بسم الله الرحمن الرحيم.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

C cantik & C hensem ^__^

kata- kata aluan dari pemilik syarikat

*TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENJENGAH KE PAGES YG X SEBERAPA INI...
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V

Selasa, 31 Mei 2011

maY,.mei,5


salam..
beberapa minit ag, bulan aku, iaitu may akan meninggalkan kita..
dan akan memberi ruang kepada jun pula..,
pelbagai perkara menarik yang berlaku sepanjang bulan mei yg juga bulan aku..ehee
mmg byk even2 penting yg berlaku sepanjangmei ni,
contohnya hari ibu, hari belia, hari guru, hari lahir aku,
dan sewaktu dengannya..
tp, slm gembira2nya, ada juga yg xberapa nk gembira,
yg tu xyah ceritalah, xpenting pun..
utk bulan jun,
selamat dtg...^^
moga hari2 yg mendatang dipenuhi kebahgiaan dan keimanan..
insyaALLAH..

Salam sayang dari puter umi dan abah..^_^

Ahad, 29 Mei 2011

masuk hutan sintoQ


salam...bertemu lagi kita dalam ruangan, heboh2, kepoh2..eheeee..
xde maknanya..kwang2...
ok2..seyes22...
ikut tajuk entry,
aku masuk hutan sintok, utk program induksi,
yela, nk jd ajk utk fasilitator pelajar baru,
kene berkorban banyak,,
msa dan tenaga,
jiwa dan raga sekali..
yela, org lain dah balik, aku masih kat sini.
masuk hutan lak tu...
suka tu mmg suka,
tp, penat kot..
terutma tang naik bukit tu..
aduii..
sakit paha aku...
lagi satu, aku relax jer masa redah hutan..
kawan aku siap jerit2 takut pacat naik kaki..
aku siap ckp ape kat dy..
" ala, kau ni, mana ada pacat, sja je psikology kau tu"

alih2 bila dah ilang penat sikit,
aku terasa sesuatu menyucuk kaki kiriku..
sekali aku angkat seluar..
amik kau!!..dah ready nk menyedut darah O aku ni..
haiyaappp!!.sekali aku tarik,
hamik kau!!...

aku pun jalan laa...
tetiba,,,
ai, rasa semacam je kaki kanan..
rasa xsedap hati dah..
ok, stop kejap..
'bissmilahirahmanirahim..."
mak aih..sekali naik 3 ekoQ!
nasib baik aku dah biasa dan dah ada pengalaman..
xde terjerit2 mcm org lain tu..
hihi..
tp, xtakut sgt pun, geli 2 tetap ada..
nak buang tu, guna daun..
eeee...
geli dowhh..yela, pacat hutan...
sejibik mcm lintah corak dy...
euwwww..xmau..xmau..




gambar sekadar hiasan..ni bukan kaki i taw..haha


ni lintah kg @ bendang


ni pacat hutan

tp. ok lah dari lintah..sekali dy lekat, ketegaQ nk mampus..habis energy dah tarik, xnak lepas2 gak...eee...bila ingat balik dulu...mmg laa. xdgr ckp org tua ag, org ckp, jgn pegi bendang, nk pegi gak..
sekali naik kat kaki, tobat aku xnak pegi..haha
elok gak kene mcm tu, baru nk insaf..

ok,berbalik kpd kembara tu, alhamdulilah, semua berjaya dihabiskan dgn jayanya tanpa sebarang masalah..nk kata xseronok tu, xjugak..tp, boleh lah....
hehe..
kalau ada tawaran masuk ag, aku kene pk 2-3 kali kot..
bukan sbb pacar,
tp sbb kene panjat n turun bukit yg curam tu laa...
hahhaha
ok laa,
aku dah ngantuk ni,
mau tidur dulu..
salam sayang dari puteri umi dan abah ^__^

Jumaat, 27 Mei 2011

gadis 27 may

salam
seriusly..waktu ni je baru aku berkesempatan untuk on9..dr pagi sampai malam, aku berkrusus..penat dowh...
samapikan nak post sesuatu kat blog aku sempena hari lahir ku pun xsempat..huhu..
emm.sepena hari lahir aku yg ke 22 ni,
xde ape yg secial..
mcm 21 tahun yg lalu jugak..
aku xkisah pon, sbb aku dah biasa,
even tanpa hadiah, tanpa kek,
aku tetap bersyukur,
sbb aku masih wujud dimuka bumi ALLAH ini..
semua tu dah memadai..
dan aku dapat hadiah yg amat bermakna dari my LURVLY UMI..

" selamat hari lahir..semoga panjang umur dan murah rezeki dalam hidup.
esok lebih baik dari hari ini itu tanda hidup kita beruntung"

thats my luv mum wish..
aku duk berjauhan skrg ngn my family..
tp, pd mlm bday aku tu, aku tak tahu la kenapa aku asyik menangis,
entah kenapa jiwa aku terlalu mudah tersentuh...
hurmmm..
ada 2, 3 perkara yg buat aku terkilan,
org yg aku harap2 wish bday aku, xwish pun..
i dont' know why..
sepanjang 6 tahun ni dy xpenah lupa nk wish utk aku..
xpela, maybe dy dah boring..
rakan2 fb pun ramai yg wish bday kat aku..
alhamdulilah...
xpela, apapun, aku mengharapkan yg terbaik utk kehidupan aku dunia dan akirat..
insyaALLAH..
moga aku dapat membalas jasa org tua aku wlpn sebenarnya xterbalas
ok lah..
aku nk wish utk diri aku..xpe kan..ehehe

happy birthday tea'ah..
sweet 22th..
moga ALLAH selalu merahmati hidup aku
dunia dan akhirat..
gadis 27 may..
that's me
^__^



Khamis, 26 Mei 2011

26 mei 2011

salam...
pejam celik, pejam celik, dah 26 mei hari ni, esok dah 27 may, maknannya, tarikh hari lahir aku akan tiba beberapa jam lagi..hurm,agak lama aku xupdate blog ni..bukan apa, ada masalahyg xdapat dielakkan.
ckp psl menghampiri hari lahir aku yg insyaALLAH ke 22 tahun ni, first sekali, bersyukur ke hadrat ALLAH kerana dgn kasih sayang dan limpah kurnia-Nya, aku masih diberi ruang dan kesempatan utk masih bernafas di muka bumi ni..tp, kekadang, timbul persoalan, adakah aku cukup dan sudah matang seiring dgn usia aku ini?? mg lah, teman2 lain ada diantaranya sudah mempunyai anak dan berkeluarga..tp, adakah itu semua sudah cukup untuk menunjukkan kematangan seseorang?? aku sendiri xpasti adakah aku sudah cukp matang..
tp, dalam menghampiri tarikh keramat ini,
xtahu kenapa hati aku cukup sensitif hari ni..cket2 air mata aku akan jatuh, kejap2 nangis.



aku akui, aku agak sensitif kadang2 tu,semua ni kdg2 diluar kawalan aku..
aku manusia biasa..
mungkin aku rindukan family aku, atau mungkin juga aku terasa dengan seseorang..entahlah...
semua perasaan bercampur.
betullah kan, kekadang bibir mengukir senyum, tp dihati terkandung seribu duka..
aku xboleh paksa kalau org dah meluat dgn aku..aku xmampu buat apa2..
aku nk balik,..:'(
kalau kat rumah, paling kurang pun adik2 aku akan bg sesuatu utk aku sempena hari lahir aku..kebetulan tarikh lahir aku selang sehari dgn adik perempuan bongsu aku..
mmg keluarga aku xpenah sambut hari jadi sape2..cma, sejak akhir2 ni, kan semua dah besar, paling koman, aku akan belikan kek, goreng2 bihun cket utk sambut hari lahir abah, umi dan adik2..
aku xkisah buat semua tu sbb aku mmg suka bila diorang gembira.
setakat ni, aku belum dapat ag kek hari jadi..aku mkn masa bday org ada la..hahaha..kesian kan??
kalau mcm aku, kawan2 penah bg hadiah sempena hari jadi aku masa sekolah..mcm tu jugak umi aku,.sampai skrg semuanya masih tersimpan rapi..
aku hargai apa yg kalian berikan..
aku masih ingat ag dulu2..masa sekolah menengah,
kawan baik aku hajar telah 'bersusah payah' membuat kuih apam utk hari jadi aku, kami sambut dgn rakan2 yg lain ditepi sungai kat rumah dy.



aku terharu ngat..walaupun kek buatan dy xberapa nk menjadi..maklumla, baru belajar..hehe
mak dy lak wat mee goreng..kami berkelah ditepi sungai..seronok sgt..masa tu dah xsuprise dah birthday aku ni sbb au dah tahu..sbbnya, masa hari kejadian gak, family aku nk pergi berkelah tepi pantai..tp, si aja ajak aku pegi rumah dy..siap paksa ngn ugut tu, tp, dy xleh lawan aku la..aku berjaya bukak mulut dy.tp, dy suh janji bile nk sambut nnti, wat2 terkejut..hehe..yela, kawan2 aku yg lain xtahu yg aku dah tahu..lucu bila diingat balik..
itulah kali pertama dan terakhir aku sambut hari lahir..even hanya berbekalkan kek apam, aku tetap gembira..terima kasih kawan2 ku semua..aku syg semuanya..
xsabar nk balik, nk jumpa korang..aja dah janji nak wat kek coklat feveret aku bila aku balik nanti..tp, itu janji sblum aku tahu bahawa aku ada kurusus induksi dan intersesi..aku terpaksa balik lewat drpd org lain..:'(
kalau semua tu xde, aku sudah berada di kampung 21 hb may lagi, dan esok mungkin aku dapat kek daripada aja ngn ida...
emm, xpelah, nak wat cm ne, xde rezeki lagi..xtaw la bila dapat sambut bday kami sama2..
sbb cuti lain2..yela, aku belajar di uum, aja um dan ida upm..
hurmm..
setakat ni dulu kot..
mlm ni nk kene tidur awal sbb pagi2 lagi ada kursus induksi..

k..jumpa ag..
salam sayang dari puteri umi dan abah..^__^



Isnin, 23 Mei 2011

indahnya islam

salam...
kali ni, aQ terlintas untuk menulis sesuatu setelah sekian lama hanya bermain- main dalam minda.



'Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
sudah jelas dan terang bahawa setiap lelaki @ perempuan yang baik@soleh dan solehah akan mendapat pasangan yang setaraf dengannya iaitu baik, dan begitulah sebaliknya. betapa ALLAH swt itu maha adil dan penyayang. setiap yang ALLAH telah tentukan mempunyai 'sesuatu' samada ia tersurat atau tersirat.
ramai daripada kita yang bercita-cita untuk memiliki sebuah keluarga yang bahagia ataupun sakinah. tetapi, tidak krang juga yang mahu menjadikan lelaki@wanita yang soleh dan beriman sebagai pendamping hidup.
namun, sejauh manakah kita menyedari akan hakikat ini.
mereka meminta yang berlebih-lebihan, mengatasi apa yang sepatutnya yang layak bagi mereka. mereka menanam cita- cita yang tinggi, tapi mereka sendir tidak mahu berubah ke arah kebaikan. bukankah janji ALLAH itu pasti? oleh itu, aku berpesan- pesan kepada diri aku sendiri dan juga kepada orang lain tentang hakikat yang indah ini. jika kita mahukan sesuatu yang baik dan elok, maka kita sendiri hendaklah berubah dan memepertingkatkan diri kepada yang lebih baik dari yang sebelumnya. ALLAH itu adil, segala yang telah dijanjikan tidak akan berlaku dengan sia-sia,
aku nak ambil contoh yang terdekat lah, golongan artis yang merupakan public figure. apa yang mereka lakukan akan mendapat perhatian dalam masyarakat. pandangan orang mmg pelbagai, ada yang positif dan ada yang negatif. yang negatif tu, tak tahulah kenapa masih berfikiran macm tu, huhu..ok2 berbalik kpd entry,
artis yang saya nak amik contoh kat sini ialah ASHRAF MUSLIM..siapa yang tak kenal ashraf? seorang pelakon yang cukup berbakat dan kacak. dulu dia merupakan salah seorang penghias majalah, televisyen dan segala -bagai lagi.namun, takdir ALLAH sangat indah, selepas dia pulang dari melakukan umrah, ALLAH telah mengurniakan hidayah kepadanya.sungguh, hidayah itu milik ALLAH, Dia akan memhgurniakan kepada insan2 yang diingini-Nya. sesungguhnya bertuahlah mereka yang mendapatnya. berbalik kpd ASHRAF, selepas pulang dari mengerjakan umrah,ashraf berubah. dia kini sudah berhenti dari dunia lakonan dan sudah mempunyai sebuah pusat perubatan yang dipanggil AL-HIDAYAH..alhamdulilah.. rentetan dari itu, ashraff kini sudah pun bertunang dengan seorang bakal doktor. gadis itu cukup manis bertudung dan seorang daripad keluarga yang baik.alhamdulilah, syawal ini mereka akan melangsungkanperkahwinan. subhanallah..betapa besarnya kasih -sayang ALLAH..ashraf telah mendapat seorang gadis baik sebagai suri hidupnya selepas mengurniakan hidayah kepada lelaki yg bernama ashraff muslim..

asharaff dan bakal isteri, dayana..manis kan? bagai pinang dibelah 2.
semoga mereka bahagia hingga ke akhir hayat.

seterusnya, ahmad fedtri yahya. beliau merupakan seorang perantara program malaysia hari ini. aku sendiri amat menyukai peribadi fedtri yg jujur dan sukakan ilmu. kta-katanya juga tersusun dan memberi impak.terutamanya dalam facebook sendiri, menunjukkan dia seorang yang bagaimana. dan beberpa hari lagi dia akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang pendidik yang berasal dari kelantan. paling manis, gadis ini ditemui di masjid. satu tempat yg suci..itulah yg dikatakan jodoh. alhamdulilah..bakal isteri fedtri seorang yang cukup alim dan tahu menjaga diri..boleh dikatakan ciri2 gadis solehah ada padanya.alhamdulilah..keduanya saling melengkapi dalam melahirkan sebuah keluarga yg sakinah..insya ALLAH.




begitulah, contoh2 yg paling dekat...jadi apa lagi, jika kita mahukan yg terbaik,yg soleh, berubahlah kita ke arah itu..insyaALLAH..kita dapat menikmati semua itu.. aku berpesan kpd kalian dan juga diri aku sendiri..jgn dirisaukan jika diri kita masih belum mempunyai pasangan, xperlu melakukan sesuatu yg terdesak.cepat atau lambat, jodoh kita tetap ada. jika kita tidak temuinya didunia,insyaALLAH, bidadari syurga setia menanti..jadi, sama2 kita mempertingkatkan amalan agar matinya kita adalah dalam keredhaan-Nya..sesungguhnya, cinta yg abadi hanya utk ALLAH, cinta yg tulus suci hanya utk ayahanda dan bonda..insyaALLAH.. :)
aku undur diri dulu..

salam sayang dari puteri umi dan abah ^__^

Ahad, 22 Mei 2011

permata ayah bonda

Permata Ayah Bonda

Album : Keampunan
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita

Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

C/O

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

C/O

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

C/O

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda....

Sabtu, 21 Mei 2011

laksam


salam..
wahh2agak lama xpulang ke kampung halaman...rindu nk makan masakan umi ngn nenek aku..lama giler xmakan laksam...feveret aku tu..
ramai yg keliru antara laksa n laksam.
kalau laksa aku xsuka sgt..
so, bg mengubat kerinduan..aku nk share lah cara2 utk wat laksam ni..
tiap tempat tu kdg2 lain cara wat nya terutama kuah..
sedapnya....dah meleleh air liur ni..


Kuah


1. isi ikan
2. santan pekat (tambah air jika perlu)
3. bawang merah (dikisar)
4. bawang putih (dikisar)
5. serai (dikisar)
6. halia (dikisar)
7. Sedikit kacang panjang, tauge, kobis, daun selasih, sengkuang, timun dan daun salam (dihiris)
8. Sedikit lada hitam

Laksam

1. Minyak masak, garam & lada sulah 1 cawan tepung beras
2. 1 cawan tepung ubi
3. 2-3 cawan air
4. sedikit garam

Cara nak wat

Tepung beras, tepung ubi, garam dan air dibancuh sehingga sebati. Gunakan tudung periuk sebagai loyang dan guna satu senduk adunan bagi setiap loyang. Pastikan adunan tidak terlalu tebal. Kukus hingga masak. Keluarkan kepingan laksam dari loyang dan digulung. Ulang proses ini hingga adunan habis. Ketepikan. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing. Masukkan isi ikan, kiub pati ayam & santan. Apabila mendidih, masukkan garam & serbuk lada sulah. Matikan api dan ia sedia unduk dihidangkan.

Cadangan Hidangan

Potong tepung laksam anggaran 1 sm tebal. Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan sayur-sayuran. Kemudian tuangkan kuah panas. Enak juga dimakan dengan sambal belacan,

selamat mencuba..

adab minum RASULULLAH

Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawasaki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.

- from CINA ISLAM (林川興)

tanah runtuh kajang



KAJANG: Dua mayat kanak-kanak penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di situ, sebentar tadi.

Enam lagi kanak-kanak berjaya diselamatkan dan keadaannya dilaporkan parah selepas anggota penyelamat dan penduduk kampung mengorek tanah yang tertimbus.
Mereka yang cedera kini dibawa ke Hospital Kajang. - HM


salam...
ini adalah sebahagian rentetan peristiwa tragis yg berlaku pd hari 21 mei 2011 iaitu smlm..
rumah anak yatim runtuh ditimbus tanah runtuh.
alangkah sayu dihati,,
ketika itu mereka sdg menjamu selera di dewan makan..
tkdir ALLAH tiada siapa yg mampu menghalangnya..
semoga roh mereka yg telah pergi dicucuri rahmat,\ dan ditempatkan dlm kalangan orang2 beriman..

salam sayang dari puteri umi dan abah, ^_^
thanks tu bujangsusah. blogspot.com

nk berimamkan kapten bola..

SATU pendekatan yang baik dibuat oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di dalam menarik golongan anak muda ke arah Syiar Islam. Kalau kita lihat, di dalam apa sahaja situasi dan keadaan, Menteri Besar Kelantan ini hanya bimbangkan tentang Islam. Di dalam benaknya hanya berfikir tentang Islam, Islam, Islam dan Islam.

Terbaru, MB Kelantan di dalam usaha menarik golongan muda kepada Syiar Islam, telah menyatakan kemahuannya menunaikan solat di Stadium baru Kelantan dengan diimamkan oleh kapten Pasukan Bola Sepak [Harakahdaily].

Apa yang jelas MB Kelantan mewujudkan satu budaya, persepsi, dan lembaran baru dalam dunia bola sepak tempatan. Kebolehan menjadi imam kini menjadi salah satu kriteria kepada anak muda yang bercita-cita menjadikan bola sepak sebagai bidang kerjaya untuk diceburi.

Lantaklah orang nak buat bangunan, rumah, padang bola, padang golf, jalanraya, tugas-tugas ini diserahkan kepada orang yang pakar untuk menguruskannya. Tuan Guru Nik Aziz pula akan mengambil kesempatan memasukkan ciri-ciri Islam selari dengan slogan Negeri Kelantan "Membangun Bersama Islam".

thanks to milosuam..=)

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/05/mb-kelantan-mahu-kapten-bola-sepak-jadi.html#ixzz1My9kExTs

Jumaat, 20 Mei 2011

harga untuk sebuah kelalaian

salam..
alhamdulilah..bersyukur ke hadrat ilahi kerna mlm ni 20hb may 2011( skrg dah 21 may dah pown) aku dah berjaya melalui ketujuh-tujuh paper dgn jayanya tanpa sebarang masalah..sakit2 biasa tu, biasalah kan? skrg, aku hanya mampu berdoa agar keputusan aku nanti cemerlang..insyaALLAH...tp, tula, agak terkilan sebab aku xleh balik lg..sepatut-patutunya, 21hb kemungkinan aku dah kat rumah..huhuhu..T__T.
tp,aku tepaksa menunda tarikh balik ke bulan 6 sbb aku amik intersesi,, sedihnya,...tp, aku terpaksa kuatkan hati jugak..xlama lg pun....exam dah habis..mood utk packing barang xdtg2 ag..yela, wat pe semangat2 nk packing, bukan balik awal pun..kekawan yg lain masih dlm mood exam..begitu juga rumate aku..
hurmm..nak mengeluh xelok..
tp, inilah harga yg perlu aku bayar sebab aku terlalu leka dulu..
semua perkara aku amik mudah,
xpenah nk serius.
sekarang, aku merasai akibatnya.
cuti aku jd singkat..
padan muka aku..
aku rindu sgt2 ngn family aku...
tp, aku kene korbankan perasaan rindu aku..
aku lakukan semua ni utk mereka semua gak..
supaya keluarga aku terutamanya abah dan umi boleh tersenyum bangga saat aku naik ke pentas menerima segulung ijazah yg dididamkan..
insyaALLAH..
si bongsu ku sudah pandai nk main sms dgn aku..
rindu agaknya..
biasalah...
kat rumah dia rapat ngn aku...
sedih lak asee..
nk kemas brg lak malas..
nk celebrate abis exam pun xde ati..
huhuhu...
xpe2...senior aku penah pesan, hargailah masa kat u ni selagi kita sempat..
bila dah habis nanti, kita akan rindu waktu2 dan saat2 manis bersama kwn2 kat sini..
tambah pulak aku ada setahun lg kat sini..insyaALLAH..
byk dah memori yg tercipta kat sini..
sedar aau tidak..
sem depan pulak aku jd fesi..
lagilah..
kene dtg awal lak...
xsampai seminggu raya kat rumah...
waaaa
:'(
sgt sediss..
ishkk..
ok dah2..
stop dulu..
sat2 ag sambung balik..
k

salam sayangdari puteri umi dan abah..

Rabu, 18 Mei 2011

nazam ibu mengandung

Ibu mengandung sembilan bulan

Lebih dan kurang tak ditentukan

Lahirkan dikau berapa kesakitan

Berpantang pula minum dan makan

Cukuplah masa sampai ketika
Lahirlah engkau ke dalam dunia
Barulah suka ibu dan bapa
Kepada engkau sangat kasihnya

Harap ibumu bukan sedikit
Tinggilah harap darinya bukit
Lama ibumu merasa sakit
Sembilan bulan tidak berbangkit

Setelah kamu sudahlah ada
Siang dan malam ibumu jaga
Tidurpun tidak barang seketika
Makan dan minum tidak berasa

Berapalah dian dengannya tanglung
Diangkat dituam lalu dibedung
Sudahla jaga lalu didukung
Kasih dan sayang tidak tertanggung

Tidaklah tentu siang dan malam
Bangun memangku di dalam kelam
Terkejut jaga di tengah malam
Tidurpun tidak lekat di tilam

Rela ibumu menanggung hutang
Kain dan baju tidak dipandang
Basah diampai kering dipinggang
Didukung galas tidak berengggang

Kenang ayahmu anak bangsawan
Barang katanya jangan dilawan
Ibu bapamu hubungan Tuhan
Baru sempurna anak budiman

Hai segala anaknya adam
Kasihnya ibu tiada sempadan
Kasihnya ayah rela berkorban
Badan dan nyawa jadi taruhan

salam..

huhu

ada sesiapa x yg pernah dgr nazam ni?
first time aku dgr nazam ni masa aku tingkatan berapa ntah, lupa..
tp, ase2 nye masa kecik2 ag kot..masa tu ada program motivasi kat sekolah.. aku pon join la kan? pas tu kan, adalah satu bhgian acara ni,kami semua diminta pejamkan mata..bayangkan wajah ibu masing2..

aku pun wat la..pas tu diorang pon dendangkanlah bende ni..awal2 tu rilek dulu..lama2 cket, waaaa..toching beb..nangis bagai nak rak..

mmg segala dosa2 aku ngn umi abah teawang2 di kepala la masa tu..
yela, masa muda2 kan, apa taw..huhu
pas abis nazam ni, aku bukak lah mata, silau kot..hehe
rupa-rupanya, satu dewan nangis...ingat aku jer..
hehehe..

tp, ada gak yg biasa2 jer..mcm budak2 laki..biasa lah..nangis kan takut dikatakan x macho..hehe..tp, seyes, habis basah kertas yang kat atas riba aku..kuat giler nangis..biasalah,aku ni nampak jer kasar, tp sebenarnya jiwa lembut dan sensitif...huhuhu..


k lah, dah asar ni, out dulu..nt sesenang kita jumpa ag..babai..

salam sayang dari puteri umi dan abah..^__^

alhamdulilah....

Berita Gembira buat seluruh Rakyat Negeri Kelantan. Akhirnya...
-------------------------------------------------------------------------
Al-Hamdulillah, akhirnya..
stadium berkapasiti 40000 penonton, dilengkapi ruang solat yang lebih banyak dan selesa,.. insya Allah dapat memenuhi kehendak peminat sukan tanpa mengenepikan perintah Allah..

terima kasih kerajaanku..
-dipetik dari status Ustaz Ahmad Baihaki
-------------------------------------------------------------------------
Kenyataan Media YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini. Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium. Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri. Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti.

Cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.

Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah.

Sekian.

YAB TUAN GURU DATO BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 14 Jamadil Akhir 1432H / 18 Mei 2011M

*kenyataan ini dibaca semasa sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 18 Mei 2011

Selasa, 17 Mei 2011

movie time!!

salam...
pg ni, aku nk citer cket pasal citer yg aku kembali gilak padanya..
hehehe..
xlain xbukan,xbukan xlain..
citer
LORD OF THE RINGS laaa..
aku sukew citer2 yg cenggini..
i dont know why..
but i love it so much..
ok2..
berbalik pd citer LOTR,
kalu sape yg minat citer ni cam aku
korang mesti taw kenapa..
kalau yg xminat, xpe, aku xmarah..
hehe

citer ni ada 3 sekuel..kiranya bersambung2 lah..tp, part yg paling best mestilah yg ke-3..part kemuncak..bila white city diserang oleh makhluk2 yg hudus lagi jelik tu..eee..gelik dowww...hahaha..
ish2, syok sgt bercerita, lupa lak nk perkenalkan pelakon2 hebat dlm citer ni.
elijah wood yg comel g2, orlando bloom yg cute..cute ker??, ada liv taylor,ian mckleland,viggo mortensen, sean astin, sorang lagi ensem boy,david wenhem,dan miranda otto ,ehehe..mcm2 hal..
citer ni best ngn especially part orlando bloom tarik anak panah dy..
aku sukew..dy comel ngt dlm citer nih..
aku sukaaa..jatuh hati doww...heheeh..

aku ingat ag, aku pernah bercita2 bila aku ada lappy nt,a ku nk simpan citer ni dlm lappy aku, so skunk, dah ada dah..alhamdulilah..bila free jer aku tgk,,bila tgk jer, aku free. ekekeee..




kannn?? itu aku la, xtaw lak korang cam ne..my legolas...hehehe


ok, sesiapa yg tak taw ag citer nya, meh aku citer,. citer ni berkisah kan ttg sebentuk cincin..cincin ni mampu memberi kuasa yg maksima kpd pemakainnya dan mampu mempengaruhi org utk wat jahat..so, dipendekkan citer, si mr froddo ni tawarkan diri utk pegi musnahkan cincin ni kat satu tempat.. pelbagai halanhan dan dugaan yg terpaksa mereka tempuh utk kesana. lepas tu, masa pegi tumpang tidur kat perkampungan org bunian, frodo telah ditunjukkan oleh puteri tu apa yg akan jd masa akan dtg..so, pas tgk semuatu, dy jd takut dan amik keputusan utk pegi sorang sbb xnak kwn2 dy mati. pas tu,kawan dy sam ikut gak..pegilah mereka berdua ni. pas tu, dlm masa yg sama bandar putih akan diserang oleh puok2 udoh ni..si legolas ngn aragon n sorang ag, lupa nama dy pegi mintak tlg ngn roh2 pahlawan.
n dipendekkan citer, hepi ending ler..malas ak nk citer byk2..tgk sendiri lg syok..
hehe


k la, nt kita jumpa ag..utk sambungan seterusnya..
k
salam sayang dari puteri abah dan umi ^__^



Isnin, 16 Mei 2011

adakah kita bertemu orang yg salah??


Terkadang kita terfikir :

Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?

Teman sekerja yang tak 'ngam'?

Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?

Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?

Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?

(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)

((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))

Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.

Pelbagai ragam dan karenah manusia yang dapat kita temui di dunia ini.

Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]

Untuk lita'arafu..

Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.

Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.

Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.

Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.

Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.

Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..

Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?

Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...

Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.

Takkan!

Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.

Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.

Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.

Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.

Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'

Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.

Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,

Untuk kita belajar sesuatu darinya.

Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.

Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.

Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.

Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.

Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?

Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.

Itulah dia Allah.

Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.

Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.

And He Knows best.

Wallahua'lam.

Bersabar, dan teruslah berdoa.

Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

- Artikel iluvislam.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...