بسم الله الرحمن الرحيم.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

C cantik & C hensem ^__^

kata- kata aluan dari pemilik syarikat

*TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENJENGAH KE PAGES YG X SEBERAPA INI...
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V

Isnin, 27 Ogos 2012

bergaduh?? berjodoh??

assalamualaikum.....

ehem2..lama x mengupdate...tapi, belum terlambat kan nak ucap selamat hari raya ukt semua...sape yg berpuasa 6 tu, selamat berpuasa diucapkan..

okey.today the topic is about....

orang2 tua selalu kata, jangan suka bergaduh2,kelak akan bersayang2..wahhh..gitu laa pulakk...betul ker? ader releven tak?? ader org leh buktikan tak?? sebenarnya, Cik Teah bukan tak nak percaya kata2 ituw...tapi, the hakikatnya is........perkara ini susah sebenarnya nak diperdebatkan..iyelah kan..memanglah, selalunya dalam drama2,muvie2, dll lagi, kebanyakan jalan citernyer, mula2 gaduh,bertumbuk,pas tu jatuh cinta la, rindu-rinduan lahh...kan?? but, cuba kita fikir2 balik,kenapakah orang2 dulu memperkenalkan 'peribahasa' ini..*actully,peribahsa ker nie? bolehlah...

ni sume opinion cik teah jelah..jgn nanti ader nak marah2 pulak...

maybe, reason orang dulu2 cakap sedemikian sbb bosan dgr orang muda masa tu duk bertekak,bergaduh or etc, so,nak suh depa diam, they all said la like that kan? maybe laa..hihihi...

utk masa sekarang ni, mungkin utk sesetengah kes, ianya mungkin terjadi..

berikut adalah bagaimana nak tahu cara lelaki pikat perempuan..dan cik teah nak fokuskan number 4



1. Kaum lelaki lazimnya cuba memikat wanita dengan melakukan aksi-aksi tertentu. Antaranya adalah dengan melontarkan satu renungan tajam kepada seorang wanita yang diminatinya. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya memberitahu secara tersirat bahawa dia begitu berminat dengan wanita itu dan berhasrat supaya mendapat respon atau reaksi positif daripadanya. Renungan juga berbeza-beza. Jika teman sepejabat, kadang-kala si wanita menjadi rimas dan tidak selesa kerana asyik diperhatikan tetapi apabila bersua bertentangan mata, si lelaki buat tidak endah sahaja. Mereka sering mencuri pandang dan mermehatikan setiap gerak-geri wanita yang diidamkan.

2. Tidak kurang juga lelaki yang menunjukkan sikap pemurah sebagai cara hendak memikat wanita.Mereka berbudi dengan memberikan hadiah, belanja makan, mengajak untuk bersiar-siar dengan menaiki kenderaannya dengan hasrat dapat memancing wanita itu. Namun,berwaspadalah kaum wanita kerana tidak semua lelaki bersikap ikhlas dan jujur.

3. Ada juga sesetengahnya memikat melalui orang lain. Contohnya, lelaki itu mendampingi ahli keluarga seperti ibu, adik, kakak, mahupun bapa wanita itu. Mereka akan berbuat baik, selalu menjenguk, bertanya khabar dan menghantar cenderahati semata-mata ingin memikat hati ahli keluarganya. Jika mereka semua sudah berkenan dengan si lelaki tadi, mudahlah dia meneruskan taktik memikat wanita tersebut. Hal ini kerana wanita tidak akan banyak kerenah jika keluarga sudah berkenan kerana bagi wanita, ia sudah memadai.

4. Lelaki yang tinggi egonya ada kalanya memikat dengan cara mengutuk wanita yang disukai. Wanita jangan terperanjat jika terjumpa lelaki begini. Mereka suka menyakitkan hati wanita itu kadang-kala sehingga menitiskan air mata. Bukan mereka tidak berani, tetapi mereka belum bersedia untuk menyatakannya. Sekurang-kurangnya dengan menyakat wanita idaman, membolehkan dirinya sentiasa hampir dengan wanita walaupun dengan cara yang tidak disenangi.

5. Selain itu,terdapat juga sesetengah lelaki yang berlagak macho dengan mempamerkan susuk badan yang gagah dengan harapan ada gadis yang akan terpikat atau tertarik padanya. Apabila lelaki berkesempatan untuk berkomunikasi dengan wanita yang diminatinya, dia akan menceritakan berkenaan kebaikan dirinya, kejayaan hidupnya dan lain-lain gambaran positif berkenaan diri dan kehidupannya. Ini tiada lain selain bertujuan untuk memberitahu wanita itu bahawa dia adalah seorang yang baik hati, berwawasan dan berjaya dalam hidup. Tetapi awas lelaki, jangan terlalu berlebih-lebihan atau membangga diri.

6.Bagi lelaki yang aktif atau dikategorikan sebagai yang sukakan cabaran, cara mereka agak berlainan.Mereka suka jika membawa si wanita melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti mendaki gunung, memanjat, berkayak, berkhemah, berbasikal, memancing dan banyak lagi. Ia semata-mata untuk melihat sama ada si wanita sesuai atau tidak dengan cita rasanya.






so, according pendapat di atas, ni just kajian jer..jgn duk caye sangat...kesimpulannya, cik teah xleh nak kata apa gak, sbb bende macam ni dalam hati perut sesorang...kita xleh nak tahu melainkan orang itu sendiri..right?? hehehe..yela,maybe dah itu hobi@pekerjaan die utk mengutuk mengata ni....so,kalau sape2 terlibat dlm situasi ni, nasihat cik teah, sabo jela yer....hihihi..nanti,die penat tu, die berhentilah...lg 1,positif...jgn ingat die suker gaduh ngn kite sbb die suka kat kite...nanti xpasal2 gila bayang sorang2...hahahhaha

sekian...

Sabtu, 28 Julai 2012

jodoh itu rahsia ALLAH

assalamualaikum...

" sesuai dah kamu berdua, sama tinggi " kata seorang staff kat sini.."gullpp"..daku menelan air liur..bukan sekali dah.tp berkali-kali...hehehe *suka la tu...bwekkkk!! haha

okey,apa yg daku nk highlitkan kat sini, adakah kecocokan dan kesekuaian seseorang n pasangan itu berdasarkan fizikal semata-mata??? jawab...jawab..

hurm....susah gak nk jwb tu kan? mmg la, sape yg xnak suami tinggi,hensem,dll...akan tetapi,
 sejauh manakah keelokan fizikal itu bakal menjamin keelokan hati budi n setakat mana imannya?? soal jodoh adalah sesuatu perkara yang kita tidak mampu n boleh jangka.. hal ini kerana jodoh adalah rahsia ALLAH yang tidak kita ketahui bila kita akan jumpa jodoh kita, siapa kah insan itu, tidak lah kita tahu. kadaang-kadang orang yang kita baru jumpa, kita selalu gaduh itulah sebenarnya jodoh kita,pendamping kita di saat suka dan duka...itu semua tak tercapai dek akal fikiran kita sebagai manusia biasa.

apa yang mampu kita lakukan ialah sentiasa berdoa kepada ALLAH supaya jodoh kita itu seorang yang beriman dan bertakwa kepada-Nya.. kita tidak tahu kuasa seebuah doa itu..mungkin jika awalnya jodoh kita itu perangai xberapa elok, mungkin dia akan berubah kepada yang lebih baik.. lagi satu,jika kita mahukan jodoh yang baik, mulai dari sekarang, kitalah yang kene berubah ke arah yang diredhai. kita mesti pernah dengar kan, lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya...
insyaALLAH, moga ALLAH permudahkan segla urusan kita..


Rabu, 25 Julai 2012

selamat ulangtahun sayang

Assalamualaikum w.b .t

today is 26 july 2012...today is my syg birthday yg ke -9 tahun...
epi bday adik...may ALLAH bless u..
td terkilan sikit sbb baru 'gaduh' dengan die...tula,kadang2,Cteah geram sikit dgn perangai die...tp,sabau jela sbb adik bongsu katakan...

dialah yg selalu bt daku senyum,menangis, marah,geram, ketawa,sebel, dll..


you are everthing to me...love u Muhammad Salman.
.
moga ALLAH selalu merahmati dirimu,murahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik...jadi anak yg
membahagiakan orang tua dan membalas jasa okey?? ^__^

insyaALLAH.

sorilah,tahun nie xmacam tahun2 lepas sbb bday adk jatuh pd buln ramadhan..so,sori sbb xde kek + sbb

 akak mu ini tgh kering..hahaha..apa pun,i owes love u 


Ahad, 22 Julai 2012

tipu sana-tipu sini

Assalamualaikum

hai sume, lama dah tak berblog..huhu..
sekarang kite lihat di media arus perdana, mereka telah menyogok rakyat dan penonton dengan cerita2 'palsu' dan fitnah dan keterlaluan...saya bukan apa,kekadang cukup geram dan kasihan kepada penonton,lebih2 lagi warga tua yang ditipu 'hidup2' oleh mereka..
nilai kewartawanan sudah hilang..suka-suki jer nak tipu pembaca n pendengar....
beliau2 yg terlalu polos akan mudah ditipu daya...tambah2 lagi dekat2 nk PRU ni...actully,sebenarnya ini bukanlah entry pasal politik...tapi just my opinion dengan keadaan semasa di negara kita..


okey,mentang2 la dimiliki penuh oleh kerajaan or depa pro-kerajaan,adakah ia lesen untuk memburukkan pihak yg x pro kpd kerajaan ?? berlakulah secara adil....jujur dan amanah dalam tugas...ingatlah,wang hasil pembohongan itu akan menjadi darah daging.kalau yg dah ada family???

lagi satu,merujuk kepada main tittle sesetengah paper, apa jenis stori pun tidak dapat diketahui motifnya..kekadang tak releven langsung..kekadang dh mcm paper porno jew...eee...yerkk!!..sudah cukup2 sudah...*pinjam lirik nirwana band jap..haha..

okey,sejujurnya,pandangan diriku sebagai pembaca,penonton berita dsb, skrg ni mmg terasa sgt2 meluat nak tgk berita sbb awl2 berita ataupun main storynya hanya berkisar kepada politik,fitnah dll..cukup2 menyakitkan telinga...so,the best way,mmg xkan tgk berita n baca paper yg sama waktu dengannya..* bukan nak jadi katak bwh tempurung okey...di bulan ramadhan yg suci murni ini berhentilah dari menyebarkan kekotoran yg secara tidak langsung mengotorkan bulan mulia ini...ada faham...?? byk2 beramal dan bertaubat*pesanan utk diriku juge...





p/s :selamat menjalani ibadat puasa di hari yg ke-3

THE sensitive WORD

Assalamualaikum (w.b.t)

the sensitive word is perpisahan... semua org akan takut utk melaluinya..namun adat sebuah pertemuan, pastinya akan berkesudahan dengan perpisahan...itu tidak dapat dielakkan di dunia ini...takdir yang akan menemukan, dan takdir jua akan memisahkan...

sukar sebenarnya utk mengungkapkan kata2 ini.. 3 tahun ini di sini menyimpan berjuta memori yang cukup bermakna dan terkesan di sanubari..benarlah org cakap, mula dtg, mmg xsuka, hari2 nangis nak balik, tapi akhirnya nak tinggalkan tempat ni pun dengan air mata jugak...

saat ini, dekat facebook, rakan2 sdg sibuk post status mereka dah habis exam, duk packing2 brg, dah nak praktikal, hurmm..itu semua membawa kesebakan di hati...entah bile lagi dapat jumpa mereka semua...silaturahim yg terjalin di antara kami semua benar2 kuat..terima kasih ALLAH,kerana menemukan takdir yg indah sepanjang 3 tahun ini... sesungguhnya, silaturahim ini cukup bermakna kepada ku..semoga rahmat ALLAH selalu bersama kalian...

dan, buat rumate ku, yg menjadi pengongsi setia bilik 4F312, dari sem 1..tapi terkilan sikit sbb td aku lupa nk ajak mung amik gamba ngan aku dpn bilik kite sebelum kite tinggalkan bilik yg menyimpan berjuta memori..buat rakan2 ku disini..,believe me..all of you is the best thing i ever had here..


Jumaat, 29 Jun 2012

untuk ko...

assalamualaikum....

actully, this is a special entry today..
i would like to dedicate it to someone who always be with me,
i don't want to tell her name, but if she's reading it, i think she know it :)

firstly:

let me guest...
 mesti ko jwb E kan..macam laa aku xkenal ko...hahaha

oke, xkisahlah ape je perasaan ko..baca sampai abih! hik3




ok,aku dah penat nk edit2, so,aku taip mcm biasa jelah k..buat syakirah,aku sayang kat ko...walaupun kau nak muntah ke ape...aku xkisah...janji aku dpt luahkan apa yg aku rasa...terima kasih sbb sepanjang 3 tahun kita kan sini,ko sedia bersama dgn aku walau apa jua keadaan sekalipun...walaupun kite gaduh,tapi,bende tu sume menyebabkan kite kenal antara satu sama lain...

aku jugak nk mintak maaf kalu sepanjang kita bersama juga,aku banyak sakitkan hati ko...tergurau kasar ke,ape ke,tapi sape suh ngata aku dulu..kan ko jugak kene balik...hahaha...kau taw x,budak2 tu cakap kite kembar...yelah kan,ke hulu ke hilir asyik dgn ko je..tak tahu lah ko nk gaduh ngn sape lagi kalau aku dh xde nanti...kan? hanya aku yg boleh lawan ko dan hanya ko yg leh lawan aku balik...

banyak kan kenangan kita bersama kat sini...sebenarnya,aku ada wat video utk kau..tp,ada masalah sikit...so, sbg gantinya,aku buat entry ni utk ko...aku harap ko kotakan janji tu..kata nk cari someone bile kami sume p hantar report...walau dgn siap pun,aku doakan kau bahagia sahabat..semoga ukhwah kita xkan berhenti kat sini saja..harap2 jadilah family ko nk pindah ke kelantan lepas mak ko pencen...jd,dekatlah kite kan? boleh gaduh2 lagi...

okeylah, setakat ni dulu kot...aku pun x habis kemas brg lagi..takut abah aku dtg lak...ko jaga diri bek2...


Ahad, 24 Jun 2012

ENGLAND VS ITALIA



Apa kesudahannya? sama2 kitan nantikan..wah, berdebar jugak tunggu keputusan malam ni..CTeah penyokong England..tapi, Itali pun xleh dipandang remeh sbb pernah menjurai euro...apa pun ,kita tunggu sahaja...bola tu bulat,apa2 pun leh jadi kan? mana nk taw Egland menang euro 2012,al maklumlah,FANTASTIC KAPTEN yg mengetuai pasukan...hehe

update: kesebelasan utama 3 lions..andy caroll mungkin dimasukkan di separuh masa ke-2..we wait n see..




credit picture to : facebook England football Team

Sabtu, 23 Jun 2012

sbb warna urine berubah

Assalamualaikum (w.b.t)

semalam dalam sejarah.. tetiba urine berwarna oren..takut gak,kut2 terkena penyakit ke,ape ke,terus google laa,ape lagi,,then, akhirnya persoalan terjawab..



KUNING PUCAT - warna urin normal


KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex


KUNING GELAP – dehidrasi atau akibat pengambilan vitamin B complex


KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati


OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax


KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)


KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan


KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome




kekadang kite memandang remeh dan malu dalam soal nie...sume tu kite kene ketepikan semntara..utk kesihatan kite..kene byk bertanya..kalau malu jugak,search je kat intenet,skrg kan teknologi canggih..doktor dijhujung jari..tp,utk lebih kepastian,pergi jumpa pakar..


utk masalah CTeah pulak, pertukaran warna urine tu disebabkan kekurangan air dalam tubuh...yeapp, diakui sbb smlm kebetulan,bekalan air CTeah abis then, CTeah xdpt nk menelan air sgt gara2 sakit tekak akibt tulang ikan..alhamdulilah,skrg back to normal.. 

kepada semua,jaga kesihatan bebaik..minum air byk2,almaklumlah,cuaca xmenentu sekrg kan? lagipun,air mmg bagus utk kesihatan kite kan??

apapun,minta diri dulu...assalamualaikum..

Khamis, 21 Jun 2012

seksanya tercekik tulang

Assalamualaikum w.b.t

apa khabar semua? hope sumenya sihat alhamdulilah....insyaALLAH,jgn jadi macam CTeah sudahlah..kenape? sbb, hari ni free2 tercekik tulang ikan..mestilah tulang ikan, kalu tulang ayam ke,tulang lembu,dah arwah laaa...nak tahu tulang ikan apa? ikan cencaru laa...
tapi,mungkin salah satu 'peringatan' dari ALLAH sbb hari ni sepatutnya CTeah puasa..dah niat puasa sunat dah smlm..alih2..xjadik...skrg,tanggunglah akibatnya.....

seksanya..nak menelan air liur pun susah...sakit..nk bercakap pun,kene 'lemah-lembut',kalau x,sakit seyh..nak gelak,apatah lagi...... td telefon umi, umi bagi petua, kepal nasik bulat2,pas tu selawat n telan mcm tu je..anyway,petua  ni mmg dh taw, tapi nak buat td, nasik dh xde..biaselah,hidup kat perantauan ni..so,nak x nak,kene tunggu malam..dah try jolok tekak,tapi....huhhhhhhh......terseksa jiwa...cuba beberapa petua tadi, setakat ni xmenunjukkan hasil,maybe tulang besar kot...sabar..

kalau tulang ni tak nak keluar jugak before 30hb ni,nampak gayanya terpaksa tarik diri pegi baksis..kene balik jumpa bomoh tulang..

Rabu, 20 Jun 2012

KERNA TAKDIR ITU

Assalamualaikum (w.b.t)

menghampiri ke detik2 terakhir CTeah akan melepaskan title mahasiswi UUM, terimbau kembali detik2 pertama menjejakkan kaki ke sini.. mungkin inilah dikatakan sebagai takdir ALLAH, tapi tak dapat dinafikan, abah adalah sebahgian daripada takdir itu.. semua ini kerana, kerana Abah lah,CTeah berada di UUM..cerita bermula apabila selepas CTeah tamat tingkatan 6 dan mendapat keputusan yang alhamdulilah, CTeah sebenarnya berniat nak kerja..tak mahu dah terlibat dengan buku, pen dsb..

umi lebih suka kalau CTeah kerja, n umu suh mintak SPA dan seolah2 diberi green light, CTeah mahu..namun, apakan daya, abah sgt2 berharap ada anaknya yg memasuki universiti..dalam berat hati, CTeah memohon dan alhamdulilah...akhirnya dapt masuk ke UUM..CTeah masih ingat lagi, CTeah dgn umi pernah 'perang mulut' gara2 CTeah merungut tentang hal ini..pernah kekadang tu seolah2 'salahkan' abah. tapi masa tu biasalah,tak matang berfikir dan bertindak lagi...so, skrg dah faham...^__^

pejam celik,pejam celik dah 3 tahun dah CTeah melewati pengajian..dan insyaALLAH...28 Jun ini,tamatlah gelaran itu..insyaALLAH...hope sumneya berjalan lancar dan abah dan umi akan berbangga di saat CTeah melangkah naik ke pentas konvo..insyaALLAH...

TERIMA KASIH BANYAK2 ABAH DAN UMI..

Selasa, 19 Jun 2012

cik api,cik tanah,cik air ^^

assalamualaikum (w.b.t)

pernah dengar tak kata2 ini?

sahabat bukan macam papan skate, belum main gilap, dah main pijak….
sahabat juga bukan macam bola sepak, belum dapat kejar ,dah dapat tendang…
sahabat bukan seperti bulu tangkis, belum main pegang, dah main pukul….
tapi sahabat umpama bola ragbi, belum dapat rebut, dah dapat lindungi…
sahabat macam jari, lukanya sembuh sendiri, tapi hilangnya tiada ganti…



yup, sahabat,kawan,teman,kawan karib, ia hampir sama, nmun maksud nya berbeza-beza..
mengikut kefahaman CTeah, seorang sahabat itu tidak seharusnya di cari hanya ketika kita berada dalam kesusahan sahaja..bila kite dah dalam keadaan ok,hepi, senang, sahabat itu ditinggalkan..okey, ini lebih kepada definisi kawan...kalau sahabat,insyaALLAH tak akan buat macam ni...susah,senang,suka,duka dikongsi bersama..

bukan semua yang mendapat 'anugerah' ini...anugerah yang dimaksudkan ialah kasih sayang dan ukhwah dalam persahabatan yang sejati itu...CTeah mendapat anugerah itu melalui beliau-beliau ini...


terima kasih kalian...paling menarik tentang 'kasih-sayang' kami bertiga ialah, CTeah lebih bersifat api,Cja pula bersifat tanah dan Cda lebih bersifat air..*jangan marah eikh korang..tapi mmg betul pun kan?? hehe..kami saling melengkapi antara satu sama lain..memandangkan CTeah ni jenis 'panas' sikit, kekadang Cik air tu yang akan 'siram' airnya..dgn cara lembut..Cik tanah tu pulak, sebelum dia pujuk ke apa, dia suka 'nganyim' dulu..haha..tapi yang selalu kene dgn Cik api nie pulak, Cik tanah tu laa...*yang konon manje..tapi gedik! ^___^

masing2 dah jadi anak dara orang dah, ada tujuan dan cita2 masing2..jadi masa utk kami bersama agak terhad..iyelah...even CTeah dah nak habis, kene praktikal 4 bulan dulu...Cda masih dalam pengajian,dan Cja pulak kunun2 nk g keje...xtaw bile kami boleh kumpul sama2 lagi....

gaduh? sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula dalam persahabatan...tipulah kami xpenah salah faham..walaupun berjauhan,'gaduh2' manja tu tetap ada lah..hahaha..selalunya pemulanya,cuba teka sape?? hehehe...sape Cik api td? hak3...dan selalu jadi mangsa Cik tanah laa...n jadi orang tgh ialah Cik air laa..hehe

dan part paling ditunggu ialah bila kami akan kawin...hehehe...*xpe ok nak pikir ke arah tu,masing2 ke arah tua,bukan ke arah muda..bukan gatai..hahaha..entah sape lah antara kami akan jadi bini orang dulu...hehehe....yang pasti, kami akan gilir jadi pengapit...hehe*wahh,jauh merancang..ekekek

nota kaki : kepada cik air dan cik tanah, semuga persahabatan kita akan kekal selamnya...mcm2 dah kite lalui..persahabatan kita menghampiri 10 tahun dah...terima kasih sbb bersabar dgn 'perangai' aku...tapi, selalunya aku kan selalu jadi penghidup suasana...kan3?? hak3...okey,luv u oll's..


Sabtu, 16 Jun 2012

my..my..my

assalamualaikum (w.b.t)

hype semuanya! apa khabar? hopefully sihat2 hendaknya....
wah,agak lama gak x berentry....hurm,biasalah kan, nak jadi blogger yg berjaya kene konsisten. sedangkan CT join blog just suka2 sahaja...^___^

so, memandangkan hari ni adalah hari bapa,so CT nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada bapa2 sedunia...especially to my lurve abah...well,setiap hari itu merupakan hari bapa,so,x perlukan hari utk menghargai parents kite..^__^

xberape lama lagi CT akan menamatkan pengajian dalam IJAZAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA  di UUM nie,insyaALLAH...doakan segalanya berjalan lancar...
tarikh akhir utk exam final yg sefinal-finalnya ialah 28/6/2012..tarikh keramat kerana itulah exam terakhir yg akan CT tempuh sepanjang 3 tahun bergelar mahasiswi..2 paper 1 hari pulak tue.terbaik! hahaha...selepas tu pulak CT akan mneruskan sesi praktikal di Majlis Daerah Machang selama lebih kurang 4 bulan gitu bermula 9/7/2012....insyaALLAH...apa yg penting sekarang report tu...kasi lulus maaa...hehe

tapi, before that, CT akan pusing2 separuh Malaysia lebih kurang 5 hari mcm tu laaa..kununya BAKSIS, tapo,BAKSIS laaa sangat....ni pown terpaksa pergi...terpaksa dalam rela la katakan..CT mungkin akan ikut jelajah konvoi kereta bermula dari Perak---->Selangor----> Negeri Sembilan----> Melaka..insyaALLAH..

hope segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan ALLAH s.w.t.okeylah,setakat ni dulu perkongsian CT..jumpa lagu.wasalam...^__^

mood :: menanti seseorang..

Jumaat, 8 Jun 2012

ALHAMDULILAH...

ASSALAMUALAIKUM...

Setinggi - tinggi kesyukuran dipanjatkan pd ALLAH s.w.t kerana dengan limpah dan izin-Nya, peserta dari negeri kelahiran Cik Teah iaiatu Kelantan Darul Naim telah memenangi dan menjadi johan tilawah AL-Quran kali ke -55..paling menarik, peserta tersebut berasal dari tempat kelahiran cik teah iaiatu Machang...alhamdulilah...beliau ialah Ustaz Anuar Razali yg merupakan Guru J-Qaf dan lepasan Kuliah Al-Qur'an Universiti Islam Madinah dan Maahad Tahfiz Qira'at Pulai Chondong..

teringin nak zaujah sebegini..insyaALLAH...

kita lihat keputusan penuhnya




keputusan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55, Pusat 

Konvensyen Persada Johor.

KATEGORI QARI:

JOHAN : MUHD ANWAR RAZALI -93.66% (KELANTAN)

NAIB JOHAN : ZUL HASYIMI MOHD YUNOS-87.99% (PAHANG)

KETIGA : MUHD RAFFE GHALIL ABBAS-86.68% (SABAH)
KATEGORI QARIAH:

JOHAN : HJH CHE AMINAH CHE AWANG-84.33%(WILAYAH PERSEKUTUAN)

NAIB JOHAN : NURFATIN IZZATI RABLIN- 79% (SABAH)

KETIGA : MARZIAH MUHD DELI- 78.67% (KEDAH)

Johan keseluruhan: Pahang (Purata-83.1%)

Rabu, 6 Jun 2012

27 mei 2012

assalamualaikum...

27 Mei 2012

tahun ke -23 utk hari lahir cik teah...
 HEPI BDAY TO ME.!!.:)


encik JAMALUDIN mmg sweet :)

assalamualaikum...

according to my title...
encik jamaludin is my luv abah..

mcm entry dulu2, cik teah penah bagitau bahawa abah cik teah ni jenis xtunjuk yg dia sayang..
hehe...apa yg membuatkan cik teah ckp die sweet ialah.....sebenarnya,byk bende sweet yg abah wat,cuma kali ni cik teah ase super duper sweet...huhu
the story begain bile,abah akan dtg ke kedah sbb  ikut rombongan kawan die hantar menantu.so, katanya abah nk singgah amik brg..padahal rindu kat cik teah lettew...hihihi...itu pun umi beritahu...
okey,nk dijadikan citer la kan,,mcm selalulah...

cik teah : umi,nanti kirim sambal ikan bilis kat abah eikh...
umi       : abah dah beli siap2 dah ikan bilis..tunggu masak jer..die dah taw dh anak die suka..
cik teah : ^____^ hehe

okey..situasi kedua,masa abah dtg kat tempat cik teah, dah siap letak brg kat bonet kete,abah pun tanya,.
abah : ada duit x? (padahal mmg nk bg pown..hehe)
cik teah: ade..

abah pun hulurlah RM** kat cik teah..then,lepas salam ape sume ngn beliau n adik cium tgn aku,beliau2 itu beansur pergi..
then,xlama kemudian abah coll,
abah : cukup x duit tadi?
cik teah : erkk..cukup2...

haha..abah selalunya payah nk bercakap tepon ngn anak2..walaupun die mcm tu,tp cik teah tahu,die syg kat anak2 die...syg abah jugak...^__^



p/s: utk seseorang yg dah hari2 ditunjukkan kash syg oleh bapanya akan menganggap entry ini adalah biasa...tapi,utk seseorang yg mcm cik teah,yg memiliki seorang abah yg tunjukkan syg die dgn cara lain,ia adalah sesuatu yg cukup manis :)


Jumaat, 1 Jun 2012

WTC??

ASSALAMUALAIKUM semuanya!

hyep! lama x mengupdAte...hehe..
rindu x kat cik teah?? hehe

ok...WTC?? apa bende tu? makanan? binatang? serangga??
actully, baru dpt idea td...
WTC tu,akronim untuk :-

W - what
T- the
C- craziest

ahaaa...kenapakah?? what the story behind it??

ok,citernye macam ni, skrg kan tgh exam week,
exam CT starting 3hb ni iaitu hari ahad..so,yg menjadikan ia what the creziest skrg adalah....

skrg CT tengah mengilai  menggila mengdownload citer Alisa...hahahk..mmg giler kan? citer tu dah lah kurun ke berapa lg dah abis,tp tetiba dalam week exam jugak laaa kegilaan itu mendatang...sumenyer gara2 CT suka chemistry Alyssa Soebandono n Christian Sugiono..hehehe..actully,CT ialah ASL ( alyssa soebandono Lovers) hehe..jgn marah naaa...
tp,kalian2 jgn lah salah faham...kegilaan ini dilakukan sambil study...alang2 dok study tu,leh jugak tunggu citer tu didownload...kiranya sambil menyelam minum air...hehehe..xpe kan?? lgpun,line tgh laju skrg..so,ape lagi...kikikih..

christian sugiono..
hensem kan?? :)

alyssa tipu...
keh3...nk jugak...
next!
ni baru trully ALyssa soebandono...she's really beauty right..
lagi2 ble brtudung :)

Sabtu, 26 Mei 2012

23 tahun dah!!

assalamualaikum...

malam ni, kalau boleh,*kalau boleh laa...nk settle semua...sebelum masuk hari esok...
sbg hadiah hari jadi cik teah yg ke-23 insyaALLAH...xnak buat pape..nk relex2 jer....hehehe
time ni la nk bagi penghargaan pada diri sendiri...kalau bukan kite,sape lagi kan? heeee..
tapi, ngantuk la pulokkss...

begitu cepat masa berlalu..dah 23 tahun dah cik teah idup di muka bumi ALLAH yg luas ini...

haha..jgn lupa dtg bilik yer malam ni,ader makan2 sikit...tanda kesyukuran...
makan meggi je pown...tu pun kene share sbb ader sebungkus jer...heeee

credit pak cik google...hehe

kek? mestilah ader...menu wajib tu...hahaha...makan dalam mimpi je okey teah...haha..


okey,lastly,wishing to my self, happy birthday to me n may ALLAH bless me owes...semoga diriku berjaya dunia akhirat,dipanjangkan umur dan sempat membalas jasa my parents :)

juga ucapan ini utk sesiapa yg kembar hari dan kembar bulan dgn cik teah ni...kita sambut sama2 dlm mimpi oke...heehe

k,la, dah byk melalut..
cik teah permisi dulu
assalamualaikum...
astalavista..:)


Rabu, 23 Mei 2012

biar mimpi sampai ke katil...huawawa

assalamualaikum..

pesanan penaja : entry ini ada sedikit unsur2 yg akan meloyakan tekak anda..so,sape2 yg xnak baca,xde paksaan...tp,sape nk baca jugak, sediakan plastik gelenya@supik rokrak bersama2 anda..harap maklum..:)

hurmm..baru pas baca status seorang member kat fb yg telah di suprisekan semasa birthdaynya....
oke, cik teah jujur nie....cik teah tumpang epi..akan tetapi....ada sedikit rasa 'teringin' diperlakukan sedemikian....hahaha...*biar mimpi sampai ke bintang jelaa ... 
ahakzz...
dalam mimpi boleh lah nak berangan cik teah oi...
yelaa,cik teah ni jahat...xde org sayang pon..*cehhh,ayat merajuk ker nie??
entahlaa...
well,actully xder org penah celebrate bday cik teah...huhukk..sedih x?? mwahahaha..
actully,tipu jer..first sambutan sepanjang idup nie adalah semasa form 5..dan kek pertama ialah name ape tah kueh tu,luper namanya...home made by  siti aja wink3 hahaha....
masih ingat lagi x? suprise yg xmenjadi...haha...last2 diri ini terpaksa berlakun 'tersuprise' dgn kejutan itu di depan teman2 yg len termasuk cik adada ting3 ahahaa..

tp, kat sini xder org syg...almaklumlah,, 'jahat' semacam...hui3..
xpelaaa..xkisah pun, xberharap langsung..walau sebesar bakteria...
sajer nk luah perasaan kat sini...hehe..kalau kat FB nt jd kes naya n mesti depa kata SS nanti sbb ramai kenal cik teah...kalau kat blog nie...xramai kenal...*almaklumlah xfemes katakau...kih3



nota kaki ; supik rokrak@supik gelenya = beg plastik

okelah..nk sambung wat reaserch utk presentation esok....wish me gud luck friends...!!
jumpa lagi..
astalavista
assalamualaikum...

Selasa, 22 Mei 2012

jumpa blog baru

assalamualaikum...

hye semua..sihat x? xsihat cepat2 jumpa doktor yaa?
eheeee...
well,smlm cik teah duk belek blog ben ashari, tetiba terklik laa kat satu pages ni iaitu...

dapur tanpa sempadan

waaaaaa...terkagum seketika dgn menu2 yg dishare kan kat pages nya...+ gambar2 yg memikat jiwa...cantiekkk!!.. msa tu cik teah tgh puasa....perghhhh...mmg kene laa....nsb bek laa iman kuat...
tp siyes...cik teah dah 'jatuh hati' kat blog neh...bukan kat pemilik blog okey...hahaha..

siyes cantek,sedap*macam dah penah rasa..hehe...
 tp,dari segi susunan,tataan menu..perghhh..terbaik laaa abg mat gebu..i likee...org pmpuan pun xseterer die..

nt sape2 yg nk try masak@ baru nk belajar masak,jenguk2 la kat blog die.mmg terbaik r resepi die..paling menyentuh jiwa dan nurani ialah agar2 kelapa pandan  die..comell sgt..suke2...hikhik..mmg ala2 chef ismail n chef wan dah die...hehehe *actully,bukan dapat apa pun promote blog die,tp, cik teah nk share2 je ngn korang sume...sharing is caring right??? hehe

k lah..cik teah mau bobok dulu
jumpa lagi nanti,.
jgn lupa singgah2 yer...hehe

wasalam,.

nota kaki: bobok = tidur..hehe

i want it!

assalmualaikum...

i want it for my birthday!!



okey, just dreaming....

nitezzz

wasalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...