بسم الله الرحمن الرحيم.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

C cantik & C hensem ^__^

kata- kata aluan dari pemilik syarikat

*TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENJENGAH KE PAGES YG X SEBERAPA INI...
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V

Rabu, 10 November 2010

~~~sukew n rela u mangsa banjir...







aku bersama skuad puteri saad'dong uum..thanks kak fira for the pic..

apa yg inngin aku katakan ttg 10 hb 11 2010 ialah aku sangat seronok dan enjoy melakukan kerja amal ini bersama kekawan yg lain..iyelah,sampaikan habis kotor satu badan..siap ada corak kat tudung lagi...ditambah pula dgn 'mando' kami yg mmg giler lawaknnyer..xlarat nk gelak dgr lawak spontan dy..hahaha..
tp,the main point u gotong royong ini ialah aku dapat merasai dan belajar pengalaman baru..mmg lah aku x just bantu bersihkan rumah diorg aje.tp,dari situ aku dapat rasa bahawa aku adalah manusia yg bertuah dan bersyukur sgt2..rumah aku kat kelantan tak pernah banjir teruk..kalo setakat naik biasa2 2 adalah...tp,kalo tgk kepada keadaan negeri jelapang padi nih,mmg sgt2 menyentuh hati dan perasaan..bygkan lah kalo kene bersihkan satu rumah,buang sume perabot yg kembung dek tertelan byk air.huh...mmg byk la kene beli baru...yela,bila pk2 balik,xleh ke pembuat perabot ni memikirkan alternatif yg lebih baik supaya perabot2 ni tahan banjir,dan bukan harapkan untung sahaja..haish...dah melalut dah,em..apa pun aku bersimpati dgn mangsa banjir 2..berat mata memandang,berat lagi bahu yg memikul beban...semoga mereka akan terus tabah u teruskan hidup...

Isnin, 8 November 2010

~~~HURMMM~~~

aduss...setelah pk punya pk..aku ade nk balik kot walaupun kejap..tp,masalhnya,aku selalu bergantung dgnbas dalam..agak mencabar bila fikirkan nk balik ngn bas luar..dah la xbiasa..tp,aku sepatutnya kene berdikari jugak ini tidak,asyik2 bas dalam,cket2 bas dalam..bila masa nk berdikari kalau macam tu...emmm...satu lagi masalah pulak,xtahu nk naik bas apa...mara liner ke? Erkk,mara liner ada wat perkhidmatan bas sampai kelantan ke? haishhh,xmau la,kan jd superman lak,asyik terbang aje n bas 2 konfirm penuh ngn muntah aku...euwwww!!..
segala-galanya mmg merumitkan..dah la aku dah sengkek sekarang ni..sabar je la..bila dah dapat tiket pon,masalah nk kuar balik ke changlun lak nt..kalau siang xpe la..buatnyer dapat tiket malam,mcm mana? naya aku...dah la sorang2..kalau ada partner xpe lagi...s0, nk xnak,kalau nk balik kg,mmg aku kena lalui jugak sume ni walau mcm mana payah pon..tea'ah..u can do it!!

IN-TEAM - SITI KHADIJAH (MV) NASYID



salah satu my feveret songs



UNTUK SAHABAT-SAHABAT KU TAK KIRA DI MANA KALIAN BERADA <3

Ahad, 7 November 2010

[S][U][N][Y][I]

Merenung ke luar tingkap, hatiku menjadi sayu,takut,risau..sumenya bercampur-baur..penghuni2 kolej petronas sumnyer dah balik ke rumah masing2..sangat sunyi ku rasakan..tambahan puka rumate aku juga telah beberpa hari balik ke kampung halamannya..begitu juga yg lain2..hy tinggal beberapa org yang masuh stay di blok ini...sangat sunyi kurasakan..kemeriahan sebelum ini tiada lagi..tiada sesiapa yang ingin menemani aku...hy la fb dan blog yg menjadi teman aku kini...ty byk soal lapy aku bersedia dan setia berkhidmat untuk aku..bayangkan lah kalau lapy x ada..
dah lah nak study pun mmg xda hati langsung...

nak menangis juga rasanya...aku sudah terbiasa berkawan,bising2,bercakap..tp,tiba2 aku kene diam...membisu..hanya jari -jemari ku yg galak menari di atas lappy...aku sangat rindukan family kat rumah sekarang..nk balik ngn x sama banyak..xtaw la...lama dah xjumpa diorang..lagi2 si bongsu 2..nk call ,aku takut xkuat..kan xpasal2 menangis...biasalah,budak manja..si dia pun masih kat kem..aku xtaw nk ngadu kat sape skrg...selalunya,dialah akan setia menemani aku bila aku kesorangan..awk,cepatlah balik,sy rindukan awk..temankanlah sy....

Sabtu, 6 November 2010

~~~hadoii~~

hurmmm...sgt tension skarang...tp,maintain cool...cool lh sgt..assigment xterbuat ag..dah la kene anta hari ni..siot betul..dah la siap ugut lagi..geramm teramat nh..kenapa lah perlu ada subjek ni..xleh ke mansuhkan saja dari muka bumi ni?? leceh laaa...kalau vc baru tu nk wat pembaharuan sgt,mansuhkan aje la subjek 2 yg entah apa2 tu..haishhh....ape la aku nk wat skunk...

dah la dy kira ikut gred skunk..mati aku cam gini...kalau wat pon,masalah nk p hantar lak..dah la aku xtaw bilik baru DR 2...grrrr..mmg mencabar keimanan aku btl la dy ni.sbb kan dy la aku jadi malas nk p bila tiba hari selasa..sibuk nk ty gred aku,ty saja xpe lg..tp sibuk nk marah..bg la motivasi cket ke,ape ke, tensen aku..

mmg laa,dy nk sume student dy dapat 3.50..gilas apes..tp,fikir jugak la..kami bukan smart mcm dia..muda2 dah wat phd..mmg la nk amik dy sbg contoh..tp,kalau terlalu menekan sgt,xleh jugak kan..kalau dy jenis sporting,aku xkisah sangat n aku pun xkan 'lari' daripada dia sampai mcm ni sekali

hadooooiii!!! nape la sume ni jadik

Jumaat, 5 November 2010

~~~06112010~~~





haluuu...jumpa ag...byk kegembiraan yg terjadi pada hari ini..sekurang-kurangnya,kesedihan masalah2 aku dapat dilupakan buat seketika..pertamanya, aku dapat melepaskan tekanan jiwa ku dgn "menyakitkan tekak" bagai nak rak kat padang bola untuk bagi sokongan kat pemain2 kolej aku..hahaha..sgt seronok walaupun penat suara...diorg pun jadi semangat bila tgk penyokong bersemangat..mcm2 ragam semasa kat padang..rasa enjoy sgt2 walaupn team kami kalah..tp.kami menang dari segi sokongan dan moral..

pas2,plg buat aku hepi dan gumbira xterkata ialah dy menelefon aku...sangat2 hepi bila dgr suaranya...akhirnya,rindu ku terubat jua...huhuhu...syg dy sgt...td boleh pulak dy main uji2 aku...kononnya lah...geram gak mula2...tp,xpalah..ada jugak org wat aku geram lepas 'agak lama' menyepi..sungguh, dia kebahagiaanku...semoga perasaan kami xkan berubah hingga ke akhirnya...insyaALLAH..

Hahaha...esok pulak,xsabar nk kembali kepada 'kerja lama' aku...mengasuh budak kecik...suke sgt2..amat mencabar dan letih..lagi2 dapat yg agresif n hypper aktif mcm amir iskandar...penat nak mampus kot...tp,org ckp,pengalaman sebenar sebelum jadi ibu..seronok dapat jaga budak2..lebih2 lg baby...xsabarnye nk tunggu esok..t kita jumpa ya chumel2 sekalian...^__^

Khamis, 4 November 2010

...are-ku daN diLemMa...


hari ini,tanggal 4 hb nov 2010, aku benar-benar berada di ambang dilema yg berpanjangan..balik dari kubang pasu bg membantu insan2 dlm kesusahan,aku menerima sedikit khabar duka..jadual peperiksaan final aku di tunda tarikhnya kepada selepas hari raya aidil adha.agak tensionnya kepala otak aku..maknanya disini,cuti aku hy sekejap sahaja..

perghhh..agak tertekan waktu ini...hy ALLAH yg tahu..aku bukan xnak balik,cuma kalau balik, aku takut xstudy je..aku bila dah balik,automatik banyak main n tgk tv..xkan sentuh buku punya..hurmmm..entahlah...tp,kalau xbalik,banyak risikonya pulak..pertamanya,ada terdengar ura2 yg menyatakan sume mknn akan habis bekalannya.pas 2,nk mkn apa ni...pas 2 lak,aku dapat tahu cerita ttg org lelaki yg masuk ke asrama pmpuan..meremang bulu roma ku..

masalahnya,kalau balik pun,belum tentu dapat lepas balik..air banjir merata2..
mmg dilemma...smapai saat ini,5 hb nov 2010 jam 12.11.aku masih belum dapat membuat keputusan yg tepat.YA ALLAH,bantulah aku...hambaMu yg lemah ini..lindungilah aku dari segala mara bahaya dan dari kejahatan manusia,jin ataupun syaitan..amin...

Rabu, 3 November 2010

~~aku dan misi~~

----4hb nov 2010..jam 07.28 pg2...

hari ni,pg2 aku dah on line..sgt bersemangat walaupun slps peristiwa "tragis" yg menimpa diri..dah2,xyah pk ag benda2 lepas 2..life must go on!! k,bercerita pada pg ni,sekali lg aku akan pergi mencari "kepuasan" di pbsm kubang pasu..aku harap misi kali ini lebih berjaya..

yelah,bukan senang nk tinggalkan katil pg2 n bkn snang juga nk 'bertemu' air pg2 buta hingga menggiggil tubuhku...huhu...tp aku xkisah,aku buat sume ni demi misi aku utk membantu insan2 yg memerlukan...

insyaALLAH...

~~antara suka dan duka~~~


3 hb nov 2010...

hari ini aku sangat2 gembira kerana dapat menyumbang tenaga untuk membantu insan2 yg ditimpa musibah banjir..aku cukup2 teruja apabila di minta untuk menjadi sukarelawan u mangsa2 banjir di kedah...byk sumbangan yg aku hulurkan walaupun dalam bentuk tenaga sahaja..aku sbg pelajar,itu sahaja yg mampu aku sumbangkan utk mangsa2 itu..
tanpa disedari,dalam kegembiraan itu,mungkin ALLAH dah takdirkan bahawa wang bernot RM 50 itu bukan milik aku, aku telah kehilangannya..

aku menyedari ia tiada semasa hendak ke kafe..aku menjadi panik,nk menangis pun ada..bukan sedikit..tapi rM 50 boleh beli makan selama sebulan..dah la duit dlm bank aku skrg dah tinggal sedikit.tp,mcm yg dikatakan td..bukan rezeki aku utk guna duit itu..hy ALLAH yg tahu segala yg telah disuratkan pada aku..

pada mulanya aku xberfikir begitu,aku hy duk menangis.tp,setelah umi memberi kata2 semangat untuk aku, aku beransur lega dan tenang..ada betulnya apa yg umi katakan itu,dah xde rezeki aku..aku harus terima seada dan seredhanya..ALLAH dah gantikan dgn pahala yg lebih baik selepas aku membantu org2 yg dalam kesusahan. alhamdulilah..

em,nk meratap pun dah xde guna..benda dah xde..bukan leh kembali pun..redakan seikhlas hati..anggap sahaja wang itu bukan milik kita dan milik org lain..jika x,xmungkin ALLAH gerakkan hati aku untuk bawa duit itu dan xmungkin juga ALLAH gerakkan hati aku utk letak duit itu dalam poket seluar walaupun pd mulanya aku letak dalam dompet. aku percaya ada hikmahnya sume yg terjadi ini...

aku reda..dan aku harap duit itu akan diguna sebaik mungkin oleh org yg jumpainya..amin....^__^

Ahad, 31 Oktober 2010

~~MaHliGaI KaSiH~~

keLAte MeNAng PiaLA mALaySIa


Sejarah tercipta
Oleh Harris Rajahdin dan Syed Riduan Ahmad
bhsukan@bharian.com.my
2010/10/31
pix_gal0
The Red Warriors tamat badi 40 tahun

PEMAIN Kelantan me­­lutut dan berdoa tan­­da syukur sejurus wisel penamat apabila mencipta bangga muncul juara baru Piala Malaysia menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, ma­­lam tadi.
Dua gol menerusi tandukan padu Hairuddin Omar pada minit ke-57 dan Mohd Badhri Mohd Radzi, m-65 berjaya mengikis jari­­ngan awal lawan menerusi sepakan penalti oleh Shahurain Abu Samah (m-13) - sekali gus menamatkan badi 40 tahun yang diiri­­ngi dentuman mercun me­­ngiringi kejayaan manis The Red Warriors.
Kejayaan ini memboleh­­kan Kelantan meletakkan diri dalam kumpulan unik yang kini bertambah kepada 14 pasukan yang pernah menjulang piala keagungan bola sepak tanah air itu termasuk sebelum ini yang dikenali Piala HMS Malaya dan Piala Malaya.

Namun, skrip itu tidak kelihatan begitu pada awal saingan babak pertama apabila Shahurain yang dinaikkan kepada posisi serangan berikutan ke­­tandusan penye­­rang akibat kecederaan yang menimpa Zaquan Adha Abd Radzak me­­ngulangi jaringan awal ke atas lawan sama, apabila mudah menyempurnakan penalti mengatasi Khairul Fahmi Che Mat selepas penjaga gol itu menjatuhkan S Kunalan dalam ko­­­­tak penalti.

Shahurain yang mele­­dakkan gol cantik dalam laluan kejayaan 3-1 musim lalu berjaya mengelirukan penjaga gol itu yang semakin meningkat naik dalam skuad kebangsaan pada percubaan kedua selepas pengadil, Sub­­khiddin Mohd Salleh me­­ngarahkannya diambil semula.

Pada masa kecederaan babak pertama, gerakan pantas Mohd Badri Mohd Radzi dengan Indra Putra Mahayuddin hampir menjelmakan gol penyamaan, tetapi tendangan lencong kapten Kelantan itu berjaya ditumbuk penjaga gol, Sani Anuar Kamsani.
Hairuddin menceriakan pasukan apabila berjaya mengelakkan diri daripada kawalan pertahanan untuk menghalakan han­­taran lintang Norshahrul dengan jaringan penya­­maan menerusi tandukan untuk menghidupkan api perjuangan the Red Warriors dan hampir 60,000 penyokong mereka.

Momentum beralih arah kepada Kelantan yang mengambil alih tam­­puk penguasaan de­­ngan Mohd Badri men­­cetuskan dentuman mer­­cun oleh penyokong hasil gol kemenangan buat mencipta sejarah baru mereka.

Khamis, 28 Oktober 2010

Segenggam Tabah



Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Senilagu : Fadzli Far East Senikata : ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Fadzli Far East Susunan Muzik : Firdaus Mahmud

Luahan Rindu



Album : Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Terkenang masa dahulu
Memori silam ku
Kisah persahabatan

Dengarkanlah lagu ini
Kuciptakan untukmu
Moga dirimu terhibur

Kenangan dahulu mendewasakanku
Mengajar erti kehidupan
Segala pahit manis tempuhi bersama
Demi mengejar satu cita

Kenanganku..
Dengarkan luahan hatiku
Merindu keriangan dahulu

Indahnya..
Saat penuh tawa ceria
Terhapuslah segala duka

Teringat daku kembali
Saat kasih bersemi
Kita mengukir janji

Di waktu persekolahan
Yang penuh impian
Kita memburu harapan

Kenangan dahulu mendewasakanku
Mengajar erti kehidupan
Segala pahit manis tempuhi bersama
Demi mengejar satu cita

Kenanganku..
Hadirlah dikau menerangi
Oh ruangan hatiku
Semoga tersirat hikmah melanda
Bersama kita selamanya

Segala keindahan jadi kenangan
Yang buruk jadikan sempadan
Biar diduga derita
Tabahkanlah sentiasa
Semoga mendapat rahmatNya

Kenanganku..
Hadirlah dikau menerangi
Oh ruangan hatiku
Semoga tersirat hikmah melanda
Bersama kita selamanya

Doa Seorang Kekasih



Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)
Penerbit : Faizal Osman
Penyusun Muzik : Firdaus
Hakcipta : Hijjaz Record Sdn. Bhd.

Isnin, 25 Oktober 2010

~~AKU SUKA MEOWWW~~










alhamdulillah...



aku amat bersyukur pada ALLAH..masalah aku berjaya di selesaikan satu2..itulah kan? kata org, masalah bukan untuk difikirkan,tapi untuk diselesaikan...bila ia difikirkan, mmglah ia akan memberatkan kepala otak, tapi,cuba tenang..istighfar byk2,jgn mudah melatah, insyaALLAH..penyelesaian akan ada..cuma, segalanya terletak pada diri kita sendiri..

aku telah belajar banyak perkara dari masalah2 yang datang ini...belajar supaya lebih tenang dan cool...paling penting sekali,jgn babitkan orang lain dalam masalah kita dan jgn sesekali hukum org lain yg x ada kene mengena dalam masalah kita..umur kita setiap hari semakin meningkiat..sampai bila nk terus dgn sikap tidak matang aku tu kan?? xkan kemana pun..org pun mungkin akan jd menyampah...kita tidak tahu hati perut org lain..walaupun wajah senyum pada kita,siapa tahu,dalam hati sedangmengutuk kita??

aku juga belajar sesuatu,jgn fikir buruk pada org lain sbb aku mungkin jauh lebih teruk dan buruk pada mata orang lain..selalu berfikir rasional dan positif kerana ia kunci kepada penyelesaian masalah..selalu lah senyum kerana senyum itu awet muda dan sedekah....hehehe..syukur padaMu ALLAH...

Selasa, 19 Oktober 2010

masalah,maslah dan masalah

hari ini aku rasakan cukup - cukup dan teramat tertekan..aku xtaw apa yang harus aku lakukan...aku terpaksa siapkan report yang sepatutnya dibuat oleh setiausaha..aku hairan,kenapa aku? adakah kerana kau dianggap tidak melakukan kerja?? kalau aku tahu akan terjadi begini, tidak akan sesekali aku terima tawaran tu. tapi,nasi dah jadi bubur..dah terlambat tea'ah..

paling menyakitkan,akibat kebodohan aku, hari ni aku terlepas midterm..dahlah 30% dapat..apa nk jadi?? aku cukup2 tertekan..dahlah en.mun xbalas msg aku..aku harap dia akan consider untuk benarkan aku amik..YA ALLAH, bantulah hamba-MU yang penuh kehilafan ini..

tekanan makin dirasai bila report aku dikatakan byk kekurangan..bertambah2 rasanya sakit kepala..apa salahnya kalau dia tlg tambah..aku bukan biasa pun wat keje2 cam ni...rasa cam nk nangis pun ada..sakit hati...lagi pula dengan pertandingan nasyid 21 hb ni..Ya ALLAH...aku xtahan dgn cubaanMU..namun,aku tetap bersyukur, mungkin ini peringatan dariMU kerana aku terlalu lalai. ditambah dgn masalah lelaki ksyg aku tu..masa2 ni jgk dy nak wat hal.

hurm....entahlah..mengeluh tu xbaik..tp,aku terpaksa dengan situasi aku skrg..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...