بسم الله الرحمن الرحيم.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

C cantik & C hensem ^__^

kata- kata aluan dari pemilik syarikat

*TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENJENGAH KE PAGES YG X SEBERAPA INI...
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V

Jumaat, 29 Jun 2012

untuk ko...

assalamualaikum....

actully, this is a special entry today..
i would like to dedicate it to someone who always be with me,
i don't want to tell her name, but if she's reading it, i think she know it :)

firstly:

let me guest...
 mesti ko jwb E kan..macam laa aku xkenal ko...hahaha

oke, xkisahlah ape je perasaan ko..baca sampai abih! hik3




ok,aku dah penat nk edit2, so,aku taip mcm biasa jelah k..buat syakirah,aku sayang kat ko...walaupun kau nak muntah ke ape...aku xkisah...janji aku dpt luahkan apa yg aku rasa...terima kasih sbb sepanjang 3 tahun kita kan sini,ko sedia bersama dgn aku walau apa jua keadaan sekalipun...walaupun kite gaduh,tapi,bende tu sume menyebabkan kite kenal antara satu sama lain...

aku jugak nk mintak maaf kalu sepanjang kita bersama juga,aku banyak sakitkan hati ko...tergurau kasar ke,ape ke,tapi sape suh ngata aku dulu..kan ko jugak kene balik...hahaha...kau taw x,budak2 tu cakap kite kembar...yelah kan,ke hulu ke hilir asyik dgn ko je..tak tahu lah ko nk gaduh ngn sape lagi kalau aku dh xde nanti...kan? hanya aku yg boleh lawan ko dan hanya ko yg leh lawan aku balik...

banyak kan kenangan kita bersama kat sini...sebenarnya,aku ada wat video utk kau..tp,ada masalah sikit...so, sbg gantinya,aku buat entry ni utk ko...aku harap ko kotakan janji tu..kata nk cari someone bile kami sume p hantar report...walau dgn siap pun,aku doakan kau bahagia sahabat..semoga ukhwah kita xkan berhenti kat sini saja..harap2 jadilah family ko nk pindah ke kelantan lepas mak ko pencen...jd,dekatlah kite kan? boleh gaduh2 lagi...

okeylah, setakat ni dulu kot...aku pun x habis kemas brg lagi..takut abah aku dtg lak...ko jaga diri bek2...


Ahad, 24 Jun 2012

ENGLAND VS ITALIA



Apa kesudahannya? sama2 kitan nantikan..wah, berdebar jugak tunggu keputusan malam ni..CTeah penyokong England..tapi, Itali pun xleh dipandang remeh sbb pernah menjurai euro...apa pun ,kita tunggu sahaja...bola tu bulat,apa2 pun leh jadi kan? mana nk taw Egland menang euro 2012,al maklumlah,FANTASTIC KAPTEN yg mengetuai pasukan...hehe

update: kesebelasan utama 3 lions..andy caroll mungkin dimasukkan di separuh masa ke-2..we wait n see..




credit picture to : facebook England football Team

Sabtu, 23 Jun 2012

sbb warna urine berubah

Assalamualaikum (w.b.t)

semalam dalam sejarah.. tetiba urine berwarna oren..takut gak,kut2 terkena penyakit ke,ape ke,terus google laa,ape lagi,,then, akhirnya persoalan terjawab..



KUNING PUCAT - warna urin normal


KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex


KUNING GELAP – dehidrasi atau akibat pengambilan vitamin B complex


KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati


OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax


KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)


KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan


KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome




kekadang kite memandang remeh dan malu dalam soal nie...sume tu kite kene ketepikan semntara..utk kesihatan kite..kene byk bertanya..kalau malu jugak,search je kat intenet,skrg kan teknologi canggih..doktor dijhujung jari..tp,utk lebih kepastian,pergi jumpa pakar..


utk masalah CTeah pulak, pertukaran warna urine tu disebabkan kekurangan air dalam tubuh...yeapp, diakui sbb smlm kebetulan,bekalan air CTeah abis then, CTeah xdpt nk menelan air sgt gara2 sakit tekak akibt tulang ikan..alhamdulilah,skrg back to normal.. 

kepada semua,jaga kesihatan bebaik..minum air byk2,almaklumlah,cuaca xmenentu sekrg kan? lagipun,air mmg bagus utk kesihatan kite kan??

apapun,minta diri dulu...assalamualaikum..

Khamis, 21 Jun 2012

seksanya tercekik tulang

Assalamualaikum w.b.t

apa khabar semua? hope sumenya sihat alhamdulilah....insyaALLAH,jgn jadi macam CTeah sudahlah..kenape? sbb, hari ni free2 tercekik tulang ikan..mestilah tulang ikan, kalu tulang ayam ke,tulang lembu,dah arwah laaa...nak tahu tulang ikan apa? ikan cencaru laa...
tapi,mungkin salah satu 'peringatan' dari ALLAH sbb hari ni sepatutnya CTeah puasa..dah niat puasa sunat dah smlm..alih2..xjadik...skrg,tanggunglah akibatnya.....

seksanya..nak menelan air liur pun susah...sakit..nk bercakap pun,kene 'lemah-lembut',kalau x,sakit seyh..nak gelak,apatah lagi...... td telefon umi, umi bagi petua, kepal nasik bulat2,pas tu selawat n telan mcm tu je..anyway,petua  ni mmg dh taw, tapi nak buat td, nasik dh xde..biaselah,hidup kat perantauan ni..so,nak x nak,kene tunggu malam..dah try jolok tekak,tapi....huhhhhhhh......terseksa jiwa...cuba beberapa petua tadi, setakat ni xmenunjukkan hasil,maybe tulang besar kot...sabar..

kalau tulang ni tak nak keluar jugak before 30hb ni,nampak gayanya terpaksa tarik diri pegi baksis..kene balik jumpa bomoh tulang..

Rabu, 20 Jun 2012

KERNA TAKDIR ITU

Assalamualaikum (w.b.t)

menghampiri ke detik2 terakhir CTeah akan melepaskan title mahasiswi UUM, terimbau kembali detik2 pertama menjejakkan kaki ke sini.. mungkin inilah dikatakan sebagai takdir ALLAH, tapi tak dapat dinafikan, abah adalah sebahgian daripada takdir itu.. semua ini kerana, kerana Abah lah,CTeah berada di UUM..cerita bermula apabila selepas CTeah tamat tingkatan 6 dan mendapat keputusan yang alhamdulilah, CTeah sebenarnya berniat nak kerja..tak mahu dah terlibat dengan buku, pen dsb..

umi lebih suka kalau CTeah kerja, n umu suh mintak SPA dan seolah2 diberi green light, CTeah mahu..namun, apakan daya, abah sgt2 berharap ada anaknya yg memasuki universiti..dalam berat hati, CTeah memohon dan alhamdulilah...akhirnya dapt masuk ke UUM..CTeah masih ingat lagi, CTeah dgn umi pernah 'perang mulut' gara2 CTeah merungut tentang hal ini..pernah kekadang tu seolah2 'salahkan' abah. tapi masa tu biasalah,tak matang berfikir dan bertindak lagi...so, skrg dah faham...^__^

pejam celik,pejam celik dah 3 tahun dah CTeah melewati pengajian..dan insyaALLAH...28 Jun ini,tamatlah gelaran itu..insyaALLAH...hope sumneya berjalan lancar dan abah dan umi akan berbangga di saat CTeah melangkah naik ke pentas konvo..insyaALLAH...

TERIMA KASIH BANYAK2 ABAH DAN UMI..

Selasa, 19 Jun 2012

cik api,cik tanah,cik air ^^

assalamualaikum (w.b.t)

pernah dengar tak kata2 ini?

sahabat bukan macam papan skate, belum main gilap, dah main pijak….
sahabat juga bukan macam bola sepak, belum dapat kejar ,dah dapat tendang…
sahabat bukan seperti bulu tangkis, belum main pegang, dah main pukul….
tapi sahabat umpama bola ragbi, belum dapat rebut, dah dapat lindungi…
sahabat macam jari, lukanya sembuh sendiri, tapi hilangnya tiada ganti…



yup, sahabat,kawan,teman,kawan karib, ia hampir sama, nmun maksud nya berbeza-beza..
mengikut kefahaman CTeah, seorang sahabat itu tidak seharusnya di cari hanya ketika kita berada dalam kesusahan sahaja..bila kite dah dalam keadaan ok,hepi, senang, sahabat itu ditinggalkan..okey, ini lebih kepada definisi kawan...kalau sahabat,insyaALLAH tak akan buat macam ni...susah,senang,suka,duka dikongsi bersama..

bukan semua yang mendapat 'anugerah' ini...anugerah yang dimaksudkan ialah kasih sayang dan ukhwah dalam persahabatan yang sejati itu...CTeah mendapat anugerah itu melalui beliau-beliau ini...


terima kasih kalian...paling menarik tentang 'kasih-sayang' kami bertiga ialah, CTeah lebih bersifat api,Cja pula bersifat tanah dan Cda lebih bersifat air..*jangan marah eikh korang..tapi mmg betul pun kan?? hehe..kami saling melengkapi antara satu sama lain..memandangkan CTeah ni jenis 'panas' sikit, kekadang Cik air tu yang akan 'siram' airnya..dgn cara lembut..Cik tanah tu pulak, sebelum dia pujuk ke apa, dia suka 'nganyim' dulu..haha..tapi yang selalu kene dgn Cik api nie pulak, Cik tanah tu laa...*yang konon manje..tapi gedik! ^___^

masing2 dah jadi anak dara orang dah, ada tujuan dan cita2 masing2..jadi masa utk kami bersama agak terhad..iyelah...even CTeah dah nak habis, kene praktikal 4 bulan dulu...Cda masih dalam pengajian,dan Cja pulak kunun2 nk g keje...xtaw bile kami boleh kumpul sama2 lagi....

gaduh? sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula dalam persahabatan...tipulah kami xpenah salah faham..walaupun berjauhan,'gaduh2' manja tu tetap ada lah..hahaha..selalunya pemulanya,cuba teka sape?? hehehe...sape Cik api td? hak3...dan selalu jadi mangsa Cik tanah laa...n jadi orang tgh ialah Cik air laa..hehe

dan part paling ditunggu ialah bila kami akan kawin...hehehe...*xpe ok nak pikir ke arah tu,masing2 ke arah tua,bukan ke arah muda..bukan gatai..hahaha..entah sape lah antara kami akan jadi bini orang dulu...hehehe....yang pasti, kami akan gilir jadi pengapit...hehe*wahh,jauh merancang..ekekek

nota kaki : kepada cik air dan cik tanah, semuga persahabatan kita akan kekal selamnya...mcm2 dah kite lalui..persahabatan kita menghampiri 10 tahun dah...terima kasih sbb bersabar dgn 'perangai' aku...tapi, selalunya aku kan selalu jadi penghidup suasana...kan3?? hak3...okey,luv u oll's..


Sabtu, 16 Jun 2012

my..my..my

assalamualaikum (w.b.t)

hype semuanya! apa khabar? hopefully sihat2 hendaknya....
wah,agak lama gak x berentry....hurm,biasalah kan, nak jadi blogger yg berjaya kene konsisten. sedangkan CT join blog just suka2 sahaja...^___^

so, memandangkan hari ni adalah hari bapa,so CT nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada bapa2 sedunia...especially to my lurve abah...well,setiap hari itu merupakan hari bapa,so,x perlukan hari utk menghargai parents kite..^__^

xberape lama lagi CT akan menamatkan pengajian dalam IJAZAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA  di UUM nie,insyaALLAH...doakan segalanya berjalan lancar...
tarikh akhir utk exam final yg sefinal-finalnya ialah 28/6/2012..tarikh keramat kerana itulah exam terakhir yg akan CT tempuh sepanjang 3 tahun bergelar mahasiswi..2 paper 1 hari pulak tue.terbaik! hahaha...selepas tu pulak CT akan mneruskan sesi praktikal di Majlis Daerah Machang selama lebih kurang 4 bulan gitu bermula 9/7/2012....insyaALLAH...apa yg penting sekarang report tu...kasi lulus maaa...hehe

tapi, before that, CT akan pusing2 separuh Malaysia lebih kurang 5 hari mcm tu laaa..kununya BAKSIS, tapo,BAKSIS laaa sangat....ni pown terpaksa pergi...terpaksa dalam rela la katakan..CT mungkin akan ikut jelajah konvoi kereta bermula dari Perak---->Selangor----> Negeri Sembilan----> Melaka..insyaALLAH..

hope segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan ALLAH s.w.t.okeylah,setakat ni dulu perkongsian CT..jumpa lagu.wasalam...^__^

mood :: menanti seseorang..

Jumaat, 8 Jun 2012

ALHAMDULILAH...

ASSALAMUALAIKUM...

Setinggi - tinggi kesyukuran dipanjatkan pd ALLAH s.w.t kerana dengan limpah dan izin-Nya, peserta dari negeri kelahiran Cik Teah iaiatu Kelantan Darul Naim telah memenangi dan menjadi johan tilawah AL-Quran kali ke -55..paling menarik, peserta tersebut berasal dari tempat kelahiran cik teah iaiatu Machang...alhamdulilah...beliau ialah Ustaz Anuar Razali yg merupakan Guru J-Qaf dan lepasan Kuliah Al-Qur'an Universiti Islam Madinah dan Maahad Tahfiz Qira'at Pulai Chondong..

teringin nak zaujah sebegini..insyaALLAH...

kita lihat keputusan penuhnya




keputusan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55, Pusat 

Konvensyen Persada Johor.

KATEGORI QARI:

JOHAN : MUHD ANWAR RAZALI -93.66% (KELANTAN)

NAIB JOHAN : ZUL HASYIMI MOHD YUNOS-87.99% (PAHANG)

KETIGA : MUHD RAFFE GHALIL ABBAS-86.68% (SABAH)
KATEGORI QARIAH:

JOHAN : HJH CHE AMINAH CHE AWANG-84.33%(WILAYAH PERSEKUTUAN)

NAIB JOHAN : NURFATIN IZZATI RABLIN- 79% (SABAH)

KETIGA : MARZIAH MUHD DELI- 78.67% (KEDAH)

Johan keseluruhan: Pahang (Purata-83.1%)

Rabu, 6 Jun 2012

27 mei 2012

assalamualaikum...

27 Mei 2012

tahun ke -23 utk hari lahir cik teah...
 HEPI BDAY TO ME.!!.:)


encik JAMALUDIN mmg sweet :)

assalamualaikum...

according to my title...
encik jamaludin is my luv abah..

mcm entry dulu2, cik teah penah bagitau bahawa abah cik teah ni jenis xtunjuk yg dia sayang..
hehe...apa yg membuatkan cik teah ckp die sweet ialah.....sebenarnya,byk bende sweet yg abah wat,cuma kali ni cik teah ase super duper sweet...huhu
the story begain bile,abah akan dtg ke kedah sbb  ikut rombongan kawan die hantar menantu.so, katanya abah nk singgah amik brg..padahal rindu kat cik teah lettew...hihihi...itu pun umi beritahu...
okey,nk dijadikan citer la kan,,mcm selalulah...

cik teah : umi,nanti kirim sambal ikan bilis kat abah eikh...
umi       : abah dah beli siap2 dah ikan bilis..tunggu masak jer..die dah taw dh anak die suka..
cik teah : ^____^ hehe

okey..situasi kedua,masa abah dtg kat tempat cik teah, dah siap letak brg kat bonet kete,abah pun tanya,.
abah : ada duit x? (padahal mmg nk bg pown..hehe)
cik teah: ade..

abah pun hulurlah RM** kat cik teah..then,lepas salam ape sume ngn beliau n adik cium tgn aku,beliau2 itu beansur pergi..
then,xlama kemudian abah coll,
abah : cukup x duit tadi?
cik teah : erkk..cukup2...

haha..abah selalunya payah nk bercakap tepon ngn anak2..walaupun die mcm tu,tp cik teah tahu,die syg kat anak2 die...syg abah jugak...^__^



p/s: utk seseorang yg dah hari2 ditunjukkan kash syg oleh bapanya akan menganggap entry ini adalah biasa...tapi,utk seseorang yg mcm cik teah,yg memiliki seorang abah yg tunjukkan syg die dgn cara lain,ia adalah sesuatu yg cukup manis :)


Jumaat, 1 Jun 2012

WTC??

ASSALAMUALAIKUM semuanya!

hyep! lama x mengupdAte...hehe..
rindu x kat cik teah?? hehe

ok...WTC?? apa bende tu? makanan? binatang? serangga??
actully, baru dpt idea td...
WTC tu,akronim untuk :-

W - what
T- the
C- craziest

ahaaa...kenapakah?? what the story behind it??

ok,citernye macam ni, skrg kan tgh exam week,
exam CT starting 3hb ni iaitu hari ahad..so,yg menjadikan ia what the creziest skrg adalah....

skrg CT tengah mengilai  menggila mengdownload citer Alisa...hahahk..mmg giler kan? citer tu dah lah kurun ke berapa lg dah abis,tp tetiba dalam week exam jugak laaa kegilaan itu mendatang...sumenyer gara2 CT suka chemistry Alyssa Soebandono n Christian Sugiono..hehehe..actully,CT ialah ASL ( alyssa soebandono Lovers) hehe..jgn marah naaa...
tp,kalian2 jgn lah salah faham...kegilaan ini dilakukan sambil study...alang2 dok study tu,leh jugak tunggu citer tu didownload...kiranya sambil menyelam minum air...hehehe..xpe kan?? lgpun,line tgh laju skrg..so,ape lagi...kikikih..

christian sugiono..
hensem kan?? :)

alyssa tipu...
keh3...nk jugak...
next!
ni baru trully ALyssa soebandono...she's really beauty right..
lagi2 ble brtudung :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...