SATU pendekatan yang baik dibuat oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di dalam menarik golongan anak muda ke arah Syiar Islam. Kalau kita lihat, di dalam apa sahaja situasi dan keadaan, Menteri Besar Kelantan ini hanya bimbangkan tentang Islam. Di dalam benaknya hanya berfikir tentang Islam, Islam, Islam dan Islam.
Terbaru, MB Kelantan di dalam usaha menarik golongan muda kepada Syiar Islam, telah menyatakan kemahuannya menunaikan solat di Stadium baru Kelantan dengan diimamkan oleh kapten Pasukan Bola Sepak [Harakahdaily].
Apa yang jelas MB Kelantan mewujudkan satu budaya, persepsi, dan lembaran baru dalam dunia bola sepak tempatan. Kebolehan menjadi imam kini menjadi salah satu kriteria kepada anak muda yang bercita-cita menjadikan bola sepak sebagai bidang kerjaya untuk diceburi.
Lantaklah orang nak buat bangunan, rumah, padang bola, padang golf, jalanraya, tugas-tugas ini diserahkan kepada orang yang pakar untuk menguruskannya. Tuan Guru Nik Aziz pula akan mengambil kesempatan memasukkan ciri-ciri Islam selari dengan slogan Negeri Kelantan "Membangun Bersama Islam".
thanks to milosuam..=)
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/05/mb-kelantan-mahu-kapten-bola-sepak-jadi.html#ixzz1My9kExTs
Tiada ulasan:
Catat Ulasan