بسم الله الرحمن الرحيم.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

C cantik & C hensem ^__^

kata- kata aluan dari pemilik syarikat

*TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENJENGAH KE PAGES YG X SEBERAPA INI...
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V

Memaparkan catatan dengan label BERPESAN KE ARAH KEBAIKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BERPESAN KE ARAH KEBAIKAN. Papar semua catatan

Ahad, 1 Disember 2013

30 0rang yg pertama dlm Islam

Assalamualaikum...kali ni ana nak berkongsi tentang sesuatu yg menarik yg mungkin jarang diketahui oleh orang Islam.. iaiatu 30 orang yang pertama dalam Islam..

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Ahad, 2 September 2012

senyum sorang-sorang = sewel??

Assalamualaikum semua...

hari ini cikTeah nak stori-mori sekit pasal 'senyum sorang-sorang = sewel?? betulkah kenyataan ini??
hurmm...bagi CikTeah, kenyataan ini tidak betul..dan CikTeah rasa semua orang termasuklah CikTeah pernah mengalaminya..senyum sorang-sorang ni disebabkan faktor ini

bila kita teringat suatu peristiwa atau kenangan yang melucukan dan bagi kita peristiwa itu manis..

betul tak apa CikTeah cakap??

cuba ingat2 balik apa peristiwa manis yang u'olls pernah lalui..tak kisah lah bersama sapa pun...tapi, CikTeah rasa kalau peristiwa itu membabitkan orang yang istimewa, lagilah lebar senyumannya kan? hehehe

okey, diakui oleh SIRIM, CikTeah pernah mengalami hal ini..tapi, xdelah senyum2 depan orang..maybe orang akan cakap kita sewel, dan kalau org kelantan pulak akan ckp 'tgh koya'..

semua ni adalah salah satu perkara atau warna -warni dalam kehidupan kita.yang akan mengindahkan lagi perjalanan kehidupan kita yang pelbagai ragam nie...kalau sedih selalu xbest jugak kan? kene ada hepi2 jugak...kan?




p/s : hidup akan jadi indah bila kita senyum..so,senyum selalu walaupun kita tgh hadapi masalah dan kesulitan... :)

Sabtu, 28 Julai 2012

jodoh itu rahsia ALLAH

assalamualaikum...

" sesuai dah kamu berdua, sama tinggi " kata seorang staff kat sini.."gullpp"..daku menelan air liur..bukan sekali dah.tp berkali-kali...hehehe *suka la tu...bwekkkk!! haha

okey,apa yg daku nk highlitkan kat sini, adakah kecocokan dan kesekuaian seseorang n pasangan itu berdasarkan fizikal semata-mata??? jawab...jawab..

hurm....susah gak nk jwb tu kan? mmg la, sape yg xnak suami tinggi,hensem,dll...akan tetapi,
 sejauh manakah keelokan fizikal itu bakal menjamin keelokan hati budi n setakat mana imannya?? soal jodoh adalah sesuatu perkara yang kita tidak mampu n boleh jangka.. hal ini kerana jodoh adalah rahsia ALLAH yang tidak kita ketahui bila kita akan jumpa jodoh kita, siapa kah insan itu, tidak lah kita tahu. kadaang-kadang orang yang kita baru jumpa, kita selalu gaduh itulah sebenarnya jodoh kita,pendamping kita di saat suka dan duka...itu semua tak tercapai dek akal fikiran kita sebagai manusia biasa.

apa yang mampu kita lakukan ialah sentiasa berdoa kepada ALLAH supaya jodoh kita itu seorang yang beriman dan bertakwa kepada-Nya.. kita tidak tahu kuasa seebuah doa itu..mungkin jika awalnya jodoh kita itu perangai xberapa elok, mungkin dia akan berubah kepada yang lebih baik.. lagi satu,jika kita mahukan jodoh yang baik, mulai dari sekarang, kitalah yang kene berubah ke arah yang diredhai. kita mesti pernah dengar kan, lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya...
insyaALLAH, moga ALLAH permudahkan segla urusan kita..


Ahad, 22 Julai 2012

tipu sana-tipu sini

Assalamualaikum

hai sume, lama dah tak berblog..huhu..
sekarang kite lihat di media arus perdana, mereka telah menyogok rakyat dan penonton dengan cerita2 'palsu' dan fitnah dan keterlaluan...saya bukan apa,kekadang cukup geram dan kasihan kepada penonton,lebih2 lagi warga tua yang ditipu 'hidup2' oleh mereka..
nilai kewartawanan sudah hilang..suka-suki jer nak tipu pembaca n pendengar....
beliau2 yg terlalu polos akan mudah ditipu daya...tambah2 lagi dekat2 nk PRU ni...actully,sebenarnya ini bukanlah entry pasal politik...tapi just my opinion dengan keadaan semasa di negara kita..


okey,mentang2 la dimiliki penuh oleh kerajaan or depa pro-kerajaan,adakah ia lesen untuk memburukkan pihak yg x pro kpd kerajaan ?? berlakulah secara adil....jujur dan amanah dalam tugas...ingatlah,wang hasil pembohongan itu akan menjadi darah daging.kalau yg dah ada family???

lagi satu,merujuk kepada main tittle sesetengah paper, apa jenis stori pun tidak dapat diketahui motifnya..kekadang tak releven langsung..kekadang dh mcm paper porno jew...eee...yerkk!!..sudah cukup2 sudah...*pinjam lirik nirwana band jap..haha..

okey,sejujurnya,pandangan diriku sebagai pembaca,penonton berita dsb, skrg ni mmg terasa sgt2 meluat nak tgk berita sbb awl2 berita ataupun main storynya hanya berkisar kepada politik,fitnah dll..cukup2 menyakitkan telinga...so,the best way,mmg xkan tgk berita n baca paper yg sama waktu dengannya..* bukan nak jadi katak bwh tempurung okey...di bulan ramadhan yg suci murni ini berhentilah dari menyebarkan kekotoran yg secara tidak langsung mengotorkan bulan mulia ini...ada faham...?? byk2 beramal dan bertaubat*pesanan utk diriku juge...





p/s :selamat menjalani ibadat puasa di hari yg ke-3

Khamis, 19 Januari 2012

YA ALLAH...

salam....

apa khabar semua?
hurmm.
agak lama rasanya tak mengupdate entry baru...
enatahlah..masa exam rajin semacam jer...
tp, bile abis exam ni syaitan tak menghasut lak...
ini  tidak, kalau hari exam tu la idea banyak..

hurmmm...
sepanjang minggu ni banyak citer2 sedih...
citer sedih cik teah xpayah ckp la kan? mmg banyak..
skrg pun sedih je ase * sbb kene tinggal ngn rumate sebenarnya..
n citer pasal insan2 lain lak,
kawan cik teah kemalangan semasa dlm perjalanan balik ke kampung..
alhamdulilah..die oke dah sekarang.
pas tu, dapat pulak berita kematian ibu kpd kawan cik teah..
mmg cik teah xrapat dengan die,
tp sebagai saudara sesama Islam, 
cik teah turut merasainya..
dan terbaru,
seorang pelajar di tempat cik teah belajar,
meninggal dunia akibat kemalangan..
die meninggal pd malam jumaat..
ya ALLAH...hati ni sayu sangat walaupun cik teah tak kenal arwah,
td, cik teah buka fb die...
kawan2 arwah memenuhi wall utk ucapkan takziah..
sayu..terharu...nak menangis..
semua ada...
buatkan cik teah berfikir..
masa arwah akhirnya sampai jua..
semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman...
iya..mati itu pasti...
tiap insan yg bernyawa akan merasai mati...
tapi,cukupkah bekalan yg kita kumpul selama ni??
untuk mengadap ILAHI??
Semua ni buatkan cik teah takut,
bagaimanakah pengakhiran nyawa cik teah nanti??
yaALLAH...sesungguhnya,matikanlah aku dalam iman...pengakhiran yang baik..
insyaALLAH..


Jumaat, 13 Januari 2012

menyintai tak semestinya memiliki...

salam...

wahhhh...
tajuk entry yg jiwang amat....hehe

biasalah...sekali-sekala...
nak study pun, kat luar tu bising amat* sebab ada orang tengah tebang pokok + tengah nak maghrib jugak die rajin..
bila bising xleh nak fokus,
so,fokus kat baby lagi bagus...hehehe

okeh, berbalik kepada tajuk..
 menyintai tak semestinya memiliki
betullah kan, jika kita menyintai@ bercinta dengan seseorang, tak semsetinya kita akan memilikinya @ dimiliki oleh dia.

sebab..kita tak tahu lagi siapakah pemilik tulang rusuk yang kita ada sekarang *bg perempuan

dan

kita tak tahu tulang rusuk kita dengan siapa *bagi lelaki 


so, bagi wanita, bersabarlah dalam menanti pemilik tulang rusukmu, iringkan dengan doa..ubahlah diri kita menjadi lebih baik agar pemilik tulang rusuk kita itu adalah yang terbaik...

dan bagi lelaki, carilah dengan siapakah pemilik tulang rusukmu..titipkan doa...jadilah yang terbaik..agar 'peminjam' tulung rusukmu itu juga adalah baik...insyaALLAH,,,

sesungguhnya takdir ALLAH itu adalah terindah..

Jumaat, 6 Januari 2012

jangan dipandang hina beliau-beliau ini..

salam...

entry kali ini adalah ttg orang-orang yang berada di sekeliling kita..
yg dalam sedar atau tidak kita mungkin telah 'menghina' mereka tanpa kita sedar...
ia adalah untuk peringatan utk semua2 n utk cik teah juge..^^
sbb kerja diorang mencari kerja yg halal..
mmg diorang dibayar gaji, tp,kekadang tue, hargailah fungsi mereka
  • pengangkut/pemungut sampah
         - peranan mereka tersangat sangatlah  penting sbb, kalau diorang xde,sape yg nak angkut sampah sarap yang kite buang sampai bertan-tan tiap2 hari tue?
         * kekadang geram bila tgk berita ttg masalah pembuangan sampah ni, bile sampah berbau ke apa ke,pandai pulak nk bising, tp, masa buang tu, buang betul2 dlm tong ke tak?

  • Tukang cuci
        - kalau xde mereka, sapa yg nak bersihkan segala kekotoran2 yg kite buat tanpa kite sedar tue?
        * xluak pun kalau kite ringan mulut,tegur2 mereka

  • tukang  kayu/tukang rumah @ buruh
        - agak2,kalau diorang xde, ada x menara KLCC, menara KL n etc laa

  • kedi golf
        - sape yg sanggup ke hulu ke hilir kutip bola.? pemain golf tahu pukul je,kutipnye malas.

  • nelayan
       - asenye kalau diorang xde, xmerasa makan ikan laut la kite.

  • mekanik
      - kalau depa xdak, sape nak baiki kereta kita yg rosak tue?

  • pencucu bagunan
       - hargailah diorang sbb diorang sdg mempertaruhkan nyawa mereka semasa sdg wat kerja tue

  • pemungut kelapa sawit
      - risiko cuaca, keadaan persekitaran,kalau xde diorang, sape nak kait tandan kelapa ?
  • mak cik/pak cik kantin
       - part ni ditujukan utk budak2 sekolah @ budak2 U.
       - ce bayang kalau diorang x kutip pinggan mangkuk @ bersihkan meja,sbb cik teah pun budak U n cik teah tahu,kite jugak yg wat semua tue,kita pun xselesa kalau meja tempat kita nk makan tu kotor kan? tp apa salahnya kalau ucap terima kasih@ sekurang-kurangnya senyum kat diorang..anggap diorang mcm mak ayah kite..xsalah kan?
       * kekadang kesian tgk, pak cik dan mak cik ni,tua2 pun kene kerja lagi..cik teah terus teringat umi dan abah kat rumah n bertekad diorang xkan kerja dah bila cik teah dah berjaya..amin.

senyum!! ^__^
p/s ; belajar untuk berterima kasih dan senyum..x luak pun okey! ^^


tutup lah aurat

salam...

soal menutup aurat adalah bukan isu baru..

kadang2 iya boleh jadi isu sensitif bagi sesetengah pihak..
cik teah nk ulas panjang lebar pun takut tersalah cakap..

ada seorang teman blog cik teah menanyakan hal ini..
cik teah terkedu..serba salah dgn soalannya..
tp, soalan die bukan susah sangat..cuma cik teah tak tahu nk jawab mcm mana ^__^

ok, die tanya cik teah

" wanita muslimah wajib pakai tudung ker?"

okey, ni jawapannya.
wajib..

tp,mungkin die akan tanya balik,
' kalau tidak pakai tudung tu macam mana ya??

hurmm..yg tu mmg susah cket*sbb isu sensitif.

okey, cik teah akan terangkan dgn ayat cik teah..

menutup aurat itu wajib kpd seluruh muslimah selama dia masih berpegang teguk kpd ajaran agama..menutup aurat itu bukan sahaja memakai tudung @ menutup kepala semata2..sbb ramai yg salah definasinya kat situ..
kenapa cik teah cakap mcm ni?
sbb, diorang pakai tudung, tapi, pakaian tu xpayah cakap la,
ketat sana,ketat sini,dedah sana,dedah sini..
mereka tidak mengikut peraturan pemakaian seorang muslimah yg sebenarnya..
kira tutup,jadilah..

sebenarnya, ia sepatutnya diperbetulkan..

so, the simple things is..
menutup aurat itu adalah wajib.
kite belajar agama n kite tahu..

salam ukhwah..

Ahad, 13 November 2011

murah, mudah & menyedihkan..

salam...
 itulah yg boleh dikatakan dan digambarkan kepada wanita2 zaman skrg..
 MURAH,MUDAH DAN MENYEDIHKAN!!

MURAH sbb xde perasaan malu dan segan utk tayang apa yg xsepatutnya ditayang..berpakaian ttpi bertelanjang..masyaALLAH...

MUDAH sbb dgn sewenang2 n sesuka hati die je pakai baju xcukup kain..mmg lah baju sponsor bagai, tp dah hilang ingatan ker?? ke xperasan ko tu agama Islam??? ke ko selalu ponteng kelas fardu ain msa kecik,sbb tu besar dh jd cm jahil ngat psl agama..xreti ke aurat tu wajib ditutup??? dasar hipokrit seisi semesta

MENYEDIHKAN sbb bende ni adalah berkaitan dgn sesitiviti kite sbg org Islam.. dan sekaligus bile hal2 mcm ni jd, secara tak langsung, menampakkan bahawa terdapatnya kelemahan dlm pemerintahan. selain itu, memburkkan imej Islam itu sendiri..sebab nila setitik, rosak susu sebelanga..@ lebih sesuai, seekor kerbau mmbwa lumpur, taik, semuanya terpalit *peribahasa yg terwujud sbb kegeraman teramat..

p/s ;wahai wanita sekelian alam, jaga dan peliharalah diri dan maruah mu...Dirimu begitu berharga...jgn susutkan 'nilai' mu dgn kejahilan dan kebodohanmu...sayangilah ia...berikanlah pd yg selayaknya,iaitu suamimu...andai kau sudah 'punahkan' ia, apa lagi yg tinggal utk nya???

'wanita itu buka seperti bunga, yg wanginya bisa dicium setiap kumbang..tetapi. wanita itu seperti EMAS, berharga dan MAHAL,,disimpan ditempat tertutup dan tersembunyi dr pandangan agar x dicuri orang..walau jatuh ke dalam lumpur, ia ttp berharaga n xberkurang wlau sedikit pun nilainya...' 





Rabu, 12 Oktober 2011

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS



1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api
(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,
mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi
kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang
mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi
orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.
(terkena?? hahaha..)

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya
jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut
sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila
pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin
!!!! (terkena lagi?? hahaha..)

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau
bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi
Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman
meninggal pun jin tidak perasan/tahu.

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin
tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya
dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka
barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya
tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.
Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum
duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan
membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak
perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak
bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah
jumpa orang yang di rasuk.

* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
-poxlee-

Jumaat, 7 Oktober 2011

wajah-wajah ahli syurga

 salam...apa khabar semuanya? sudah makan belum??
okey..  baiklah....hari ini FZ a.k.a sayalah..berada dlm mood sedih cket..hurm..bukan apa,ssejak dua menjak neh semakin banyak kes pembuangan  bayi dilaporkan..tu yg dilaporkan..yg xdilaporkan, banyak mana pun kite xtaw..wallhualam...membyangkan dan menunujukkan bahwa kita semakin berada diambang kemusnahan...walaupun negara kita dikatakann sebagai sebuah negara yg maju dan membangun,  namun hakikatnya, dari segi aspek akhlak dan iman, kita adalah yg paling mundur dan teruk..wallahualam...gejala sosial berlaku dgn berleluasanya seolah2 ia adalah perkara normal dlm kehidupan pada hari ini.sangat menakutkan...FZ bukanlah nk mempertikaikan hukuman yg telah ditetapkan oleh kerajaan, namun, cuba kita perhatikan, kekadang, hukuman yg dikenakan langsung tidak releven dgn apa yg telah diperbuat. yang hairannya, kalau kesalahan bunuh, akan dibalas dengan bunuh *tali gantung..itu pun kalau yg betul2 disabitkan dgn kesalahn..tapi seramanai mana @ sebanyak mana mereka yg terlepas ini benar2 xbersalah??
TP, UTK KES PEMBUANGAN BAYI NI, HUKUMN YG DIKENAKAN MASIH XRELEVEN..BUKANKAH MEMBUNUH HUKUMANNYA BUNUH?? SO, C PEMBUNUH2 NEH,MMG WAJIB KENE BUNUH GAK..BABY TU MANUSIA, NYAWA BALAS NYAWA LAH! wallhualam...ermm..berbalik kpd masalah pembuangan bayi, terbaru, seorang bayi telah dicampakkan oleh ibunya dari tingkat 2..betapa hina dan jijiknya manusia ini..sanggup memperlakukan bayi-bayi yg tidak berdosa ini sedemikian...mereka manusia...tidak pernah mintak untuk lahir ke dunia ini...kalau lah mereka tahu, nasib mereka akan sebengini nanti, sudah pastinya mereka tidak mahu  untuk hadir ke dunia semata2 utk dibuang kedalam tong sampah, dicampak dari bangunan,dibakar, dibaling dari kenderaan,.YA ALLAH...betapa hina dan terkutuknya manusia yg memperlakukan bayi2 ini..tidak adakah walau sedikit pun rasa belas ihsan mereka??? tidak takutkah mereka pada azab yang Engkau janjikan?? 





si kecil ini lahir dari rahim yang tidak bertuah....lahir dr rahim manusia tak berperasaan!!!




memang baby ini bertuah sbb masih hidup wlpn dibuang, namun, bagaimana dengan nasib dan masa depannya????






 bayi2 di Palestin dibunuh oleh zionis yg tak berhati,selayaknya mereka2 yg membunuh darah daging sendiri ini boleh dibandingkan kejam dan xberhati perut melebihi zionis laknatullah??

WALAU APAPUN CARA NYAWA SICOMEL2 INI DIRAGUT, MEREKA TETAP WAJAH2 AHLI SYURGA YANG MENJADI KESAYANGAN ALLAH DAN MALAIKAT..YANG AKAN BERTERBANGAN DI AKHIRAT KELAK,MASUK KE SYURGA DARI MANA2 SAJA PINTU YANG MEREKA INGINI...ALANGKAH BAHAGIANYA MEREKA..

p/s; BERPESAN KEARAH KEBAIKAN, MOGA SAMA2 KITA DIBERI HIDAYAH OLEH ALLAH S.W.T




Isnin, 3 Oktober 2011

XFahAm AKU

salam sume...
apa khabar hari ni?? moga2 sihat hendaknya..^^*agak kesopanan dan kesusilaan lak pagi neh...hehe
oke,tadi aku ade terbc satu artikel neh..pasal sorang ustazah cubit seorang pelajar..
oke, alasannya tu tolak tepi dulu..aku bukan lah nk backup ustazah tu, tp itulah realitinya skrg..
mmg lah kan, ibu bapa mana yg xsygkan anak?? aku faham *ckp mcm org dah kawin..haha
yg buang anak tu, xtermasuk yer..kompem2 la depa xsyg anak sendiri,kalau syg nape buang?? *so disgusting!!
sowie2, terbawa emosi cket..huhu...okey, berbalik pada kisah ustazah td...ni je aku boleh ckp,realiti dunia moden sekarang..jika nk dibandingkan dgn dulu..sgt3 lah jauh perbezaannya...sbbnya?? 
ala, kene cubit pun masuk paper....alahai.....kekadang nk tergelak pun ada...press pun dan xde citer lain ker?? bende2 cenggini pun nk masuk paper ker?? alahai..*alahai lagi.
peribahsa dulu ada ckp, sayang anak tangan2 kan...maksudnya, kalau syg anak tu, pukul lah kalau depa nakai..jgn biaq cm tu jer...pukul tu bukan sbb benci,xsuka,tp sbb nk didik..nk suruh ingat apa yg die buat tu salah...tp,aku ase ade sesetangah parents yg mungkin merasakan peribahsa ini xreleven dah zaman skrg..zaman moden beb...itu zaman atuk nenek korang boleh lah wat cenggitu..
kita neh zaman baru, zaman melenium..*kononnya lah...nyampah aku.
ok, berbalik citer tadi..aku tahu pendidik zaman skrg seringkali berada dlm dilema..mereka diamanahkan utk mendidik..tp, kekadang, hal sebegini buat diorang takut..aku masih ingat ag,masa darjah 1, ak penah kene cubit ngn cikgu...sakit dowh..dah lah cikgu tu cubit kecik....balik tu, aku ngadu ngn umi...*kononnya nk dpt kan pembelaan..tp, sekali,umi siap ckp apa kat aku,


 "padan muka, lain kali buat lagi.. meh umi tambah lagi,cikgu bg tu xsakit rasanya"
hahaha..kan dah kene.. bila ingat2 balik,lucu pun ada..hehe..actully, kekadang aku heran,knapa hal sebegini leh timbul,sampaikan guru2 neh ada yg kene saman,tangkap dll..sedangkan perkara neh hanya didengar dr sebelah pihak..sbb tu lah budak2 skrg kurang ajar..kalau xnak bg anak kene jentik, kene cubit etc, xyah hantar p sekolah, xyah hantar p ngaji, simpan kat rumah, wat khazanah..


aku xtuju kat sapa2 entry neh..sekadar renungan dan peringatan kpd aku sendiri gak..


*gambar sekadar hiasan..thanks pak cik gogle
k, setakat ni dulu,jumpa ag len entry..salam

Khamis, 31 Mac 2011

HARAM APRIL FOOL..


Jika Valentine Day disambut pada 14 Februari setiap tahun, maka April Fool pula berlaku pada 1 April setiap tahun.Mereka yang meniru budaya ini merasakan seri persekitaran itu akan hilang apabila peristiwa-peristiwa itu tidak diraikan. Apa yang dibimbangi ialah pemikiran seperti ini terus berleluasa hingga satu masa nanti, ada yang mengatakan ia tidak bertentangan dengan Islam. Disedari atau tidak, golongan muda menerimanya dengan membuta tuli tanpa usul periksa adakah ia bertentangan dengan batas syarak atau sebaliknya.

Menurut sejarah, Fool¡¯s Day atau April Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada , Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April).

Keesokan harinya, mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak.

Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool¡¯s. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan,lelucon dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan.

Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol. Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi tidak dapat menerima pasti akan menyimpan persaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.

Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain. Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang lain.

Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool¡¯s tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam.

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengkal
demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang
biawak sekalipun, pasti kamu tetap mengikuti mereka?. Kami bertanya?Wahai
Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani?Baginda menjawab?Lalu siapa lagi(kalau
bukan mereka)
- Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim


Disediakan Oleh:
Ust. Nordin bin Bayadi
Bahagian Penerangan dan Penerbitan
Jabatan Agama Islam Selangor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...