بسم الله الرحمن الرحيم.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

C cantik & C hensem ^__^

kata- kata aluan dari pemilik syarikat

*TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENJENGAH KE PAGES YG X SEBERAPA INI...
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V

Sabtu, 21 Mei 2011

laksam


salam..
wahh2agak lama xpulang ke kampung halaman...rindu nk makan masakan umi ngn nenek aku..lama giler xmakan laksam...feveret aku tu..
ramai yg keliru antara laksa n laksam.
kalau laksa aku xsuka sgt..
so, bg mengubat kerinduan..aku nk share lah cara2 utk wat laksam ni..
tiap tempat tu kdg2 lain cara wat nya terutama kuah..
sedapnya....dah meleleh air liur ni..


Kuah


1. isi ikan
2. santan pekat (tambah air jika perlu)
3. bawang merah (dikisar)
4. bawang putih (dikisar)
5. serai (dikisar)
6. halia (dikisar)
7. Sedikit kacang panjang, tauge, kobis, daun selasih, sengkuang, timun dan daun salam (dihiris)
8. Sedikit lada hitam

Laksam

1. Minyak masak, garam & lada sulah 1 cawan tepung beras
2. 1 cawan tepung ubi
3. 2-3 cawan air
4. sedikit garam

Cara nak wat

Tepung beras, tepung ubi, garam dan air dibancuh sehingga sebati. Gunakan tudung periuk sebagai loyang dan guna satu senduk adunan bagi setiap loyang. Pastikan adunan tidak terlalu tebal. Kukus hingga masak. Keluarkan kepingan laksam dari loyang dan digulung. Ulang proses ini hingga adunan habis. Ketepikan. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing. Masukkan isi ikan, kiub pati ayam & santan. Apabila mendidih, masukkan garam & serbuk lada sulah. Matikan api dan ia sedia unduk dihidangkan.

Cadangan Hidangan

Potong tepung laksam anggaran 1 sm tebal. Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan sayur-sayuran. Kemudian tuangkan kuah panas. Enak juga dimakan dengan sambal belacan,

selamat mencuba..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...