بسم الله الرحمن الرحيم.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

C cantik & C hensem ^__^

kata- kata aluan dari pemilik syarikat

*TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENJENGAH KE PAGES YG X SEBERAPA INI...
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V

Selasa, 25 Oktober 2011

rahsia disebalik simbol bulan dan bintang


credit to : 
http://apanamadotcom.wordpress.com

Pendahuluan
Bagaimana umat Islam sebenarnya disihir? Pernahkah anda semua melihat lambang bulan sabit dan bintang di sekeliling? Dari mana lambang itu berasal? Dan mengapakah lambang itu dipilih? Siapakah yang memilih lambang itu? Adakah Rasullulah S.A.W dan sahabat menggunakan lambang tersebut untuk agama Islam? Adakah ada disebutkan di dalam mana hadis atau ayat Al-Quran supaya menggunakan lambang tersebut sebagai lambang agama Islam yang suci ini? Ohhh, semestinya TIDAK!
Pada zaman Rasullulah dan Khulafa Ar-Rasyidin (632-661 Masihi) tidak pernah ada lambang untuk agama IslamAl-Quran juga tiada menyebutkan hal tersebut. Rasullulah hanya menggunakan panji-panji perang yang sangat sederhana dan hanya satu warna sahaja samada putih, hijau atau hitam.Tiada lambang bulan dan bintang seperti di kebanyakan negara Islam sekarang. Kegemilangan kerajaan Islam Uthmaniah. Penaklukan Kota Istanbul (Kota Islam)
Kegemilangan kerajaan Islam Uthmaniyyah
Sebenarnya simbol ini telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad II ke dalam benderaKerajaan Uthmaniyyah setelah penaklukan Kota Istanbul (Constantinople) pada 1453 Masihi. Lambang Bulan dan Bintang itu adalah lambang bagi Kota Constantinople (Istanbul) yang sebelum itu berada di bawah kekuasaan Empayar Rom sejak sekian lama. Ekoran daripada keluasan wilayahnya yang luas merangkumi tiga benua dengan kepelbagaian peradaban yang ada di dalamnya. maka simbol bulan sabitdigunakan sebagai METOPHORA untuk melambangkan posisi tiga benua itu.Sebelah hujung yang satu menunjukkan Benua Asia yang ada di Timur,hujung lainnya mewakili Benua Afrika yang ada di bahagian lain dan di tengahnya adalah Benua Eropah. Manakala lambang bintang menunjukkanposisi ibu kota yang kemudian diberi nama Istanbul yang bermakna: Kota Islam.
Dewi Artemis merupakan simbol bulan sabit bagi kaum Nasrani
Sebelum dikenali dengan nama Constantinople, kota tersebut terlebih dahulu dikenali sebagai Byzantium. Byzantium diambil sempena nama Raja Byzas (663 SM) dan dijadikan ibu negara untuk Empayar Byzantine sebelum empayar tersebut tewas kepada kerajaan Uthmaniyyah pada 1453 Masihi. Bulan sabit telah dijadikan simbol kota tersebut untuk didedikasikan kepada Dewi Artemis (Hunt God). Sabda Rasullulah S.A.W :
“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamuberpegang teguh dan mengikuti kedua-duanyanescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran danSunnahku.”
Asal-usul simbol bulan sabit dan bintang
Jadi dari manakah asalnya penggunaan simbol bulan sabit dan bintang ini yang terdapat di mana-mana sekarang, termasuklah bendera-bendera negara dan negeri.
Dewi Ishtar simbol tuhan kaum Babylon
Lambang bintang pula ditambah sebagai simbol kota selepas kematian Maharaja Constantine pada 337 Masihi dan nama Byzantium telah ditukar kepada Constantinople sebagai tanda memperingati maharaja Constantine. Lambang itu adalah dari simbol Dewi Ishtar (Star iaitu bintang dalam bahasa Inggeris diambil dari perkataan Ishtar ini). Dewi Ishtar ialahtuhan kesuburan, kasih sayang, peperangan dan seks bagi kaum Babylon purba. Ada juga pendapat mengatakan lambang bintang ini diambil dari Star Of Virgin Mary kerana agama Kristian telah menjadi agama rasmi empayar Rom dengan Persidangan Nicea pertama pada 335 Masihi dan Persidangan Constantinople pada 381 Masihi. Dan sejak dari itu Bulan Sabit dan Bintang telah menjadi lambang rasmi untuk kota tersebut.
Jacques De Molay
Lagenda Jaques De Molay
Adakah simbol ini hanya digunakan untuk agama Islam sahaja? Oh, tidak sama sekali. Ia juga digunakan oleh Freemason! Cuba lihat simbol logo Freemason yang digunapakai oleh puak Jacques DeMolay. Kini simbol ini dikenali sebagai simbolDeMolay International iaitu salah satu cabang Freemason. Ia diambil dari Grand Master of The Knight Templar terakhir  iaitu Jacques de Molay (1240/1250 – Mac 1314) yang berkhidmat kepada Raja Philip IV bermula dari 20 April 1292 sehingga ia dibubarkan dengan perintah Paus Clement V pada tahun 1312. Matlamat beliau sebagai Grand Master adalah untuk
Simbol bulan sabit dan bintang pada logo Freemason
membuat reformasi dan menyesuaikan dengan keadaan di Tanah Suci selepas Perang Salib. Namun begitu, beliau telah difitnah dan dihukum bunuh kerana menentang kerabat raja. Untuk mengembalikan kegemilangannya, De Molay telah diangkat dan diagungkan sebagai LAGENDAkepada pengikut Freemason. Lihatlah betapa licik dan halusnya pihak Yahudi dan Nasrani menusuk jarum ke dalam MINDA umat Islam agar lalai dan alpa tentang asal-usul simbol bulan sabit dan bintang yang dijadikan IKON agama ISLAM.
Jika kita terus hanyut dibuai dongeng dan lagenda berkaitan simbol ini maka ia secara tidak langsung menjerumus kita ke arah PENYEMBAHAN BERHALA SECARA LANGSUNG DI BAWAH SEDAR. Na’uzubillahi min zalik……
Peranan Umat Islam
Kita selalu pening memikirkan “Kenapa umat Islam susah nak BERSATU”bukan? Sejak kejatuhan institusi khulafah Uthmaniyyah, tanah umat Islam berjaya dipecahkan malahan kekal terpisah hampir seabad lamanya! Jika kita melihat dari skop mata zahir, lupakah kita bahawa dunia adalah suatuFATAMORGANA yang memperdaya? Tidak terfikirkah seorang dari kita bahawa kita sedang DISIHIR oleh DAJJAL melalui tenteranya yang melata di bumi? Dengan izin Allah, sang Pemfitnah berjaya dan terus berjaya?
Kemunculan Dajjal akan menguasai dunia dengan tipu daya yang nyata
Kini kita menjadi BUTA HATI dan BUTA MINDAdalam mengenalpasti manakah yang berpaksikan AJARAN ISLAM dan manakah yang berpaksikan AJARAN KUFFAR? Tiada satu mata pun dikalangan umat Islam yang mengetengahkan ISU ini kerana merasakan ianyaREMEH? Tidak membawa Islam kemana-mana? Khurafat? Tahyul? Atau kita yang JAHIL
Ingatlah bahawa;
JANGAN LUPA, JIKA ANDA PERCAYA BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA, SEGALA YANG DIBAWA BERSAMANYA SEPERTI SIHIR, MAGIK (SILAP MATA), DAN TIPU DAYANYA JUA ADALAH NYATA DENGAN IZIN ALLAH.
Lupakah anda sumpah keramat Azazil setelah dia dihalau keluar dari Syurga Allah???
Iblis berkata:
” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya”.
“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik“.
(Surah Al-Hijr : Ayat 39 – 40)
Kesimpulan
Oleh kerana kejahilan dan kenaifan umat Islam, simbol bulan sabit dan bintang diambil dan dijadikan SIMBOL BENDERA negara Islam secara meluas. Hinggakan MINDA umat Islam seperti dipukau atau dikawal secara sistematik. Hatta kita, akan melenting jika simbol ini dipijak atau diletakkan pada tapak kaki. Seolah-olah simbol ini SETANDING DENGAN TUNTUTAN AJARAN ISLAMyang melarang perkataan ALLAH S.W.T dan MUHAMMAD S.A.W tidak dibawa ke tempat yang boleh merosakkan IMEJ ISLAM
Lihatlah betapa malangnya bila di sekeliling kita sekarang ini simbol apakah yang diagung-agungkan seperti di kubah masjid, sejadah dan hiasan bercorak Islam? Lambang apa yang digunakan? Kita seolah-olah telah didoktrin oleh masyarakat Islam yang jahil tentang asal-usul simbol ini. Mereka cuba menggambarkan kepada kita simbol ini adalah LEGASI WARISAN ISLAM. Hinggakan jika tiada simbol ini di surau, musolla, pasantren, masjid dan pusat Islam macam TIDAK SAH SOLAT KALAU TIDAK ADA LAMBANG INI.
Jika dilihat di sekeliling kita sekarang, hampir di kebanyakan masjid mempunyai simbol ini. Sedangkan yang PASTI simbol ini sebenarnya adalah warisan dari kaum YAHUDI  dan NASRANI yang gigih menjalankan usaha mereka untuk menyelewengkan AQIDAH umat Islam dari menyembah Allah S.W.T yang MAHA ESAMarilah kita sama-sama SEBARkan MESEJ ini agar kita tidak lagi asyik-masyuk TIDUR DIBUAI MIMPI PALSU…….
Kejahilan dan kenaifan umat Islam terbukti pada bendera rasmi negara di mana simbol bulan sabit dan bintang dijadikan sebagai simbol IKON NEGARA
“Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkanmereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.”
 (Surah Yusuf : Ayat 106)
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”
(Surah Yusuf : Ayat 108)
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar)”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 120)

suka-suki

salam....yup22..uweeee ~~~best222~~~ hehehe....sebenarnya nk habaq kat you'lls bahawasanya, Fz dah siap kemas2 barang..fuhh~~~ legaaa....hikhik....5 jam lagi,xlambat xcepat, xcepat xlambat, akan berangkatlah Fz menuju ke kampung halaman yg terchenta....hehehe..>,<.. seyes...kegembiraan ini xdpt digambarkan dgn kata2,bak kata lagu nana ngn syura,aptah tajuknya,tapi dalam baitnya,
  'hanya yang alami dapat merasakan"...lalala...

credit to pak cik google

tapiiiiiiii.....satttttt!! kenapa Fz ase mcm kurang something eaa kegembiraan Fz neh??
owss...baru ingat,,kegembiraan ini hanya seketika jer, bcoz....assiment...assiment...assiment....wawawa...~~~xsyok gak cuti ini...
dah lah beg Fz penuh ngn bantal ben 10 yg Fz nk bagi utk adek2 Fz yg busyuk22 tu....haha...
xsabar nyer nk jumpa diorang....tapi kan, bila terimbau balik,satu makhluk ALLAH yg Fz teramat syg neh, Fz jadi sedih....sbb...sobs..sobs...Fz akan teringat kat CIKO...my late kitty !__!
mesti sedih tgk bakul dan tuala hijau yang Fz khaskan utk ia....
hurmmmm.....sebak di dada lak.....huhuhu...yaALLAH, Fz sgt rindukan wajah comel itu.....

emm,,dah kol 5.03 ptg dah, sat g nk g melayan citer bak kata jibah,kwn Fz,citer tea'ah...hehe...*ok, kembali mood epi22,xmo sedih22,,,ok2, Fz nak melayan LAGU CINTA NIRMALA sat naaa...balik nt, Fz nak concer tv kat rumah tu...heheh..jaga2 la hantu tv kat rumah tu....mwhaahhaha*gelak jahat...
hahaha..okeylah, byk sgt dah merepake neh..t kita jumpa ag eaaa.Fz akan citer apa yg terjadi hari neh..ok..daaaaaa



Isnin, 24 Oktober 2011

cantik punyer!!

salam....okey, firstly, Fz nk ty, sape yg suke seni?? sape yg sukew wat presentation...Fz masih ingat lagi dulu masa zaman kanak2*kanak2 ker?..Fz sangat2 suker hias2 slide utk presentation..slide dulu xcanggih n xcomey2 mcm slide skrg...kan?? so, saper2 adik2, akak2, abang2 yg nk hias, nk kasi naik seri kiter punyer slide show neh, kat bwh neh Fz ada uploadkan bbrapa contohnya..
nk kasi cantik lagi kiter punyer presentation,
nk bg org tertarik nk tgk slide kite, boleh gak tambah gambar bergerak, yg bling2 tu..
nt search kt pakcik  google yer...
hehe..:)




















muahxx..:)

salam..
sesungguhnya malam ini Fz tersangatlah malas utk mengupdate status dalam bloggy neh...mood nk mengarang xdak ni....xtaw pasai apa...maybe sbb...ati dh kat kg kut..badan jer yg masih kat sini.....hehehe..
serius...aku xsabar nk balik to my love hometown...mane ag, machang, kelate laa...hehe..cepatlah pagi,*mmg dah pagi dah pon..esok, plan tu, pas g meeting, nk kemas2 brg, pas tu tgk Lagu cinta Nirmala, pas tu, ready tuk balik laa...pe ag kan?? doa aku semoga aku selamat pergi dan kembali....insyaALLAH....seronok tu mmg la seronok kan, sbb dpt jumpa famili...tp yg xbest 2, balik ni, berderet assiment yg tunggu turn utk aku wat....alahai...assiment..assiment....bukak  cuti ni 5 lagi mid term yg tunggu.....dgn projek aku yg tertunggak lagi  tu, xtaw la mcm mana..krusus protokol lagi...haishhh...full of tank,,,ermmm, nampak gayanya xleh lah aku nk p KL..utk 'JELAJAH MEDIA MASSA' tu..sori ekk BIRUMUDA..Fz xdpt join asenyer...tp, kalo BIRUMUDA tukaq tarikh, boleh je asenyer..Fz bukan nk menolak tuah, tp 2 la kan, xleh nk wat ape dah...
Fz berterima kasih sgt2 kat BIRUMUDA sbb ingat kat Fz...('*") * buat muncung itik cket...hehehe...


k la, xtaw bile Fz leh online lagi...jgn rindu2 kat Fz taw...sayang korang..muahxx..


tengs to pak cik google...:)

panjang umur,kita jumpa lagi....jangan segan2 dtg jenguk bloggy Fz taw...kalo rajin 2, bersihkan sesawang2 kaloa ader..hehe

Sabtu, 22 Oktober 2011

the best n wonder captain in the world!!

guess who???

see it!!!


http://www.youtube.com/watch?v=UwxHN_hJYV4&feature=player_embedded

do you see it??

dou you agree with me???

the best ever captain in the world..that's he...forever and ever...^^


Jumaat, 21 Oktober 2011

apa aku mimpi neh???

salam semuanya?? apa khabar syg2 semua?? chat x?? alhamdulilah...rindu kat fatihatulzahra x?? hehe...sori la, 2-3 minggu ni agak bz cket, xsempat nk jenguk pun blogy ksygn ku ini..sampai bersawang2 dah...hehee...

emm, banyak sebenarnya perkara yang berlaku sejak dua tiga menjak neh...mcm biasalah..kekadang ada suker,kekadang ada xberapa nk suker nyer...tp kali neh, nk citer yg suker laa..boleh??? heheeh..tp, fatihatulzahra nj pesan siap2..kalo nk teruskan bc gak, sediakan beg plastik,*kot2 lepas bc nanti loya n termuntah ker??? hahaha..n kalo xnak tanggung risiko tu, sila tinggalkan incik blogy ngn segera*bukan halau taw...hehe..
okey, berbalik kpd citer yg duker td...eh silap taip..suker*maklumlah huruf d ngn s kan berjiran jer...hehe

emmm..kalo sesiapa antara you o'll penah bc satu kisahku yg menyayat hat sblm ni..persoalannya,*menyayat ker??hahaha...xdelah menyayat hati..cuma, agak poyo cket.....cket jer..xbanyak..ok2.proceed kpd citer...byk ckp lak saya ni kan?? malam tu, Fz telah bermimpi yg Fz couple ngn budak tuuuuuuttttt....hehehe...terkejut gakk...mmg lag mimpi itu mainan tdo..tp, walaupun sekadar mimpi, ia buatkan aku bahagia dlm khayalan..haha.even realiti belum tentu....eeee..cam poyo je kan??hahaha

tp,tulah kan....dlm byk2 org tu leh lak aku mimpikan si tuuuutttt neh..haishh.....diulang sekali lagi..mimpi oke..mimpi....xyah nk perasan sgt.....*pesanan utk diri aku Fz yang melampau2 kepoyooan nya sejak td...tp kan, boleh x kalo nk mimpikan die lagi?? xkisah lah dlm mimpi tu kami akan gaduh pun, janji die ada dlm mimpi aku...heheheh*gatai x?? ekekekke...

hahaha..makin lama makin melampau lak kan...okeylah...Fz undur diri dulu.nanti kiter ketemu lagi di lain siaran...hehe..take care...salam..^^

Rabu, 12 Oktober 2011

keseksaan hidup jasad yg dibenci ALLAH



Semua kita tahu mengenai cerita Kamal Artaturk yg mati secara terhina sehingga bumi tidak menerimanya. Namun manusia terus berani menentang Allah.

Terbaru Allah buktikan kekuasaannya seperti berlaku di zaman Firaun dan Qarun yg mana kedua mereka mati dlm keaiban. Ariel Sharon telah byk merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yg mengalir kerana kezalimannya dulu.

Hari ini, Ariel Sharon bagaikan mayat hidup selepas 4 tahun koma. Sehinggakan media di seluruh dunia malu untuk menerbitkan gambar keadaannya. Kini Ariel Sharon yg berusia 82 tahun dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja. Doktor yg merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga 90 tahun.

Dia dirawat di Hospital Hadassah di Jerussalem dan kemudian di Chaim Sherba Medical Center. Difahamkan Sharon telah dimasukkan ke bilik pembedahan untuk menyambung bahagian ususnya yg membusuk dan merebak ke seluruh bahagian lain. Beliau dah jadi umpama mumia firaun. Terpenjara dalam jasad yang sudah membusuk.

Subhanallah...ambillah pengajaran daripadanya agar kita terus bertakwa dan beriman kpd Allah...Amin...

credit to:

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS



1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api
(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,
mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi
kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang
mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi
orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.
(terkena?? hahaha..)

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya
jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut
sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila
pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin
!!!! (terkena lagi?? hahaha..)

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau
bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi
Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman
meninggal pun jin tidak perasan/tahu.

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin
tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya
dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka
barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya
tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.
Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum
duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan
membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak
perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak
bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah
jumpa orang yang di rasuk.

* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
-poxlee-

Selasa, 11 Oktober 2011

hari ni 11/10/11

salam.....
apa khabar syg2 semua..hehehe..*sori..gatai naa...ekeke..ala, sekali sekal, boleh kan?? xsemestinya perkataan syg tu hanya utk kekasih je kan?? syg tu meluas kan??so, dalam skop production.. blog FATIHATULZAHRA ni, aku syg readers2 aku...even aku xse glam abg ben ashari ke, birumuda ker, roti kaya ker...aku hargai ngat...
dgn tagline aku, wat blog ni utk suka2 jer, so, suka hati la kan aku mau membebel apa kat sini..hehehe..sape yg nyampah, xsuke,sila bawa diri dari sini skrg * ayat sopan..hehe..
baiklah,, hari ni kan 11/10/11.. tarikh yg sgt cantik selain 11/11/11. tp hari ni bukan nk ckp sal tarikh,tp apa yg berlaku hari ini...so far so gud.alhamdulilah....sbbnya,

  • assiment HRIS part 1 akhirnya settel selepas berkampung kat PKP selama hampir 5 jam..*pergh..lama tu, hari ni dalam sejarah..sbb,plg koman pun aku duk sana 2-3 jam jer kat sana...
  • aku dapat tgk jugak akhirnya citer kesukaan aku, apa lagi, Lagu Cinta Nirmala laa..
  • aku baru terlintas nk bukak www.tv9.com.my..hehe..epi ngat sbb,kalo aku xdpt tgk tv, aku leh tgk on9...best x??? hehehe..sonok beb!!..ekekek
  • yg ni, last kot, sbb aku baru dpt info dr ketua grup aku yg kelas esok cancel..that's meaning, esok aku free sbb dua kelas lagi mmg awal2 lg cancel...hehehe

tp, dalam suka2 pun, ada dukanya gak...sbbnya,
  • nenek suami kpd kakak angkat aku meninggal kul 3.40 td..al-fatihah kpd arwah..moga ditempatkan dlm kalangan org2 yg beriman.aminn
  • salah seorang penyanyi era 60-an iaitu AHMAD JAIS, juga telah meninggal...innalilah...
  • mmg aku xde kelas esok, tp utk lusanya iaitu hari khamis, xberapa nk relex ngat sbb ada 2 kuiz n terpaksa berkejar dr kelas ke kelas yg jauh nk mampus mati.. sbb kelas hari yg kalut ni la, aku tersadung atas tangga...malu kot...hahaha

emm..xde apa dh kot..setakat ni dulu....syg semua..<3..wasalam...

layankan gambo comel ni..thank u pak cik google.

Isnin, 10 Oktober 2011

Gambaran Hari Kiamat (Wajib Baca!)


1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a;- Pemimpin yang adil.
b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

a; Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
b; Sedekah/amal jariahnya.
c; Doa anak²nya yang soleh.
d; Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Jumaat, 7 Oktober 2011

fatihatulzahra dan dude harlino daH beRTUnaNG??


Salam...hehe...apa khabar...jumpa lagi....so far,so gud..gud ker??? hurmmm..malas nk fikir masalah yg datang..so, skunk nk hepi2 jap...boleh x?? boleh lah...eheehe....berbalik kpd tajuk, fatihatulzahra dan dude harlino dah bertunang,dan gambar siapakah yang menghiasi entry kali ni?? jeng22...dan siapa pula fatihatulzahra tu?? artis ker?? perlu ker die nk havoc2 kat cni?? sape lak dude harlino neh??ok, jgn suspen2...biar FZ beritahu..

dude harlino sudah tunangan 
okey, kpd peminat2 dude harlino, jgn terkejut yer...mmg dude harlino dah bertunang ngn fatihatulzahra td..amik berkat hari jumaat katakan..tadi baru jer dude harlino berlepas balik ke indonesia dtg sini semata2 utk majlis pertunangan mereka berdua..mmg, diakui sebelum neh dude harlino sering dikaitkan bercinta dengan asmirandah naysilla mirdad tp itu semua gosip semata2..dude hanya setia pada fatihatulzahra sahaja. dan buktinya, hari ini mereka dah bertunang...tarikh perkahwinan belum ditetapkan lagi..tapi maybe tahun depan..insyaALLAH...

so, desas desus yg menyatakan dude bakal mengakhiri zaman bujangnya dgn asmirandah telah berakhir dengan tersebarnya berita ini.. kpd peminat2 dude, diharap bersabar dan bertenang..nak buat mcm mana, dah jodoh mereka...kita sebahgai peminat,doakan kebahagiaan diorang k..percintaan mereka bermula semasa dude harlino menerima sekeping kad dr cewek yg bernama fatihatulzahra ini.. dan dikhabarkan lepas kahwin nanti dude harlino akan berhenti main sinet atas permintaan tunangannya yang mahu dude meneruskan kariernya sbg pengusaha di syarikat DUFAT SDN BHD..*eleh, padahal jeles.

*tp, seyes,aku still xpuas hati, sape fatihatulzahra tu?? berani2 je die rampas dude harlino aku...cehh..mmg perempuan ni nk kene ngn aku...!!..

hehehehehe....*masa wat enrty neh, mmg aku pun nak tergelak terguling2 sebenarnya. perasan giler aku neh...hahaha
rilek2...sume nih main2 jela,,entry semata2..jgnlah tertipu...fatihatulzahra tu aku ler...hehehee..memang aku minat ngn mamat neh...sori seh...sape yg meluat ngn entry neh, sila tinggalkan skrg..i takut korang muntah hijau sat g atas lappy korang..aku tak tanggung sume tu...hahahhaa..entry nih saje2 jer...bukan niat nk aibkan sesape...okey...hehehe

p/s;hahaha..jangan marah..nanti kene jual..

wajah-wajah ahli syurga

 salam...apa khabar semuanya? sudah makan belum??
okey..  baiklah....hari ini FZ a.k.a sayalah..berada dlm mood sedih cket..hurm..bukan apa,ssejak dua menjak neh semakin banyak kes pembuangan  bayi dilaporkan..tu yg dilaporkan..yg xdilaporkan, banyak mana pun kite xtaw..wallhualam...membyangkan dan menunujukkan bahwa kita semakin berada diambang kemusnahan...walaupun negara kita dikatakann sebagai sebuah negara yg maju dan membangun,  namun hakikatnya, dari segi aspek akhlak dan iman, kita adalah yg paling mundur dan teruk..wallahualam...gejala sosial berlaku dgn berleluasanya seolah2 ia adalah perkara normal dlm kehidupan pada hari ini.sangat menakutkan...FZ bukanlah nk mempertikaikan hukuman yg telah ditetapkan oleh kerajaan, namun, cuba kita perhatikan, kekadang, hukuman yg dikenakan langsung tidak releven dgn apa yg telah diperbuat. yang hairannya, kalau kesalahan bunuh, akan dibalas dengan bunuh *tali gantung..itu pun kalau yg betul2 disabitkan dgn kesalahn..tapi seramanai mana @ sebanyak mana mereka yg terlepas ini benar2 xbersalah??
TP, UTK KES PEMBUANGAN BAYI NI, HUKUMN YG DIKENAKAN MASIH XRELEVEN..BUKANKAH MEMBUNUH HUKUMANNYA BUNUH?? SO, C PEMBUNUH2 NEH,MMG WAJIB KENE BUNUH GAK..BABY TU MANUSIA, NYAWA BALAS NYAWA LAH! wallhualam...ermm..berbalik kpd masalah pembuangan bayi, terbaru, seorang bayi telah dicampakkan oleh ibunya dari tingkat 2..betapa hina dan jijiknya manusia ini..sanggup memperlakukan bayi-bayi yg tidak berdosa ini sedemikian...mereka manusia...tidak pernah mintak untuk lahir ke dunia ini...kalau lah mereka tahu, nasib mereka akan sebengini nanti, sudah pastinya mereka tidak mahu  untuk hadir ke dunia semata2 utk dibuang kedalam tong sampah, dicampak dari bangunan,dibakar, dibaling dari kenderaan,.YA ALLAH...betapa hina dan terkutuknya manusia yg memperlakukan bayi2 ini..tidak adakah walau sedikit pun rasa belas ihsan mereka??? tidak takutkah mereka pada azab yang Engkau janjikan?? 





si kecil ini lahir dari rahim yang tidak bertuah....lahir dr rahim manusia tak berperasaan!!!




memang baby ini bertuah sbb masih hidup wlpn dibuang, namun, bagaimana dengan nasib dan masa depannya????






 bayi2 di Palestin dibunuh oleh zionis yg tak berhati,selayaknya mereka2 yg membunuh darah daging sendiri ini boleh dibandingkan kejam dan xberhati perut melebihi zionis laknatullah??

WALAU APAPUN CARA NYAWA SICOMEL2 INI DIRAGUT, MEREKA TETAP WAJAH2 AHLI SYURGA YANG MENJADI KESAYANGAN ALLAH DAN MALAIKAT..YANG AKAN BERTERBANGAN DI AKHIRAT KELAK,MASUK KE SYURGA DARI MANA2 SAJA PINTU YANG MEREKA INGINI...ALANGKAH BAHAGIANYA MEREKA..

p/s; BERPESAN KEARAH KEBAIKAN, MOGA SAMA2 KITA DIBERI HIDAYAH OLEH ALLAH S.W.T




Rabu, 5 Oktober 2011

TIP PERKAHWINAN



1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Isnin, 3 Oktober 2011

XFahAm AKU

salam sume...
apa khabar hari ni?? moga2 sihat hendaknya..^^*agak kesopanan dan kesusilaan lak pagi neh...hehe
oke,tadi aku ade terbc satu artikel neh..pasal sorang ustazah cubit seorang pelajar..
oke, alasannya tu tolak tepi dulu..aku bukan lah nk backup ustazah tu, tp itulah realitinya skrg..
mmg lah kan, ibu bapa mana yg xsygkan anak?? aku faham *ckp mcm org dah kawin..haha
yg buang anak tu, xtermasuk yer..kompem2 la depa xsyg anak sendiri,kalau syg nape buang?? *so disgusting!!
sowie2, terbawa emosi cket..huhu...okey, berbalik pada kisah ustazah td...ni je aku boleh ckp,realiti dunia moden sekarang..jika nk dibandingkan dgn dulu..sgt3 lah jauh perbezaannya...sbbnya?? 
ala, kene cubit pun masuk paper....alahai.....kekadang nk tergelak pun ada...press pun dan xde citer lain ker?? bende2 cenggini pun nk masuk paper ker?? alahai..*alahai lagi.
peribahsa dulu ada ckp, sayang anak tangan2 kan...maksudnya, kalau syg anak tu, pukul lah kalau depa nakai..jgn biaq cm tu jer...pukul tu bukan sbb benci,xsuka,tp sbb nk didik..nk suruh ingat apa yg die buat tu salah...tp,aku ase ade sesetangah parents yg mungkin merasakan peribahsa ini xreleven dah zaman skrg..zaman moden beb...itu zaman atuk nenek korang boleh lah wat cenggitu..
kita neh zaman baru, zaman melenium..*kononnya lah...nyampah aku.
ok, berbalik citer tadi..aku tahu pendidik zaman skrg seringkali berada dlm dilema..mereka diamanahkan utk mendidik..tp, kekadang, hal sebegini buat diorang takut..aku masih ingat ag,masa darjah 1, ak penah kene cubit ngn cikgu...sakit dowh..dah lah cikgu tu cubit kecik....balik tu, aku ngadu ngn umi...*kononnya nk dpt kan pembelaan..tp, sekali,umi siap ckp apa kat aku,


 "padan muka, lain kali buat lagi.. meh umi tambah lagi,cikgu bg tu xsakit rasanya"
hahaha..kan dah kene.. bila ingat2 balik,lucu pun ada..hehe..actully, kekadang aku heran,knapa hal sebegini leh timbul,sampaikan guru2 neh ada yg kene saman,tangkap dll..sedangkan perkara neh hanya didengar dr sebelah pihak..sbb tu lah budak2 skrg kurang ajar..kalau xnak bg anak kene jentik, kene cubit etc, xyah hantar p sekolah, xyah hantar p ngaji, simpan kat rumah, wat khazanah..


aku xtuju kat sapa2 entry neh..sekadar renungan dan peringatan kpd aku sendiri gak..


*gambar sekadar hiasan..thanks pak cik gogle
k, setakat ni dulu,jumpa ag len entry..salam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...