بسم الله الرحمن الرحيم.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

C cantik & C hensem ^__^

kata- kata aluan dari pemilik syarikat

*TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENJENGAH KE PAGES YG X SEBERAPA INI...
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V

Khamis, 26 Ogos 2010

paDan MukA aku!!

Hari ni, sbb assigment punya pasal, aku tinggalkan kelas lecturer 'kesayangan' aku pada pukul 8.00 pagi tu...tapi, bukan wat assigment ngat, tdo je keje aku...haha...pas 2,bila assigment dah 70% nak siap, aku pun mula lah bersiap nak pergi next class...kelas yang amat-amat memboringkan....hehehe

then, aku pon bertenggek lah kat bus stop..ngobror dengan sorang akak senior..oklah daripada aku duk berdiri cam pokok kat sebelah aku tu..huihui....kiranya ala-ala bersemangat waja lah nak pergi kelas ni..aku pon duduk lah kat atas bangku sementara nak menunggu kelas lain tamat..tapi, tiba2 aku rasa pelik..mana yang len -len? awat macam sikit jew? hatiku rasa xsedap...huhu..

lepas 15 minit, soalan aku terjawab...kelas cancell..cess...adooi! nape jadi gini? arghhh,tensionnyer..dah lama masa ni sesaat pun penting bagi aku?? tapi,padan muka ko,kelas yang betul2 ada ko xdatang.tp,kelas yg cancell rajin pulak datang.. nak balik malas..so, aku amik keputusan 'bermastautatin' kat situ sambil mesej2 ngn 'buah hati' ku...hehe

moral of the story, rajin2 bukak learning zone...sekian.....hehe

~ seHAruM kaStuRI, SeINdaH UkHrawI

cuaca indah di medan ini,
bakal menggamit sebuah reptasi duka,
kerana satu saat nanti,
sudah tersurat dalam kehidupan,
tiap yang bertemu,
pastinya akn merasai perpisahan.

senyum,tangis,dan tawa,
yang menghidupkan suasana harmoni,
jua mencambahkan silaturahim suci,
kini bakal tiba ke destinasi,
kerana...
itulah takdir yang maha Abadi.

sebening kasih dan seluhur azimat suci,
akan tetap tertinggal di sini,
berbekas di sanubari,
untuk sepanjang perjalanan kami,
kerana kami tahu,
hubungan kita,
seharum kasturi,seindah ukhrawi.

biarpun berat menimpa,
walaupun hebat dugaan tiba,
kami terima ketentuan-Mu,
Ya ALLAH....Ya RABBI,
kerana kami tahu,
Kau telah tentukan yang terbaik,
buat kami dan dia...

Selasa, 20 Julai 2010

aku dan bas unic

hari ini aku balik dari kelas..macam biasalh..aku akan bertenggek dekat bus stop untuk tunngu bas memandangkan kelas seterusnya bermula pukul 2. aku pun tunggu drngan penuh kesabaran..tambahan pula tengah puasa. ada kelebihanlh kat situ. aku pun malas nk berebut..iyelah,aku bukannya ada kelas lepas ni,wat apa nk berebut dengan orang yang nak pergi ke kelas kan? akhirya, lepas orang agak lengang, aku pun naik bas datang..dalam hati aku mula risau,bas ni hantar sampai dpp x? ishh..macam mana ni?? bas pn berhenti depan dkg..aku serba salah..nak turun ke x ni? kan nanti dy suh turun pulak..last2..dalam keadaan xsure 2,aku pn amik keputusan turun..kononnya nak jalan kaki..alih2 dah turun 2,aku tengok ada lah dalam 3,4 org yang sedang nail ikut pintu depan..ishhhh....terasa blur pulak..satu kerja lak kene jalan kaki..itulah kalau x yakin ngan keputusan..apa pn,bila ingat peristiwa mcm 2,ak terasa bodoh n kelakar gak..wahahahaha

Isnin, 12 Julai 2010

kesilapanku...keegoanmu...

entah kenapa, aku tidak tahu. aku melakukannya tanpa disengajakan.sumenya di luar kawalanku..aku tiada terniat untuk mengaibkan sesiapa kerana sesungguhnya aku amat sayangkannya...mana mungkin aku akan melukakan orang yang menghargai aku... namun, aku terdesak..aku melakukannya juga..aku tahu aku silap, tapi aku tetap cuba menjaga hati semua pihak..aku sedih...takut...aku tidak mahu kehilangan insan-insan yang sayangkan aku hanya kerana perkara kecil...namun, keegoannya mengatasi segala..aku hilang punca pabila memikirkan kesilapanku dan dia pula seolah-olah seperti menjauhi aku..aku telah dihukum atas kesilapanku...aku akur...kemaafan adalah dendam terindah..

Khamis, 8 Julai 2010

tompok aku

semasa cuti sem baru2 ini, aku telah dihadiahkan dengan seekor kucing oleh nenekku..aku memberinya nama TOMPOK. sungguh comel kucing ini.sekali ku lihat dan amati rupanya persis BUBU,kucing ku yang telah mati dulu..ku amat sayangi Tompok..aku jagainya dengan penuh kasih sayang..memandangkan Tompok masih lagi pada peringkat bayi,aku berusaha sedaya upaya agar dia masih dapat merasa susu walaupun bukan susu ibunya..aku membeli susu dalam tin dan menggunakan bekas eye mo nenekku sebagai botol susunya..alhamdulilah...tompok dapat terimanya perlahan-lahan..aku juga membelikan makanan kucing padanya..memandangkan dia masih kecil dan tidak pandai lagi untuk mengunyah,aku bersama adikku brusaha menghancurkan dan menyuapkan ke mulut Tompok. aku telah memisahkan TOMPOK dari ibunya,jadi akulah perlu bertanggungjawab padanya..Tompok tidur bersama ku..kaami menjadi begitu rapat..dia menggagap aku seperti ibunya..baru2 ini dia jatuh sakit..aku berusaha sedaya upaya u sembuhkan dia dan alhamdulilah,dgn izin Allah dan bantuan keluarga,Tompok sembuh.aku sangat2 sayang padanya..tompok kini semakin besar. 2 bulan telah melabuhkan tirainya..aku terpaksa kembali ke u..ini bermakna aku terpaksa meninggalkan dia lagi..aku terpaksa walau hatiku berat..pada hari aku ingin tinggalkan dia,Tompok seakan mengerti bahawa aku akan tinggalkan dia..dia hy diam melihat aku mengemaskan beg..selalunya waktu dia akan lincah bermain..aku memerhatikannya..ku lihat matanya berkaca aku rasakan pandangannya benar2 berbeza..aku terasa sebak dan menitiskan air mata..tiba waktu untuk aku bertolak,Tompok menghilangkan diri..aku panggil namun tidak muncul2...aku sebak..Tompok seolah2 merajuk dgnku..aku pergi tanpa menatap wajah comel Tompok...

Jumaat, 7 Mei 2010

Nombor 5


SIMBOL kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelektual yang tinggi. Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan. Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.

6 JENIS WANITA MALANG


"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan
yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang
Syadaqah."

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit
atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering
menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang
dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu
menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk
membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan
menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali
sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

rahsia keistimewaan wanita







1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau
dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan
ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

bulan islam ku



Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang
bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan
tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang
menemui kegagalan juga.

mei yang bermakna


* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

Khamis, 6 Mei 2010

epilog seorang insan yang tidak berdosa

tidak sabar rasanya untuk aku keluar dari rahim ibuku...sudah 9 bulan 10 hari aku terkurung di sini...ingin sekali aku menatap ciptaan Penciptaku, ibuku,dan sekeliannya...tentu ibu,ayah,atuk,nenek dan keluarga tidak sabar menanti kelahiran aku ke dunia...
saat yang aku tunggu telah tiba..aku ketakutan tiba-tiba.aku menangis memanggil ibuku..aku dibawa kesatu tempat.aku didukung oleh seseorang yang aku rasakan cukup asing sekali.mungkinkah dia akn membawa aku kepada ibu? aku rasakan sedikit lega..namun,mengapa aku tidak dibersihkan? mengapa aku hanya dibalut dengan kain sahaja?..aku menangis lagi memanggil ibuku.."ibu, mana ibu?saya lapar bu.."

tiba-tiba aku bertukar tangan kepada seorang lelaki.."adakah dia bapaku? yang akan mengazankan aku?" aku bingung dengan situasi itu..aku yang tidak mengerti apa-apa terus menangis memangil-manggil ibuku..namun,tangisan aku seolah-olah tiada maknanya kepada telinga-telinga itu..
aku dibawa oleh lelaki itu..ku lihat keadaan sekeliling gelap-gelita.."kemana aku ingin dibawa?" adakah aku akan dibawa pulang?"adakah aku akan dibawa kepada ibu?."

aku menangis hingga kepenatan..ternyata,sangkaan aku meleset...tiada wajah ibu,dan keluarga menyambut gembira kepulangan aku..hanya tong sampah yang menantiku...aku diletakkan disitu...lelaki itu berlalu meninggalkan aku..aku merayu supaya dia tidak meninggalkan aku disitu.aku ketakutan.aku menangis semahunya..

"ibu,aku lapar bu,.aku takut bu..tolong aku...aku sejuk disini bu...sakit ibu...serangga-serangga ini menggigit-gigit tubuh kecilku bu...aku tidak berdaya..."

"dalam kelaparn,aku ingin merasa walau setitik susumu ibu,dalam kesejukan ini aku ingin berada dalam dakapanmu ibu.Ibu,teganya ibu membiarkan aku kesakitan disini sendiri, mengapa bu?mengapa? aku tidak pernah meminta untuk wujud di muka bumi ini..tidak sesekali aku ingin andai aku tahu nasibku akan seperti ini..

tangisan aku semakin perlahan..aku semakin penat..aku sejuk,tubuhku sakit...tapi kesakitan ini tiada bandingnya jika dibandingkan dengan sakit dibuang sebegini..aku sudah mengerti siapa aku..nampaknya kehadiran aku telah membawa aib kepada mu ibu..maafkan aku ibu..air mataku sudah kekeringan,tenagaku sudah tiada...harapan aku semakin kosong...YaAllah,segeralah cabut nyawaku.aku sudah tidak sanggup menghadapi semua ini..aku ingin segera berada di sisi-Mu...malam semakin dingin...aku memejamkan mata..

terima kasih ibu kerana melahirkan aku walaupun aku tidak tahu siapa dirimu..kita bertemu disana ya ibu....






.....selamat hari ibu.....

tinta kasih buat umi...





(SEMPENA HARI IBU)....

umi,
salam rinsa kasih dari anakmu,
aku ingin dikau tahu,
betapa aku menyayangi dirimu...

umi,
selama 9 bulan dan 10 hari,
dikau tidak pernah jemu
membawa daku kesana kemari,
tanpa penah memikirkan keletihan,
yang melanda dirimu..

umi,
masih terngiang di telingaku,
sewaktu aku masih dalam rahim mu,
kau alunkan ayat suci Al-Qura'an,
setiap detik,
setiap waktu solatmu,
supaya aku menjadi anak,
yang berguna untukmu,
jua agama suci..

umi,
saat aku menjengah dunia,
kau jua abah,
tidak pernah jemu.
menitipkan kasih-sayang untukku,
aku diajar supaya menjadi,
insan beriman dan berilmu..

umi,
aku tahu
air matamu telah banyak gugur,
kerana perbuatan anak-anakmu,
yang telah mengguris,
hati muliamu..

umi,
ampunkan daku,
segala keterlanjuranku,
betapa aku amat-amat,
menyayangi umi dan abah,
betapa aku ingin berbakti kepada kalian,
sebelum akhir nadi...

ya ALLAH,
hanya kepadaMu hamba bermohon,
panjangkanlah umurku,
supaya aku sempat berbakti,
pada mereka...


anakandamu,
... fatihah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...