بسم الله الرحمن الرحيم.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

C cantik & C hensem ^__^

kata- kata aluan dari pemilik syarikat

*TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENJENGAH KE PAGES YG X SEBERAPA INI...
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V

Khamis, 9 Jun 2011

perjalanan ilmu

salam..
hurm..hari ni, idea banyak,..tadi mood sentimental...tp, malas nak layan sangat....meleret2 lak jadinya...ermmm..td, masa ngah upload gambar ke blog, tetiba tenampak logo sekolah aku..so, tiba2 dtg idea nak wat entry pasal tempat aku menimba ilmu sedari kecil hingga sekarang...

*rumah*

-yakni parents n my granny n my late grandfather..sedari kecil, banyak yang telah mereka ajarkan kepada aku..ibu bapa adalah guru pertama kepada kita..dan hasilnya boleh dilihat sekarang..alhamdulilah..bukan niat nak berlagak, tapi, aku bangga dengan didikan parent's aku..sejak kecil rotan tu adalah perkara biasa..tapi, bagi part yang xelok tu, aku tak pernah salahkan parents aku sbb semuanya salah aku sendiri...^__^


*tadika*- 1995
bila dah pandai bercakap,membaca cket2,umi hantar aku ke tadika..seingat aku dalam adik beradik aku yg 8 orang tu, hanya aku yang bertadika di tadika pasti. (pusat asuhan taman islam) bukan parent's aku xnak hantar ke tadika yg sama ngn sibling's aku yg lain,tp, masa tu, pendaftaran dah tutup..so,nak tak nak, aku kene didaftarkan kat situ..kebetulan pulak, mak sepupu aku jadi cikgu kat situ..tadika aku berlokasi bersebelahan rumah anak yatim (sebenarnya tumpang dewan diorang), aku seronok belajar kat c2...terimbau zaman kanak2 yg ceria,,,




*sekolah rendah[ darjah 1-6]{1996-2001}
disini bermula segalanya..aku dihantar bersekolah di SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG (2)..ini satu lagi kisah, aku sepatutnya didaftarkan ke jiran SKM2 iaitu SKM1, tapi, atas sebab dah penuh ,akhirnya, aku didaftarkan ke sini..sekolah yang amat aku sayangi hingga sekarang...^__^
kat sini, aku semakin mengenal dunia..mengenal erti persahabatan, cinta monyet..heheh...cikgu rashidah, arwah cikgu zunaidah yg banyak mengajarkan aku puisi, cikgu salbani, cikgu khairul,sir amin,teacher rahmah, cikgu tengku yang nasih setia menabur bakti di SKM2 yg tersayang.. aku dilantik jadi pengawas sejak darjah 2 lagi..
masa tahun 2001, sekolah aku berpindah ke bangunan baru, so, sempat lah merasa bangunan baru dan batch aku lah batch yang 'rasmi' bangunan tu, ingat lagi kenangan bersama rakan2 sepersekolahan..bergurau bersama, bergotong-royong, belajar bersama...so sweet moment's..sesungguhnya, banyak kenangan indah kat sini yg xbisa aku lupakan...




*sekolah menengah{2002-2006}
wah, sudah remaja aku..hehe..aku mula menginjakkan kaki ke sekolah persekolahan menengah di usia 13 tahun..tempat keramat aku ialah SEKOLAH MENENAGAH KEBANGSAAN MACHANG..Aku dihantar ke sini sebab sekolah ni memang dekat dgn rumah aku..jalan kaki dalam 3 minit sampailah..aku mengenal alam dewasa disini...dapat rakan2 baru, aku ni jenis yang tak kekok dan mudah berkawan, sbb tu la aku dapat ramai kawan.hehe..

kat sini, aku puji guru2 nya yg sangat komited..berjaya melahirkan pelajar2 cerdas...banyak anugerah berjaya dirangkul..aku bangga bersekolah disini..cikgu2 yg baik dan berkomitmen tinggi..masa ni la, aku selalu jadi bahan ejekan..biasala, budak2..selalu gaduh. menangis tu perkara biasa sbb dah tak tahan sangat,,huhu...bila ingat2 balik, teruk gak aku kene buli psikologi dulu...huhu...

*menegah atas{form 6- 2007&2008}
actully aku sambung kat SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MACHANG gak untuk peringkat pra-U..yela,result SPM xberape cantek, so, aku nak sambung belajar ag, supaya berjaya ke menara gading..tahun ni juga aku dilantik jadi pengawas pusat sumber sekolah.selaku setiausaha..alhamdulilah...2 tahun yg cukup indah..akan ku kenag sepanjang zaman..cikgu da, cikgu ti, cikgu wan, cikgu kamaruzi, cikgu rameli,cikgu yuss, cikgu azman,cikgu zah,teacher hamiezon, i love u oll..^__^. xsabar rasanya nk mengjenguk cikgu2 sekalian..u o'll are the best teacher in the world..

2 tahun ini amat indah aku rasakan..disni juga aku kenal siapa kawan dan siapa lawan yg sebenarnya.thanks cik ja n cik da.for being my best friend's until now.... alhamdulilah..xsia2 aku naik tingkatan 6, aku berjaya menebus kekecewaan dengan mendapat pointer 3.33 dalam exam STPM sekali gus melayakkan aku untuk masuk ke U. paling membanggakan, kelas kesayangan aku iaitu 6A2, kesemua 28 orang dari kami berjaya melanjutkan pelajaran..alhamdulilah..luv korang sume...^_^




*universiti{ 2009- sekarang}
alhamdulilah..akhirnya, aku sampai jua ke peringkat ini setelah melalui berbagai peringkat dan halangan...akhirnya aku dapat tawaran belajar di UNIVERSITI UTARA MALAYSIA berlokasi di KEDAH.


dalam jurusan IJAZAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DENGAN KEPUJIAN..kali pertama menjejakkan kaki ke sni amat tidak kusangka2..aku bersyukur sangat..orang paling hepi mestilah parent's aku..terutamanya abah aku..walaupun dia tak tunjuk kegembiraannya, tapi aku tahu,dialah orang paling gembira sbb dia memang berharap aku masuk ke universiti..
kat sini, banyak pengalaman baru yang akubelajar untuk memperiapkan diri dalam menempuh alam pekerjaan kelak.

kat kolej aku,yg dinamakan PETRONAS, aku adalah antara orang yg aktif jugalah..aku join juga projek2 yg diadakan di sini,dapat tambah pengalaman dan kenalan baru..kat sini, aku ramai sgt kawan..maklumlah, 'mesra alam"..harapan aku kat sini, semoga aku dapat menghabiskan pengajian aku dengan pointer yg bagus dan aku dapat mengenggam segulung ijazah yg diidamkan orang tua ku...insyaALLAH....

Nextt?????
hehe..tak tahu lagi...

itulah serba sedikit perkogsian perjalanan hidup aku dari seorang budak kepada pelajar universiti...hope u'll enjoy..thanks sudi membaca..^__^

k
setakat ni dulu..
sincerly...
***fatihatulzahra***

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...