بسم الله الرحمن الرحيم.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

C cantik & C hensem ^__^

kata- kata aluan dari pemilik syarikat

*TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENJENGAH KE PAGES YG X SEBERAPA INI...
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V

Terdapat ralat dalam alat ini

Isnin, 27 Ogos 2012

bergaduh?? berjodoh??

assalamualaikum.....

ehem2..lama x mengupdate...tapi, belum terlambat kan nak ucap selamat hari raya ukt semua...sape yg berpuasa 6 tu, selamat berpuasa diucapkan..

okey.today the topic is about....

orang2 tua selalu kata, jangan suka bergaduh2,kelak akan bersayang2..wahhh..gitu laa pulakk...betul ker? ader releven tak?? ader org leh buktikan tak?? sebenarnya, Cik Teah bukan tak nak percaya kata2 ituw...tapi, the hakikatnya is........perkara ini susah sebenarnya nak diperdebatkan..iyelah kan..memanglah, selalunya dalam drama2,muvie2, dll lagi, kebanyakan jalan citernyer, mula2 gaduh,bertumbuk,pas tu jatuh cinta la, rindu-rinduan lahh...kan?? but, cuba kita fikir2 balik,kenapakah orang2 dulu memperkenalkan 'peribahasa' ini..*actully,peribahsa ker nie? bolehlah...

ni sume opinion cik teah jelah..jgn nanti ader nak marah2 pulak...

maybe, reason orang dulu2 cakap sedemikian sbb bosan dgr orang muda masa tu duk bertekak,bergaduh or etc, so,nak suh depa diam, they all said la like that kan? maybe laa..hihihi...

utk masa sekarang ni, mungkin utk sesetengah kes, ianya mungkin terjadi..

berikut adalah bagaimana nak tahu cara lelaki pikat perempuan..dan cik teah nak fokuskan number 4



1. Kaum lelaki lazimnya cuba memikat wanita dengan melakukan aksi-aksi tertentu. Antaranya adalah dengan melontarkan satu renungan tajam kepada seorang wanita yang diminatinya. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya memberitahu secara tersirat bahawa dia begitu berminat dengan wanita itu dan berhasrat supaya mendapat respon atau reaksi positif daripadanya. Renungan juga berbeza-beza. Jika teman sepejabat, kadang-kala si wanita menjadi rimas dan tidak selesa kerana asyik diperhatikan tetapi apabila bersua bertentangan mata, si lelaki buat tidak endah sahaja. Mereka sering mencuri pandang dan mermehatikan setiap gerak-geri wanita yang diidamkan.

2. Tidak kurang juga lelaki yang menunjukkan sikap pemurah sebagai cara hendak memikat wanita.Mereka berbudi dengan memberikan hadiah, belanja makan, mengajak untuk bersiar-siar dengan menaiki kenderaannya dengan hasrat dapat memancing wanita itu. Namun,berwaspadalah kaum wanita kerana tidak semua lelaki bersikap ikhlas dan jujur.

3. Ada juga sesetengahnya memikat melalui orang lain. Contohnya, lelaki itu mendampingi ahli keluarga seperti ibu, adik, kakak, mahupun bapa wanita itu. Mereka akan berbuat baik, selalu menjenguk, bertanya khabar dan menghantar cenderahati semata-mata ingin memikat hati ahli keluarganya. Jika mereka semua sudah berkenan dengan si lelaki tadi, mudahlah dia meneruskan taktik memikat wanita tersebut. Hal ini kerana wanita tidak akan banyak kerenah jika keluarga sudah berkenan kerana bagi wanita, ia sudah memadai.

4. Lelaki yang tinggi egonya ada kalanya memikat dengan cara mengutuk wanita yang disukai. Wanita jangan terperanjat jika terjumpa lelaki begini. Mereka suka menyakitkan hati wanita itu kadang-kala sehingga menitiskan air mata. Bukan mereka tidak berani, tetapi mereka belum bersedia untuk menyatakannya. Sekurang-kurangnya dengan menyakat wanita idaman, membolehkan dirinya sentiasa hampir dengan wanita walaupun dengan cara yang tidak disenangi.

5. Selain itu,terdapat juga sesetengah lelaki yang berlagak macho dengan mempamerkan susuk badan yang gagah dengan harapan ada gadis yang akan terpikat atau tertarik padanya. Apabila lelaki berkesempatan untuk berkomunikasi dengan wanita yang diminatinya, dia akan menceritakan berkenaan kebaikan dirinya, kejayaan hidupnya dan lain-lain gambaran positif berkenaan diri dan kehidupannya. Ini tiada lain selain bertujuan untuk memberitahu wanita itu bahawa dia adalah seorang yang baik hati, berwawasan dan berjaya dalam hidup. Tetapi awas lelaki, jangan terlalu berlebih-lebihan atau membangga diri.

6.Bagi lelaki yang aktif atau dikategorikan sebagai yang sukakan cabaran, cara mereka agak berlainan.Mereka suka jika membawa si wanita melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti mendaki gunung, memanjat, berkayak, berkhemah, berbasikal, memancing dan banyak lagi. Ia semata-mata untuk melihat sama ada si wanita sesuai atau tidak dengan cita rasanya.






so, according pendapat di atas, ni just kajian jer..jgn duk caye sangat...kesimpulannya, cik teah xleh nak kata apa gak, sbb bende macam ni dalam hati perut sesorang...kita xleh nak tahu melainkan orang itu sendiri..right?? hehehe..yela,maybe dah itu hobi@pekerjaan die utk mengutuk mengata ni....so,kalau sape2 terlibat dlm situasi ni, nasihat cik teah, sabo jela yer....hihihi..nanti,die penat tu, die berhentilah...lg 1,positif...jgn ingat die suker gaduh ngn kite sbb die suka kat kite...nanti xpasal2 gila bayang sorang2...hahahhaha

sekian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...