بسم الله الرحمن الرحيم.
C cantik & C hensem ^__^
kata- kata aluan dari pemilik syarikat
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V
Jumaat, 12 Julai 2013
Hadis Palsu Berkenaan Fadhilat Tarawikh
begitu cepatkan masa berlalu... dah 4 hari dah muslimin dan muslimat berpuasa di bulan yg mulia ni.. alhamdulilah... cik teah pula Ramadhan tahun ni berpuasa di rantauan.. sekali lagi bergelar 'perantau worrior'.. tp alhamdulilah, ALLAH bagi kesemptan kat Cik Teah untuk menyambut 1 Ramadhan bersama family tercinta.. okey, banyak Cik Teah nak share sebenarnya, pagi tadi lepas sahur and solat subuh, teringin share perkara PENTING..
1) penyebaran hadis palsu tentang kelebihan dan fadhilat solat terawikh.. mungkin perkara ini sudah lama, namun masih ramai yg keliru dan tak tahu.. ekoran dari situ, ramai lah yg share dan post kat facebook n blog ttg perkara ini walaupun mereka tidak tahu kesahihannya...masyaALLAH...
p/s : INGAT YER RAKAN2..HENTIKAN PENYEBARAN HADIS2 PALSU..
Sabtu, 17 Disember 2011
Surat Nabi Muhammad SAW Kepada Paderi St. Catherine’s Monastery
Surat Nabi Muhammad Kepada Paderi St. Catherine’s MonasteryPada tahun 628 Nabi Muhammad SAW mengeluarkan Piagam Anugerah kepada biarawan St. Catherine Monastery di Mount Sinai.
Surat ini mengandungi tentang aspek-aspek hak asasi manusia termasuk perlindungan bagi umat Kristian, kebebasan beribadah dan bergerak, menjaga harta mereka, dan hak untuk dilindungi di dalam medan perang.
Pada tahun 1517, piagam asli ini diambil oleh Sultan Selim I dari Turki dan kini berada diMuzium Topkapi di Istanbul. Akan tetapi Sultan memberikan salinan piagam tersebut kepada para biarawan, dan mengkaji isi piagam tersebut.
Rabu, 23 November 2011
SALAM MAAL HIJRAH 1433 H

Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.
Ahad, 5 Jun 2011
WANITA BERAGAMA JAMIN KEBAHAGIAAN BERUMAH TANGGA

FIRMAN Allah bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang yang salih daripada hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur: 32).
Ibnu Kathir menegaskan, ayat itu mengandungi beberapa hukum yang jelas dan suruhan wajib ditaati. Ayat itu perintah supaya mengahwinkan sesiapa dalam kalangan umat Islam yang mampu dan bersedia
Sebahagian ulama berpendapat, wajib kahwin bagi setiap yang mampu. Mereka mengambil dalil sabda Nabi bermaksud: “Wahai sekalian pemuda, barang siapa daripada kalangan kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin. Sesungguhnya ia (perkahwinan) boleh menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa kerana ia (puasa itu) menjadi penawar baginya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Imam al-Qurtubi mentafsirkan perintah berkahwin termasuk dalam bab pengawalan kehormatan diri dan kebaikan maslahah ummah. Dengan kata lain, kahwinkan orang yang tiada pasangan dalam kalangan kamu kerana sesungguhnya ia adalah jalan menjaga kehormatan diri.
Kemudian ayat tadi menerangkan hukum mengenai hamba. Dikatakan juga bahawa makna ayat itu ialah hendaklah keinginan untuk mengahwinkan hamba itu mesti hamba yang baik, maka harus mengahwinkannya.
Rasulullah bersabda maksudnya: “Dinikahi seorang wanita kerana empat perkara iaitu harta, keturunan, rupa paras dan agamanya. Utamakan yang punya agama, kamu akan memperoleh keuntungan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Rasulullah bersabda lagi maksudnya: “Bila anda didatangi oleh orang yang ada agama dan berakhlak baik, maka terimalah jangan dipersiakan nanti kamu ditimpa bencana dan malapetaka.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad)
Allah berfirman maksudnya: “Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.”
Imam al-Qurtubi mentafsirkan, ayat itu merujuk kepada orang yang merdeka. Maknanya, janganlah kamu halang daripada mengahwinkan mereka dengan sebab kemiskinan si lelaki atau perempuan. Ayat ini adalah janji Allah dengan kekayaan kepada orang berkahwin yang mencari keredaan Allah dan memelihara diri daripada maksiat.
Rasulullah bersabda maksudnya: “Tiga perkara yang setiap mereka itu adalah hak ke atas Allah menolongnya, iaitu orang yang berjuang pada jalan Allah, orang yang ingin berkahwin yang ingin memelihara kehormatan, dan hamba mukatab yang mahu merdeka.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Nabi Muhammad pernah mengahwinkan seorang perempuan yang datang kepada Baginda menyerahkan dirinya kepada seorang yang tidak berharta melainkan sehelai kain. Tidak lama selepas itu, perempuan tadi menuntut fasakh nikah kerana kemiskinan, kerana ia pernah atau biasa susah.
Adapun yang sering berlaku demikian (fasakh) ialah apabila seorang perempuan yang sebelumnya hidup senang, tiba-tiba hidup susah selepas berkahwin, kerana biasanya rasa lapar membuatkan orang itu tidak boleh bersabar.
An-Naqqaasy berkata, ayat ini menjadi hujah terhadap orang yang berkata: “Sesungguhnya kadi boleh memisahkan antara suami isteri jika suami itu miskin yang menyebabkan dia tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya.”
Ini adalah pendapat yang daif. Ayat ini bukan hukum pada orang yang tidak mampu memberi nafkah, tetapi ia adalah janji akan diberikan kekayaan bagi orang yang berkahwin orang miskin. Adapun orang yang kahwin orang senang, tetapi menjadi susah selepas daripada itu, maka boleh dipisahkan antara kedua-duanya.
Allah berfirman: “Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari limpah kurnia-Nya.” (Surah An-Nisa: 130)
DATO DR HJ FADZILAH KAMSAH
Isnin, 23 Mei 2011
indahnya islam
kali ni, aQ terlintas untuk menulis sesuatu setelah sekian lama hanya bermain- main dalam minda.

'Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
sudah jelas dan terang bahawa setiap lelaki @ perempuan yang baik@soleh dan solehah akan mendapat pasangan yang setaraf dengannya iaitu baik, dan begitulah sebaliknya. betapa ALLAH swt itu maha adil dan penyayang. setiap yang ALLAH telah tentukan mempunyai 'sesuatu' samada ia tersurat atau tersirat.
ramai daripada kita yang bercita-cita untuk memiliki sebuah keluarga yang bahagia ataupun sakinah. tetapi, tidak krang juga yang mahu menjadikan lelaki@wanita yang soleh dan beriman sebagai pendamping hidup.
namun, sejauh manakah kita menyedari akan hakikat ini.
mereka meminta yang berlebih-lebihan, mengatasi apa yang sepatutnya yang layak bagi mereka. mereka menanam cita- cita yang tinggi, tapi mereka sendir tidak mahu berubah ke arah kebaikan. bukankah janji ALLAH itu pasti? oleh itu, aku berpesan- pesan kepada diri aku sendiri dan juga kepada orang lain tentang hakikat yang indah ini. jika kita mahukan sesuatu yang baik dan elok, maka kita sendiri hendaklah berubah dan memepertingkatkan diri kepada yang lebih baik dari yang sebelumnya. ALLAH itu adil, segala yang telah dijanjikan tidak akan berlaku dengan sia-sia,
aku nak ambil contoh yang terdekat lah, golongan artis yang merupakan public figure. apa yang mereka lakukan akan mendapat perhatian dalam masyarakat. pandangan orang mmg pelbagai, ada yang positif dan ada yang negatif. yang negatif tu, tak tahulah kenapa masih berfikiran macm tu, huhu..ok2 berbalik kpd entry,
artis yang saya nak amik contoh kat sini ialah ASHRAF MUSLIM..siapa yang tak kenal ashraf? seorang pelakon yang cukup berbakat dan kacak. dulu dia merupakan salah seorang penghias majalah, televisyen dan segala -bagai lagi.namun, takdir ALLAH sangat indah, selepas dia pulang dari melakukan umrah, ALLAH telah mengurniakan hidayah kepadanya.sungguh, hidayah itu milik ALLAH, Dia akan memhgurniakan kepada insan2 yang diingini-Nya. sesungguhnya bertuahlah mereka yang mendapatnya. berbalik kpd ASHRAF, selepas pulang dari mengerjakan umrah,ashraf berubah. dia kini sudah berhenti dari dunia lakonan dan sudah mempunyai sebuah pusat perubatan yang dipanggil AL-HIDAYAH..alhamdulilah.. rentetan dari itu, ashraff kini sudah pun bertunang dengan seorang bakal doktor. gadis itu cukup manis bertudung dan seorang daripad keluarga yang baik.alhamdulilah, syawal ini mereka akan melangsungkanperkahwinan. subhanallah..betapa besarnya kasih -sayang ALLAH..ashraf telah mendapat seorang gadis baik sebagai suri hidupnya selepas mengurniakan hidayah kepada lelaki yg bernama ashraff muslim..
asharaff dan bakal isteri, dayana..manis kan? bagai pinang dibelah 2.semoga mereka bahagia hingga ke akhir hayat.
seterusnya, ahmad fedtri yahya. beliau merupakan seorang perantara program malaysia hari ini. aku sendiri amat menyukai peribadi fedtri yg jujur dan sukakan ilmu. kta-katanya juga tersusun dan memberi impak.terutamanya dalam facebook sendiri, menunjukkan dia seorang yang bagaimana. dan beberpa hari lagi dia akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang pendidik yang berasal dari kelantan. paling manis, gadis ini ditemui di masjid. satu tempat yg suci..itulah yg dikatakan jodoh. alhamdulilah..bakal isteri fedtri seorang yang cukup alim dan tahu menjaga diri..boleh dikatakan ciri2 gadis solehah ada padanya.alhamdulilah..keduanya saling melengkapi dalam melahirkan sebuah keluarga yg sakinah..insya ALLAH.
begitulah, contoh2 yg paling dekat...jadi apa lagi, jika kita mahukan yg terbaik,yg soleh, berubahlah kita ke arah itu..insyaALLAH..kita dapat menikmati semua itu.. aku berpesan kpd kalian dan juga diri aku sendiri..jgn dirisaukan jika diri kita masih belum mempunyai pasangan, xperlu melakukan sesuatu yg terdesak.cepat atau lambat, jodoh kita tetap ada. jika kita tidak temuinya didunia,insyaALLAH, bidadari syurga setia menanti..jadi, sama2 kita mempertingkatkan amalan agar matinya kita adalah dalam keredhaan-Nya..sesungguhnya, cinta yg abadi hanya utk ALLAH, cinta yg tulus suci hanya utk ayahanda dan bonda..insyaALLAH.. :)
aku undur diri dulu..
salam sayang dari puteri umi dan abah ^__^
Sabtu, 21 Mei 2011
adab minum RASULULLAH
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.
Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"
Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).
Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.
Ringkasan adab minum :
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawasaki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.
- from CINA ISLAM (林川興)
Isnin, 16 Mei 2011
adakah kita bertemu orang yg salah??

Terkadang kita terfikir :
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman sekerja yang tak 'ngam'?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?
Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)
((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))
Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]
Untuk lita'arafu..
Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.
Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.
And He Knows best.
Wallahua'lam.
Bersabar, dan teruslah berdoa.
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..
Selasa, 10 Mei 2011
langkah2 memelihara IMAN..
Iman itu boleh bertambah dan berkurang.Iman juga boleh dihinggapi penyakit.
Firman Allah yang mafhumnya:
“Di dalam hati mereka ada penyakit”(Al-Baqarah:10)
Hakikat bertambahnya iman seseorang dinyatakan oleh Al-Quran sebagai berikut
“Sesungguhnya orang -orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka.”(Al-Anfal:2)
“Adapun orang-orang yang beriman maka surah ini menambah imannya.”(At-Taubah:124)
“Dan tatkala orang-orang mu’min melihat tentera-tentera Ahzab,mereka berkata’Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita’.Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya.Dan demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan penyerahan”.(Al-Ahzab:22)
Oleh itu setiap mu’min hendaklah sentiasa berusaha agar imannya sentiasa bertambah dan berjaga-jaga daripada perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesejahteraan imannya.Beberapa langkah utama yang mesti dijaga oleh setiap mu’min untuk menjaga kesejahteraan imannya adalah seperti berikut:
MENUNTUT ILMU
Orang yang mencari ilmu untuk dijadikan bekalan dalam perjalanan hidup untuk hari kemudian dan berniat untuk mencari keredhaan Allah semata-mata,maka ia termasuk dalam golongan orang-orang yang bakal memperolehi keselamatan dan kejayaan.
Imam Al-Ghazali menyatakan:
“Yang paling utama sekali adalah waktu kamu digunakan untuk menambah ilmu yang berguna dan bermanfaat terhadap deen,iaitu ilmu yang dapat menghantar kamu menuju ketaqwaan kepada Allah,membuka kesedaran kamu untuk menyaksikan segala keburukan yang terdapat dalam dirimu.Memperdalamkan ma’rifat terhadap ibadah kepada Allah.Mengurangkan hasrat kamu yang berlebihan terhadap dunia dan menambah keterlibatan dirimu terhadap kehidupan di akhirat kelak.Ilmu ini dapat membuka lebar mata hatimu terhadap cacat cela segala macam perbuatanmu,sehingga kamu dapat menjaga jangan sampai berulang lagi perbuatan yang buruk,malah membuat kamu lebih berwaspada dan berhati-hati terhadap godaan-godaan syaitan dan tipu dayanya.”
MENTAATI PERINTAH ALLAH
Taat itu bermaksud menurut atau patuh kepada peraturan dan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah.Perintah -perintah Allah terdiri daripada perkara yang wajib dan sunat.
Perkara yang wajib adalah merupakan perkara pokok yang paling penting bagi menggerakkan setiap urusan serta membawa manusia ke jalan yang selamat dan bahagia.Perkara sunat pula merupakan keuntungan yang memberikan dan mengangkat darjat kepada kejayaan dan kemuliaan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:
“Allah berfirman :Siapa pun belum dapat disebut telah mendekatkan diri kepadaKu kerana telah menunaikan semua perintah yang fardhu sahaja, tetapi seorang hamba baru dapat disebut mendekatkan (taqarrub) diri kepadaKu dengan mengerjakan perintah-perintah yang sunat sehingga akhirnya Aku mencintainya.Apabila Aku telah mencintainya maka Akulah telinga yang dengannya ia mendengar,mata yang dengannya ia melihat,lidah yang dengannya dia berkata-kata, tangan yang dengannya ia lakukan setiap usahanya dan kaki yang dengannya bagi tiap langkahnya.”
Dalam mentaati perintah Allah seseorang mu’min mestilah menunaikan kewajipan yang telah difardhukan kepadanya seperti solat, puasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji dan mengeluarkan zakat.
Demi untuk memastikan keempat-empat fardhu ini hidup di dalam dirinya hendaklah ia menyeru manusia kepada pelaksanaannya serta melarang manusia dari mengabaikannya.Usaha ini dinamakan sebagai ‘amru bil ma’ruf wa nahu ‘anil mungkar’.Oleh itu sekiranya tugas ini tidak dilaksanakan dengan sempurna,maka menjadi kewajipan kepadanya untuk melaksanakan.
Di samping melakukan perkara-perkara fardhu,seorang mu’min itu hendaklah meningkatkan dirinya bagi melaksanakan amalan-amalan yang sunat.Amalan yang sunat ini begitu luas ruang lingkupnya.Oleh itu perkara yang paling penting dalam melaksanakan amalan-amalan sunat ini hendaklah ia berdasarkan petunjuk-petunjuk dari sunnah Rasulullah s.a.w.
MENJAUHI MAKSIAT
Seorang mu’min itu juga mestilah menjauhi dirinya dari maksiat.Memandang berat terhadap dosa-dosa besar , berwaspada terhadap dosa-dosa kecil dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhinya.
Imam Al-Ghazali member peringatan:
“Di dalam tuntutan deen terdapat dua perkara yang sangat penting untuk diperhatikan:Pertama ,meninggalkan dan menjauhi segala sesuatu yang dilarang dan diharamkan.Kedua, berbuat taat dan menunaikan segala perintah , beribadah dan berbakti kepada Allah.
Di antara keduanya itu, menjauhi segala yang dilarang dan diharamkan itu adalah suatu hal yang terlalu berat, kerana ketaatan melaksanakn perintah Allah memang mampu dilaksanakan, tetapi meninggalkan dan menjauhi apa yang dilarang dan diharamkan itu,tida yang mampu kecuali yang benar-benar beriman”
Untuk menjadikan iman jauh dari pengaruh maksiat hendaklah seseorang muslim itu menjaga adab-adab yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw.Ini adalah kerana kebiasaanya syaitan itu menyerang manusia dari pintu-pintu yang terlemah di dalam dirinya.Oleh itu hendaklah ia membentengi dirinya dari serangan-serangan syaitan.
~ sharing is caring…………..Mahabbah Fillah

Jumaat, 6 Mei 2011
barang2 berharga peninggalan RASULULLAH S.A.W


















