satu
“Ehh..,siapa tu Res? Aku tak pernah nampak pun sebelum ni. Lawa lah bro” Ruziman ketawa mengekeh sambil memerhatikan seorang gadis yang berbasikal yang melewati mereka berdua ketika sedang memancing di atas jambatan kayu di tepi sungai. Farees turut melemparkan pandangan kepada gadis itu lalu mengeluh.
“ Jiran baru aku...dah seminggu pindah..” Farees seolah – olah tidak bersemangat apabila berbicara tentang gadis yang baru dilihat sebentar tadi.
“ Jiran baru kau bro? Yang tinggal kat rumah Pak Meon tu?? Jadi dia lah yang kau cakap dari Kuala Lumpur tu??” bersungguh Ruziman bertanya. Pertanyaan itu hanya disambut dengan anggukan lesu dari Farees. Ruziman tersenyum seolah – olah ada yang tersirat dalam hatinya.
“ Sampai hati kau tak beritahu aku tentang jiran baru kau tu” Ruziman menampar bahu Farees.
“ Buat apa..tak penting pun..” Farees mencebik bibir.
Ruziman dan Farees.. nama yang cukup sinonim di kampung mereka. Mereka berdua berkawan sejak dari kecil lagi dan sehinggalah sekarang. Dimana ada Ruziman, disitulah ada Farees dan begitulah sebaliknya. Sekarang masing – masing sudah berada dalam tingkatan tiga dan tidak lama lagi bakal mengambil peperiksaan. Namun Ruziman seorang yang cukup liat apabila diajak untuk belajar. Berbeza dengan Farees yang agak rajin dan bersemangat untuk belajar.
Pada suatu pagi, Farees dikejutkan dengan suara orang memberi salam ketika dia sedang menikmati nasi lemak hasil dari air tangan ibunya. Dia mengerutkan dahi.
“ Siapa pulak yang datang pagi – pagi ni?? sungut mak Temah lalu bangun meninggalkan meja makan. Dia menjenguk ke luar.
“ Wa’laikumusalam..laa..kamu ke Man? Mak ingat siapa lah yang datang pagi – pagi ni. Naiklah..” pelawa Mak Temah lantas tersenyum dan menggeleng. Ruziman tersenyum seperti kerang busuk lalu naik ke teratak milik sahabat karibnya itu.
“ Marilah. Mak ada buat nasi lemak ni. Rees pun tengah makan kat dapur.” Pelawa Mak Temah yang telah menganggap Ruziman seperti anaknya sendiri.
“ Mak masak nasi lemak? Sedapnya...” kata Ruziman sambil mengekori Mak Temah ke dapur. Farees yang sedang khusyuk menikmati nasi dihadapannya tersentak apabila disapa oleh Ruziman. Ruziman tersenyum lalu duduk di sebelahnya.
“ Kamu layan dirilah ye Man. Mak nak mandikan Farah dulu. Nanti lewat pula dia nak ke tadika.” Tambah Mak Temah. Farees masih tidak berkelip memandang Ruziman. Ruziman begitu berselera menikmati nasi lemak itu.
“ Kau ni mimpi apa man? Pagi – pagi dah datang rumah aku??” Farees membuka bicara.
Dia bertanya begitu bukan kerana tidak suka dengan kedatangan Ruziman. Cuma dia agak pelik kerana selalunya dia yang akan singgah di rumah Ruziman dahulu sebelum mereka sama- sama berjalan kaki ke sekolah.
“ Tak ada apa – apa..tak boleh ke aku datang ke rumah kau ni? “ jawab Ruziman selamba.
“ Bukan tak boleh. Cuma aku pelik sikit. Tak pernah – pernah kau datang ke rumah aku pagi – pagi macam ni.” Farees memandang Ruziman. Dia inginkan jawapan pasti daripada Ruziman supaya dia dapat merungkai persoalan yang bersarang di hatinya.
“ Aku tak pernah datang ke Rees?” Ruziman cuba mengelak untuk menjawab soalan dari Farees sebentar tadi.
Seraya dengan itu, Mak Temah muncul dari bilik mandi sambil memimpin anak perempuannya yang sudah siap dimandikan dan berbungkus dengan tuala. Kesempatan itu digunakan oleh Ruziman untuk mengelak soalan Farees.
“ Mak..sedaplah nasi lemak yang mak buat ni. Kalau macam ni,hari – hari pun tak apa man datang makan kat sini” Ruziman berkata manis. Mak Temah tersenyum.
“ Datanglah man..mak tak kisah pun..mak nak naik dulu,nak siapkan Farah,,” ujar Mak Temah dan disertai dengan anggukan dari Ruziman.
“ Eleh...macam lah tak pernah rasa masakan mak aku” Farees bermonolog dalam hati sambil menyuapkan air milo susu ke mulutnya.
Setelah bersalam dengan ibunya, Farees meneruskan perjalanan ke sekolah bersama – sama Ruziman. Sesekali Ruziman menoleh ke belakang dan melihat jam di tangannya. Jam yang merupakan hadiah daripada Farees sempena hari lahirnya masih elok dgunakan. Sekali – sekali Farees menjeling memerhatikan gelagat Ruziman yang dirasakan cukup berbeza pada pagi itu.
“ Kau tunggu siapa Man?” soal Farees.
“ Tak lah..aku tak tunggu sesiapa pun” dalih Ruziman.
Suasana dalam kelas sedikit hingar – bingar kerana guru Puan Aisyah iaitu guru Bahasa Melayu mereka belum masuk ke kelas. Kesempatan itu digunakan oleh mereka untuk bising sesuka hati. Si Ruzimanlah yang menjadi ketua. Pelajar – pelajar perempuan pula sibuk bergosip. Bertambahlah keriuhan ‘Pasar Borong Selayang’ itu. Tiba – tiba salah seorang daripada mereka menjerit.
“ Woi!! Cikgu datang!” jerit Razif.
Bagai kedatangan raksaksa, mereka bertempiaran lari ke tempat duduk masing – masing dan mula diam seperti berada dalam majlis rasmi kerajaan. Ada diantara mereka yang merupakan pelakon terbaik sudah mengeluarkan buku teks dan membelek – belek buku tersebut untuk mencari muka surat yang dipenuhi dengan gambar untuk “ dibaca”.
Sejurus kemudian, melangkahlah Cikgu Aisyah masuk ke perut kelas.
“ Semua bangun! Assalamualaikum cikgu....” ucap Farees mengetuai rakan – rakan di kelasnya bagi menyambut kedatangan guru mereka. Seraya disambut serentak oleh ahli kelas Tingkatan Tiga Baiduri yang lain.
“ Wa’alaikumusalam...duduk..” jawab Puan Aisyah.
“ Baiklah para pelajar,sila keluarkan buku latihan kamu. Saya nak tengok latihan yang saya berikan kelmarin.” Pinta Puan Aisyah kepada para pelajarnya. Mereka segera melakukan apa yang diminta oleh guru mereka itu kecuali Ruziman. Farees menyedari hal itu.
“ Kau tak buat latihan tu Man?? Kan aku dah pesan semalam...” Farees menepuk dahinya. Ruziman hanya tersenyum kambing. Dia sudah biasa didenda oleh cikgu kerana tidak menyiapkan kerja sekolahnya. Farees sudah puas menasihatinya dan mengajak untuk menyiapkan kerja sekolah bersama – sama, namun Ruziman mempunyai berbagai macam alasan untuk mengelak.
“ Siapa yang tidak siapkan kerja yang saya berikan semalam,sila berdiri di depan kelas.” Puan Aisyah melirik ke arah Ruziman kerana dia sudah mengagak siapakah gerangan yang bakal berdiri di depan. Ternyata sangkaannya tepat. Ruziman dengan sukarela keluar dan berdiri di depan dengan muka selambanya. Farees rasa bersalah terhadap rakan karibnya itu.
Tidak lama kemudian, pintu kelas Tingkatan Tiga Baiduri diketuk. Masing – masing memandang ke arah pintu kecuali Farees yang sedang khusyuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Puan Suraya masuk ke kelas bersama- sama seorang pelajar perempuan dan melewati Ruziman yang sedang berdiri berhampiran pintu.
“ Kamu lagi Ruziman..” Cikgu Suraya yang juga merupakan guru kelas mereka juga sudah masak dengan perangai Ruziman. Ketika itu juga gadis yang mengekori belakang Cikgu Suraya tersenyum padanya. Mereka berlalu meninggalkan Ruziman dan menghampiri Cikgu Aisyah yang sedang duduk di meja guru. Mereka seolah sedang membincangkan sesuatu dan cikgu Aisyah kelihatan mengangguk faham.
“ Pelajar- pelajar, minta perhatian sekejap. “ pinta Cikgu Suraya. Masing – masing mengalih pandangan padanya.
“ Saya ingin memeperkenalkan kawan baru kamu. Dia baru masuk hari ini. Namanya Nur Maisarah bt Razak. Harap kamu semua dapat bantu dia...” cikgu Suraya mengangguk dan meminta diri.
“ Satu kelas dengan aku pulak...” desus hati kecil Farees. Dia seolah tidak menyenangi kehadiran gadis itu ke kelasnya.
Sejurus selepas Cikgu Suraya melangkah keluar dari kelas. Cikgu Aisyah bangun dari tempat duduknya.
“ Ruziman, dah..pergi masuk ke tempat duduk kamu.” Pinta Cikgu Suraya kepada Ruziman.
“ Baiklah Maisarah..perkenalkan diri kamu kepada rakan – rakan kamu” pinta Cikgu Aisyah kepada Nia.
“ Assalamualaikum kawan- kawan. Nama saya Nia Athirah bt Kamarulzaman. Kawan – kawan boleh panggil saya Nia. Saya tinggal berjiran dengan Farees..
Kata – kata Nia ddiringi dengan derai tawa dari rakan – rakan sekelasnya. Farees ternyata terkejut dan agak bengang sedikit apabila namanya turut dilibatkan.
“ Buat lawak pulak minah ni..kenapa kau tak beritahu satu sekolah terus??” desus hati kecil Farees. Selepas itu, dia tidak lagi memberi tumpuan tentang apa yang dikatakan oleh Nia di hadapan kerana perasaan geram bersarang dalam hatinya kini.
dua
“ kenapa kau macam tak suka dengan jiran baru kau tu? Aku tengok dia ok je..”soal Ruziman tiba – tiba semasa mereka sedang memancing.
“ Kenapa pulak kau tiba – tiba tanya pasal budak tu? Apa yang kau tengok tutak semestinya betul..” tambah Farees lagi. Ruziman menggaru – garu kepalanya yang tidak gatal.
“ Apa maksud kau? Aku tak fahamlah..kau guna bahasa tinggi sangat..” Ruziman mengerutkan dahi sambil bermain – main dengan tali pancingnya.
“ Kau tanya kenapa aku tak suka dengan dia?” soalan Ruziman seakan diulang semula oleh Farees. Ruziman menggangguk.
“ Kau janji jangan beritahu sesiapa pasal ni..” pesan Farees. Dari gayanya seolah – olah dia ingin membisikkan sesuatu ke telinga Ruziman.
“ Iya, aku janjilah..kau jangan risau..aku takakan bagitahu sesiapa pasal ni..termasuklah kepada ikan kat dalam kolam ni..” Ruziman ketawa mengekeh.
“ Loyar buruk pulak dia ni..baiklah,aku bagitahu sekarang..” tambah Farees.
“ Bagitahulah cepat..aku dah tak sabar ni” Ruziman menepuk bahu Farees. Farees mengangguk dan berdiri di atas jambatan itu.
“ Aku tak suka dia.....sebab....aku....tak suka lahhhh!!!!”jeritan itu diringi bersama badannya yang sudah bersedia untuk terjun ke dalam sungai itu.
Gedebushhhhh!!!
Bunyi air yang terpercik kedengaran setelah Farees menjunamkan dirinya ke dalam perut sungai.
“ Kurang asam jawa kau Farees!” Ruziman ternyata geram. Farees ketaw terbahak- bahak.Seraya dengan itu, dia berdiri dan membuka bajunya.
“ Siaplah kau!!” jerit Ruziman lalu turut terjun ke dalam sungai untuk menyertai sahabat baiknya itu. Mereka bermain –main dengan gembiranya di situ. Sungai yang jernih lagi bersih itu pernah menjadi saksi betapa akrabnya persahabatan mereka berdua. Disitulah mereka sering menghabiskan masa bersama – sama dengan melakukan hobi mereka bersama iaitu memancing. Disitu jugalah juga Ruziman hampir – hampir lemas ketika dia berenang berseorangan dan telah diselamatkan oleh arwah bapa Farees yang telah meninggal dunia dua tahun kemudian kerana kemalangan jalan raya.
Mereka naik semula ke pangkin setelah puas bermandi – manda.
“ Jumpa esok pulak..” kata Farees sambil menanggalkan bajunya yang basah kuyup lalu diperah dan diletakkan di atas bahu kanannya. Ruziman kelihatan teragak – agak untik menyatakan sesuatu. Farees menyedari tingkah laku Ruziman.
“ Kau ni apa hal pulak? Tercekik lintah ke??” perli Farees selamba.
“ Erkk...aku nak pergi rumah kau petang ni...” kata Ruziman teragak – agak.
“ Bukankah ni dah petang? “ Farees mula loyar buruk dengan Ruziman. Dia terasa aneh dengan sikap Ruziman.
“ Aku nak siapkan kerja sekolah dengan kau” jawab Ruziman dan ternyata Farees benar – benar terkejut dengan apa yang didengarinya. Risau kika tersalah dengar. Dia menyentuh dahi Ruziman dan perbuatan itu mengundang rasa geram pada Ruziman.
“ Kau demam ke?? Ehh, takkan sebab mandi sungai kau demam? “ soal Farees.
“ Apa hal kau ni? Aku tak demam lah..aku mandi kat sungai ni masa aku tadika lagi. Takkanlah hari ni baru demam..” terang Ruziman.
“ Hurmm..betul jugak kan? Ishh...telinga aku masuk air banyak kot tadi..” Farees berandaian. Dia cuba mengorek telinganya.
Ruziman mengerutkan dahi dan memeluk tubuh apabila melihat perlakuan Farees yang dirasakan seperti ‘ menghinanya’. Selepas itu, Farees ketawa mengekeh.
“ Aku gurau jelah bro..macam nilah yang aku nak...” kata Farees sambil tersenyum lalu menepuk bahu Ruziman. Ruziman membalas senyuman ikhlas sahabatnya itu.
Seperti yang dijanjikan, Ruziman datang bertandang ke rumah Farees bersama – sama buku – buku latihan yang ingin di siapkan. Farees menyambut Ruziaman dengan perasaan bersyukur dan gembira yang teramat jika sahabatnya itu sudah berubah menjadi lebih rajin. Ketika kedua sahabat itu sedang khusyuk menyiapkan tugasan, tiba – tiba mereka terdengar suara seseorang memberi salam dari belakang rumah. Farees buat ‘derk’ sahaja. Ruziman menyiku Farees.
“ Kenapa? Kau nak air ke? “ soal Farees apabila melihat Ruziman menunjuk ke arah dapur.
“ Tak lah...orang datang tu...” jawab Ruziman.
“ Biarlah.. lagipun kan mak ada kat dapur tu.. dahlah,buat kerja dulu” kata Farees.
Mereka kembali menyambung membuat tugasan dan kembali fokus. Tidak lama kemudian, Rosnah datang sambil menatang dulang yang berisi teh panas dan cekodok pisang kegemaran Farees.
“ Rees, Man, Farah, mari sini. Minum dulu, nanti boleh sambung balik.” Pelawa Rosnah kepada anak – anaknya itu. Mereka menurut kata dan segera pergi ke meja kopi tidak jauh dari tempat mereka belajar.
“ Wah, sedapnya mak. Cekodok pisang...tapi, Rees tak nampak pun buah pisang kat dapur tadi.” Tanya Farees.
“ Tak adalah..bukan mak yang buat. Jiran kita yang bagi tadi.” Jawab Rosnah tanpa banyak soal. Dengan serta merta wajah Farees berubah.
“ Jiran kita mak? “ soal Farees lagi kerana inginkan kepastian. Dia meletakkan semula cekodok yang diambil sebentar tadi.
“ Iyalah..jiran kita. Siapa lagi jiran kita yang paling dekat dengan kita Farees.? Tadi Nia yang hantar. Kenapa?” Rosnah mengerutkan dahi. Dia pelik dengan soalan yang ditanya anaknya itu.
Dengan serta merta cekodok pisang di depannya itu kini seolah – olah kuih puteri mandi. Kuih yang sangat – sangat tidak digemarinya. Seleranya terbantut apabila mendengar nama itu.
“ Tak ada apa- apalah mak. Hari ni ada orang tiba – tiba tak suka makan cekodok pisang. Kita makan bertiga saja lah..” perli Ruziman.
“ Laa, kenapa pulak?” Rosnah mengerutkan dahi.
Farees mengambil gelas yang sudah berisi air lalu diminumnya. Seketika kemudian, dia meletakkan semula di atas meja. Tiada sesiapa yang menghiraukannya kerana sedang asyik menikmati cekodok pisang di depan mereka. Farees mendengus.
“ Betul ke kau tak nak ni Rees? Aku tolong makan bahagian kau ek?? “ soal Ruziman sambil mulutnya sedang dipenuhi dengan makanan di dalam mulut.
“ Tak senonoh! Habiskan lah makanan dalam mulut tu dahulu kalau nak bercakap pun..” perli Farees. Namun, kata –kata itu langsung tidak diendahkannya.
Farees yang agak ‘geram’ itu meninggalkan mereka di situ dan ke dapur.
“ Nak ke mana pulak tu Rees? Tak nak makan ke?” soal Rosnah kepada anak lelakinya itu.
“ Tak apalah mak. Rees nak pergi dapur kejap.” Jawab Farees lembut
(bersambung....)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan