidak bercanggah dengan agama dan kita tidak memburuk-burukkan orang lain dalam ceramah tidak mengapa. Bagaimanapun ia bergantung atas diri masing-masing. Misalnya atas pentas ceramah, kalau sesetengah orang itu mulutnya laser, akan keluar perkataan-perkataan yang tidak elok tetapi kalau orang itu jenis orang baik, tak akan keluar kata-kata buruk ke atas orang lain. Jadi kita sendiri kena tahu bila hendak tekan brek (had). Kalau saya sendiri nak cakap apa-apa pun siapa boleh halang saya cakap tapi kita sendiri kena tahu bila hendak brek. Sebagai manusia kita kena tahu had kita di mana. Jika tidak, kita akan menjadi seperti sebuah kereta api yang out of control yang akhirnya akan terbalik. - greenboc

Selasa, 10 Mei 2011

langkah2 memelihara IMAN..

Iman itu boleh bertambah dan berkurang.Iman juga boleh dihinggapi penyakit.

Firman Allah yang mafhumnya:

“Di dalam hati mereka ada penyakit”(Al-Baqarah:10)

Hakikat bertambahnya iman seseorang dinyatakan oleh Al-Quran sebagai berikut

“Sesungguhnya orang -orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka.”(Al-Anfal:2)

“Adapun orang-orang yang beriman maka surah ini menambah imannya.”(At-Taubah:124)

“Dan tatkala orang-orang mu’min melihat tentera-tentera Ahzab,mereka berkata’Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita’.Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya.Dan demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan penyerahan”.(Al-Ahzab:22)

Oleh itu setiap mu’min hendaklah sentiasa berusaha agar imannya sentiasa bertambah dan berjaga-jaga daripada perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesejahteraan imannya.Beberapa langkah utama yang mesti dijaga oleh setiap mu’min untuk menjaga kesejahteraan imannya adalah seperti berikut:

MENUNTUT ILMU

Orang yang mencari ilmu untuk dijadikan bekalan dalam perjalanan hidup untuk hari kemudian dan berniat untuk mencari keredhaan Allah semata-mata,maka ia termasuk dalam golongan orang-orang yang bakal memperolehi keselamatan dan kejayaan.

Imam Al-Ghazali menyatakan:

“Yang paling utama sekali adalah waktu kamu digunakan untuk menambah ilmu yang berguna dan bermanfaat terhadap deen,iaitu ilmu yang dapat menghantar kamu menuju ketaqwaan kepada Allah,membuka kesedaran kamu untuk menyaksikan segala keburukan yang terdapat dalam dirimu.Memperdalamkan ma’rifat terhadap ibadah kepada Allah.Mengurangkan hasrat kamu yang berlebihan terhadap dunia dan menambah keterlibatan dirimu terhadap kehidupan di akhirat kelak.Ilmu ini dapat membuka lebar mata hatimu terhadap cacat cela segala macam perbuatanmu,sehingga kamu dapat menjaga jangan sampai berulang lagi perbuatan yang buruk,malah membuat kamu lebih berwaspada dan berhati-hati terhadap godaan-godaan syaitan dan tipu dayanya.”

MENTAATI PERINTAH ALLAH

Taat itu bermaksud menurut atau patuh kepada peraturan dan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah.Perintah -perintah Allah terdiri daripada perkara yang wajib dan sunat.

Perkara yang wajib adalah merupakan perkara pokok yang paling penting bagi menggerakkan setiap urusan serta membawa manusia ke jalan yang selamat dan bahagia.Perkara sunat pula merupakan keuntungan yang memberikan dan mengangkat darjat kepada kejayaan dan kemuliaan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:

“Allah berfirman :Siapa pun belum dapat disebut telah mendekatkan diri kepadaKu kerana telah menunaikan semua perintah yang fardhu sahaja, tetapi seorang hamba baru dapat disebut mendekatkan (taqarrub) diri kepadaKu dengan mengerjakan perintah-perintah yang sunat sehingga akhirnya Aku mencintainya.Apabila Aku telah mencintainya maka Akulah telinga yang dengannya ia mendengar,mata yang dengannya ia melihat,lidah yang dengannya dia berkata-kata, tangan yang dengannya ia lakukan setiap usahanya dan kaki yang dengannya bagi tiap langkahnya.”

Dalam mentaati perintah Allah seseorang mu’min mestilah menunaikan kewajipan yang telah difardhukan kepadanya seperti solat, puasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji dan mengeluarkan zakat.

Demi untuk memastikan keempat-empat fardhu ini hidup di dalam dirinya hendaklah ia menyeru manusia kepada pelaksanaannya serta melarang manusia dari mengabaikannya.Usaha ini dinamakan sebagai ‘amru bil ma’ruf wa nahu ‘anil mungkar’.Oleh itu sekiranya tugas ini tidak dilaksanakan dengan sempurna,maka menjadi kewajipan kepadanya untuk melaksanakan.

Di samping melakukan perkara-perkara fardhu,seorang mu’min itu hendaklah meningkatkan dirinya bagi melaksanakan amalan-amalan yang sunat.Amalan yang sunat ini begitu luas ruang lingkupnya.Oleh itu perkara yang paling penting dalam melaksanakan amalan-amalan sunat ini hendaklah ia berdasarkan petunjuk-petunjuk dari sunnah Rasulullah s.a.w.

MENJAUHI MAKSIAT

Seorang mu’min itu juga mestilah menjauhi dirinya dari maksiat.Memandang berat terhadap dosa-dosa besar , berwaspada terhadap dosa-dosa kecil dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhinya.

Imam Al-Ghazali member peringatan:

“Di dalam tuntutan deen terdapat dua perkara yang sangat penting untuk diperhatikan:Pertama ,meninggalkan dan menjauhi segala sesuatu yang dilarang dan diharamkan.Kedua, berbuat taat dan menunaikan segala perintah , beribadah dan berbakti kepada Allah.

Di antara keduanya itu, menjauhi segala yang dilarang dan diharamkan itu adalah suatu hal yang terlalu berat, kerana ketaatan melaksanakn perintah Allah memang mampu dilaksanakan, tetapi meninggalkan dan menjauhi apa yang dilarang dan diharamkan itu,tida yang mampu kecuali yang benar-benar beriman”

Untuk menjadikan iman jauh dari pengaruh maksiat hendaklah seseorang muslim itu menjaga adab-adab yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw.Ini adalah kerana kebiasaanya syaitan itu menyerang manusia dari pintu-pintu yang terlemah di dalam dirinya.Oleh itu hendaklah ia membentengi dirinya dari serangan-serangan syaitan.

~ sharing is caring…………..Mahabbah Fillah

sakit pale

salam...
idea..idea...idea!
plezzz comim sayang...
ngeeeee...
gewam i taw!
time aQ duk berhempas pulas exam,
ade jer hang eaaa...
bile aQ free cket, ang xdela pulak..
ishh2..mmg nk boikot aQ tol..eheee..
nk stori mori pasal ape ekk?
any idea??
hurmm..
sebenarnya kan..utk masa skrg ni,
aQ masih ag terasa sakit kat kepala ni...
hentahlah...
jwb exam td pun bertemankan sakit kepala ni jugaklah...
aQ ingat dah berhenti..
td, ok jer..
tp bila dah start exam, jd mcm ni lak..
hurmm
dugaaan,
aQ tak taw la sakit kepala aQ ni sbb ape?
nk dikaitkan dgn sbb aQ dtg bulan, boleh x?
yela, org len sakit kat perut, aQ ni boleh pulak,
sakit kepala..
huhu..
nak kata migrain,
aQ pun xtahu mcm mana rasa sakit akibat migrain tu mcm mana..
kekadang kan, bila jadik mcm ni,
aQ mulalah pk bukan2..
sakit barah otak lah..apelah..
yela, ingat ag dulu,
masa sekolah rendah,
aQ suka tulis skrip..
n selalunya, setiap citer yg aQ tulis tu akan berakhir dgn heroin@hero nya mati akibat ape2 barah..
mmg xleh blah,,
hehehe..


Ahad, 8 Mei 2011

sy bangga!

Teruja dan terharu melihat kekhusyukkan para pemain kedua belas Kelantan ini yang tetap menunaikan solat meskipun terpaksa beralaskan hamparan batu merah stadium keramat mereka. Lokasi dari pintu H ini diharap dapat membuka hati dan iman para penyokong Kelantan yang lain dalam melaksanakan tugasan kepada Maha Pencipta.

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan stadium yang menyediakan kemudahan air dan tikar untuk memudahkan para penyokong yang hadir menunaikan kewajipannya. Usaha dan sikap yang dipamerkan semua pihak ini harus diteruskan dan dipuji sebagai contoh kepada umat islam lain dengan harapan menjadi ikutan para penyokong Kelantan yang lain.






Gambar oleh Afendy Latif

Situasi ini sukar untuk dilihat di stadium lain atau disiarkan di dada akhbar. Ini antara watak-watak yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan meskipun ada segelintir penyokong Kelantan yang menyebabkan penyokong Kelantan yang lain dipandang sinis penyokong pasukan lain. Yakinlah! Kemenangan atau keputusan perlawanan akan lebih bermakna jika mendapat keredhaan Illahi.

Kita tidak pernah menyedari untuk memanfaatkan solat sebagai alat penolong, sumber hidup, penerang jiwa dan tempat kita bertanya Allah SWT tentang persoalan yang sukar diselesaikan.

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(QS: Al-Baqarah 2:45)


"Kesedaran dan kepercayaan itu datangnya dari Allah. Allah mengilhamkan kita samada taqwa atau fujur (kefasikan/keburukan). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya."
(QS Asy Syams 91:8).


"Khusyuk di dalam solat itu mudah. Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu"
(QS: Al-Baqarah 2:185)


Kredit : TheRedWarriors

Sabtu, 7 Mei 2011

selamat hari ibu...

salam

firstly, nk ucap
SELAMAT HARI IBU






kepada semua ibu2 sedunia dan xlupa jugak buat bakal2 ibu..
huhu..
especially to my luv mum's..
i love u so much umi....
muah2..




sesungguhnya, tiada wang yg mampu membayar segala pengorbanan umi...sayang umi selamanya...forever and ever and for the rest of my life...





xsabar nk balik...miss u so much umi...

umi,
salam rinsa kasih dari anakmu,
aku ingin dikau tahu,
betapa aku menyayangi dirimu...

umi,
selama 9 bulan dan 10 hari,
dikau tidak pernah jemu
membawa daku kesana kemari,
tanpa penah memikirkan keletihan,
yang melanda dirimu..

umi,
masih terngiang di telingaku,
sewaktu aku masih dalam rahim mu,
kau alunkan ayat suci Al-Qura'an,
setiap detik,
setiap waktu solatmu,
supaya aku menjadi anak,
yang berguna untukmu,
jua agama suci..

umi,
saat aku menjengah dunia,
kau jua abah,
tidak pernah jemu.
menitipkan kasih-sayang untukku,
aku diajar supaya menjadi,
insan beriman dan berilmu..

umi,
aku tahu
air matamu telah banyak gugur,
kerana perbuatan anak-anakmu,
yang telah mengguris,
hati muliamu..

umi,
ampunkan daku,
segala keterlanjuranku,
betapa aku amat-amat,
menyayangi umi dan abah,
betapa aku ingin berbakti kepada kalian,
sebelum akhir nadi...

ya ALLAH,
hanya kepadaMu hamba bermohon,
panjangkanlah umurku,
supaya aku sempat berbakti,
pada mereka...


anakandamu,
... fatihah...

latest update ; memandangkan aQ ni jenis jiwa leleh cket, td aQ mcj kat umi.
mcj nya berbunyi gini..




lepas tu umi reply;
TERIMA KASIH DUHAI ANAKKU..

pas tu, aQ try bc balik mcj yg dihantar kat umi td..
tetiba..
aQ jadik touching lebih..
sbb tu aQ xcoll umi...
kang nangis xpasal..dah lah lama xjumpa..
uwaaaaaaaa
='(




salam sayang dari puteri umi dan abah ^__^

sesaje

salam...
alhamdulilah..selesai sudah satu paper hari ni...
masih ada 6 menunggu di belakang..
huhu..
td, nk kata xleh jwb pun x..nak kata leh jawab pun x..
semua yg aQ bajet masuk, xmasuk, yg aQ xbajet jugaklah yg berderet2 masuknya..
hurmm..xpelah..bende dah lepas..xleh nk wat apa dah...fikirkan yg mendatang..
tp kan, td...pengawas pepriksaan exam aQ td, ensem2 semua..yg lelaki la...
xkan pmpuan kot..hhehe
tp, hari ni persmian exam dan hari ni jugak lah perasmian sesungut aQ...
hurmmm..
risau gak ni..kalau sakit kat perut xpe ag..risau kut2 sakit kat kepala...
habislah....
dah lah paper xde gap...
moga xde pape nanti..
amin...


salam sayang dari puteri umi dan abah. ^__^

Jumaat, 6 Mei 2011

exam

salam...
selepas tamat seketika episod berair mata dan episod 'gilak'2 smlm, maka, bermula 6 jam dari skrg, aQ akan mula berjuang utk exam pertama pd ptg ini, 2.30- 5.00 ptg.
dah lah skrg aQ terasa sesuatu jer..tanda2 nk sesungut dah tiba..
ishkk..risaulah..
sbb selepas umi, turn aQ..
jgn wat hal sepanjang exam ni sudahlah..
yaALLAH, lindungi dan permudahkan urusan hambaMu ini..
semoga aQ dapat menjawab dgn tenang dan cemerlang utk hari ini dan seterusnya..
insyaALLAH...
Dimedan exam aQ akan berjuang..
rasa lemau dan dan muntah jer bila tgk nota ni..
xtaw dah aQ nk bc apa ag...huhuhu
k la, nk bc cket ag,
k la,
wish me all the best..

salam
salam sayang dari puteri abah dan umi ^_^

barang2 berharga peninggalan RASULULLAH S.A.W


salam...
beruntunglah kita umat nabi MUHAMMAD S.AW. kerana masih lagi dapat mengubati kerinduan kita dengan melihat barang2 berharga peninggalan baginda sejak beribu tahun dahulu...
drpd brg2 ini, terserlah kesederhanaan baginda sebagai seorang pemimpin..
semoga kita dapat mencontohi sikap baginda ..
berdoalah semoga kita mendapat syafaat baginda di akhirat kelak..
insyaALLAH..
















Khamis, 5 Mei 2011

betul ker cara kita pakai cincin ek!!!



Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH ABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU PUN DAPAT PAHALA GAK



sumber http://nahdahmuslim.blogspot.com/2010/11/betuk-ker-cara-kita-pakai-cincin-ek.html#ixzz1KRZI403i

my mood


salam...
perasaan aku hari ni....
sgt2 upset...
sedih....
kecewa...
tertekan...
rindu..
dan segala bagai lagilah....
xtaw kenapa...

reason2 utk aQ mengalami perasaan diatas ialah...
1) exam dah dekat..aku xmau repeat ape2 paper..aQ xmau kecewakan parents aQ lagi..
2) aQ masih ag terkenang kan budak yg telah sakitkan hati aQ tu..( bukan rindu, tp still terfikir knapa begitu mudah dy buat begitu kat aQ)
3)muka mmg senyum,nk gurau2 aQ masih boleh..tp, hati aQ menangis setiap kali..
4) aQ rindu sgt2 kat family kat kg..kalau boleh hari ni je aQ nk balik..( tp,semua tu mustahil sbb esok aQ mula exam..lepas tu ada intersesi..hampir 5 bulan aQ xbalik....
:'(

dan banyak lagi lah yg aQ xboleh nyatakan kat sini...
aQ kene kuatkan hati...aQ mesti tabah...aQ kene sabar untuk sebulan lagi....
YA ALLAH..kuatkan lah hamba-Mu ini..tabahkanlah hati ku....


salam sayang dari puteri umi dan abah.. ^__^


Rabu, 4 Mei 2011

rahsia di jari mu

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA!!!!!!!
Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus

Jari tengah : Jantung

Jari Manis : Imuniti

Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke???
jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya..

seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita.cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

.tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

ITULAH SAHAJA YANG SAYA PELAJARI MENGENAI RAHSIA PENYAKIT DI SEBALIK TAPAK
TANGAN....wallahu`alam....
(sama2 kita renungkan ini: Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada
satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit,tetapi akhirnya terpaksa
mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang)
~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG
MAHA ESA....:-)~
credit to; www.buaya-merah.com

study la wei...

salam...
entry kali ni, adalah pasal....
exam....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
exam..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
exam..

tarikh exam dah makin hampir...



bukan ape..nk sedarkan diri aku cket..
xsedar2 diri lagi..
exam dah nk dekat..
mmglah..
u lain dah nk abis exam..
masalahnya..
u lain...
bukan u aQ..
nk jeles pesal?
sape suh apply u ni?
hahaha..

hurm..tp, masalahnya...
|
|
|


bukan aQ yg kata taw...haha....

tp, aku nak A dalam semua subjek aQ amik..agak2..kene study sampai mcm ni x?




hurmm..apa pun..wish me gud luck...semoga dapat jawab dgn cemerlang..insyaALLAH....





dan semoga aQ dapat A!


amin.....

salam sayang dari puteri abah dan umi..^__^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...