بسم الله الرحمن الرحيم.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

C cantik & C hensem ^__^

kata- kata aluan dari pemilik syarikat

*TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENJENGAH KE PAGES YG X SEBERAPA INI...
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V

Selasa, 10 Mei 2011

langkah2 memelihara IMAN..

Iman itu boleh bertambah dan berkurang.Iman juga boleh dihinggapi penyakit.

Firman Allah yang mafhumnya:

“Di dalam hati mereka ada penyakit”(Al-Baqarah:10)

Hakikat bertambahnya iman seseorang dinyatakan oleh Al-Quran sebagai berikut

“Sesungguhnya orang -orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka.”(Al-Anfal:2)

“Adapun orang-orang yang beriman maka surah ini menambah imannya.”(At-Taubah:124)

“Dan tatkala orang-orang mu’min melihat tentera-tentera Ahzab,mereka berkata’Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita’.Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya.Dan demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan penyerahan”.(Al-Ahzab:22)

Oleh itu setiap mu’min hendaklah sentiasa berusaha agar imannya sentiasa bertambah dan berjaga-jaga daripada perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesejahteraan imannya.Beberapa langkah utama yang mesti dijaga oleh setiap mu’min untuk menjaga kesejahteraan imannya adalah seperti berikut:

MENUNTUT ILMU

Orang yang mencari ilmu untuk dijadikan bekalan dalam perjalanan hidup untuk hari kemudian dan berniat untuk mencari keredhaan Allah semata-mata,maka ia termasuk dalam golongan orang-orang yang bakal memperolehi keselamatan dan kejayaan.

Imam Al-Ghazali menyatakan:

“Yang paling utama sekali adalah waktu kamu digunakan untuk menambah ilmu yang berguna dan bermanfaat terhadap deen,iaitu ilmu yang dapat menghantar kamu menuju ketaqwaan kepada Allah,membuka kesedaran kamu untuk menyaksikan segala keburukan yang terdapat dalam dirimu.Memperdalamkan ma’rifat terhadap ibadah kepada Allah.Mengurangkan hasrat kamu yang berlebihan terhadap dunia dan menambah keterlibatan dirimu terhadap kehidupan di akhirat kelak.Ilmu ini dapat membuka lebar mata hatimu terhadap cacat cela segala macam perbuatanmu,sehingga kamu dapat menjaga jangan sampai berulang lagi perbuatan yang buruk,malah membuat kamu lebih berwaspada dan berhati-hati terhadap godaan-godaan syaitan dan tipu dayanya.”

MENTAATI PERINTAH ALLAH

Taat itu bermaksud menurut atau patuh kepada peraturan dan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah.Perintah -perintah Allah terdiri daripada perkara yang wajib dan sunat.

Perkara yang wajib adalah merupakan perkara pokok yang paling penting bagi menggerakkan setiap urusan serta membawa manusia ke jalan yang selamat dan bahagia.Perkara sunat pula merupakan keuntungan yang memberikan dan mengangkat darjat kepada kejayaan dan kemuliaan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:

“Allah berfirman :Siapa pun belum dapat disebut telah mendekatkan diri kepadaKu kerana telah menunaikan semua perintah yang fardhu sahaja, tetapi seorang hamba baru dapat disebut mendekatkan (taqarrub) diri kepadaKu dengan mengerjakan perintah-perintah yang sunat sehingga akhirnya Aku mencintainya.Apabila Aku telah mencintainya maka Akulah telinga yang dengannya ia mendengar,mata yang dengannya ia melihat,lidah yang dengannya dia berkata-kata, tangan yang dengannya ia lakukan setiap usahanya dan kaki yang dengannya bagi tiap langkahnya.”

Dalam mentaati perintah Allah seseorang mu’min mestilah menunaikan kewajipan yang telah difardhukan kepadanya seperti solat, puasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji dan mengeluarkan zakat.

Demi untuk memastikan keempat-empat fardhu ini hidup di dalam dirinya hendaklah ia menyeru manusia kepada pelaksanaannya serta melarang manusia dari mengabaikannya.Usaha ini dinamakan sebagai ‘amru bil ma’ruf wa nahu ‘anil mungkar’.Oleh itu sekiranya tugas ini tidak dilaksanakan dengan sempurna,maka menjadi kewajipan kepadanya untuk melaksanakan.

Di samping melakukan perkara-perkara fardhu,seorang mu’min itu hendaklah meningkatkan dirinya bagi melaksanakan amalan-amalan yang sunat.Amalan yang sunat ini begitu luas ruang lingkupnya.Oleh itu perkara yang paling penting dalam melaksanakan amalan-amalan sunat ini hendaklah ia berdasarkan petunjuk-petunjuk dari sunnah Rasulullah s.a.w.

MENJAUHI MAKSIAT

Seorang mu’min itu juga mestilah menjauhi dirinya dari maksiat.Memandang berat terhadap dosa-dosa besar , berwaspada terhadap dosa-dosa kecil dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhinya.

Imam Al-Ghazali member peringatan:

“Di dalam tuntutan deen terdapat dua perkara yang sangat penting untuk diperhatikan:Pertama ,meninggalkan dan menjauhi segala sesuatu yang dilarang dan diharamkan.Kedua, berbuat taat dan menunaikan segala perintah , beribadah dan berbakti kepada Allah.

Di antara keduanya itu, menjauhi segala yang dilarang dan diharamkan itu adalah suatu hal yang terlalu berat, kerana ketaatan melaksanakn perintah Allah memang mampu dilaksanakan, tetapi meninggalkan dan menjauhi apa yang dilarang dan diharamkan itu,tida yang mampu kecuali yang benar-benar beriman”

Untuk menjadikan iman jauh dari pengaruh maksiat hendaklah seseorang muslim itu menjaga adab-adab yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw.Ini adalah kerana kebiasaanya syaitan itu menyerang manusia dari pintu-pintu yang terlemah di dalam dirinya.Oleh itu hendaklah ia membentengi dirinya dari serangan-serangan syaitan.

~ sharing is caring…………..Mahabbah Fillah

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...