بسم الله الرحمن الرحيم.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

C cantik & C hensem ^__^

kata- kata aluan dari pemilik syarikat

*TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENJENGAH KE PAGES YG X SEBERAPA INI...
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V

Terdapat ralat dalam alat ini

Rabu, 5 September 2012

kenapa lelaki suka bergaduh dengan perempuan


Siapa dah baca buku Men From Mars, Women From Venus? Kalau korang baca buku tu mesti korang tahu kenapa lelaki dengan perempuan asyik bergaduh, kenapa lelaki ego dan perempuan sedikit emo. Agak-agak yang perempuan,betul ke korang faham semuanya pasal lelaki? Ini bukan topik gender bias, yelah ada orang sensitif sikit pasal isu gender ni. Hahaha. Tapi saje nak kongsi fakta tentang seorang lelaki. 8)
1. Lelaki tertarik dengan wanita bukan dari rupa paras,tetapi dari segi kekemasan penampilan dan kematangannya.
2. Bila lelaki cakap,”saya tak faham lah dengan awak ni camane” maksud cara wanita berfikir tak sama seperti lelaki.
3. Lelaki boleh angau dengan senyuman seorang wanita. Ohhh~
4. Perkara sensitif bagi lelaki adalah bila teman wanitanya selalu menceritakan perihal bekas kekasihnya.
5. Jangan provok lelaki atau cabar dia dengan mengapi-apikan tentang sesuatu,mesti dia buat punya. Kalau provok benda buruk,lain jadinya.
6. Bila lelaki berkata,”tinggalkan saya seorang diri” itu bermaksud “saya harap awak boleh ada disisi dan menenangkan saya”
7. Lelaki tak suka perempuan gedik!
8. Bagi lelaki, sayang itu tak diluahkan dengan kata-kata tetapi lebih kepada memberi perhatian dan ambil berat terhadap wanita itu.
9. Kadang-kadang lelaki tiada keputusan yang muktamad. Hahaha.
10. Lelaki sukakan wanita yang pandai memasak dan buat kek.
11. Jangan prejudis dan berprasangka terhadap lelaki berkenaan cinta. Bila dia tahu wanita percayakan dia,lelaki akan menjadi begitu serius dalam perhubungan.
12. Lelaki pun menangis. Erkkkk !
13. Bila lelaki menelefon wanita atau ingin memulakan perbualan, soalan pertama yang akan ditanya “ tengah buat apa? sibuk ke?” atau “ awak dah makan?”
14. Sebelum mempercayai seorang lelaki,uji lah dia dulu. Tapi jangan berpanjangan,confirm dia bosan dan anggap wanita tak percayakan dia. Lepas tu, say good bye lerr.
15. Lelaki benci kekotoran dibajunya walaupun kotor tu kecik je. Bagi lelaki,penampilan adalah segalanya.
16. Lelaki akan cuba membelikan barang yang selalunya wanita suka,tapi biasanya mesti tersalah beli. Tak sama jiwa kot. Hahaha.
17. Bila lelaki katakan “awak nampak cantik” bermaksud dia sukakan wanita itu.
18. Bila lelaki minta peluang kedua untuk betulkan kesilapan,berilah ia ruang.Tapi kalau sekali lagi dia buat perangai boleh lupakan je.
19. Lelaki punya banyak masalah tersimpan yang tidak terlihat dari pandangan mata kasar.
20. Bila berbual lelaki tiba-tiba terdiam,wanita perlu katakan sesuatu.
21. Lelaki juga sukakan wanita yang penyayang.
22. Bila betul-betul serius dalam perhubungan,seorang lelaki akan  menyayangi wanita lebih daripada apa yang anda jangkakan. Dan juga lebih dari cara anda menyayangi lelaki tersebut.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...