بسم الله الرحمن الرحيم.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

C cantik & C hensem ^__^

kata- kata aluan dari pemilik syarikat

*TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENJENGAH KE PAGES YG X SEBERAPA INI...
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V

Rabu, 5 September 2012

kenapa lelaki suka bergaduh dengan perempuan


Siapa dah baca buku Men From Mars, Women From Venus? Kalau korang baca buku tu mesti korang tahu kenapa lelaki dengan perempuan asyik bergaduh, kenapa lelaki ego dan perempuan sedikit emo. Agak-agak yang perempuan,betul ke korang faham semuanya pasal lelaki? Ini bukan topik gender bias, yelah ada orang sensitif sikit pasal isu gender ni. Hahaha. Tapi saje nak kongsi fakta tentang seorang lelaki. 8)
1. Lelaki tertarik dengan wanita bukan dari rupa paras,tetapi dari segi kekemasan penampilan dan kematangannya.
2. Bila lelaki cakap,”saya tak faham lah dengan awak ni camane” maksud cara wanita berfikir tak sama seperti lelaki.
3. Lelaki boleh angau dengan senyuman seorang wanita. Ohhh~
4. Perkara sensitif bagi lelaki adalah bila teman wanitanya selalu menceritakan perihal bekas kekasihnya.
5. Jangan provok lelaki atau cabar dia dengan mengapi-apikan tentang sesuatu,mesti dia buat punya. Kalau provok benda buruk,lain jadinya.
6. Bila lelaki berkata,”tinggalkan saya seorang diri” itu bermaksud “saya harap awak boleh ada disisi dan menenangkan saya”
7. Lelaki tak suka perempuan gedik!
8. Bagi lelaki, sayang itu tak diluahkan dengan kata-kata tetapi lebih kepada memberi perhatian dan ambil berat terhadap wanita itu.
9. Kadang-kadang lelaki tiada keputusan yang muktamad. Hahaha.
10. Lelaki sukakan wanita yang pandai memasak dan buat kek.
11. Jangan prejudis dan berprasangka terhadap lelaki berkenaan cinta. Bila dia tahu wanita percayakan dia,lelaki akan menjadi begitu serius dalam perhubungan.
12. Lelaki pun menangis. Erkkkk !
13. Bila lelaki menelefon wanita atau ingin memulakan perbualan, soalan pertama yang akan ditanya “ tengah buat apa? sibuk ke?” atau “ awak dah makan?”
14. Sebelum mempercayai seorang lelaki,uji lah dia dulu. Tapi jangan berpanjangan,confirm dia bosan dan anggap wanita tak percayakan dia. Lepas tu, say good bye lerr.
15. Lelaki benci kekotoran dibajunya walaupun kotor tu kecik je. Bagi lelaki,penampilan adalah segalanya.
16. Lelaki akan cuba membelikan barang yang selalunya wanita suka,tapi biasanya mesti tersalah beli. Tak sama jiwa kot. Hahaha.
17. Bila lelaki katakan “awak nampak cantik” bermaksud dia sukakan wanita itu.
18. Bila lelaki minta peluang kedua untuk betulkan kesilapan,berilah ia ruang.Tapi kalau sekali lagi dia buat perangai boleh lupakan je.
19. Lelaki punya banyak masalah tersimpan yang tidak terlihat dari pandangan mata kasar.
20. Bila berbual lelaki tiba-tiba terdiam,wanita perlu katakan sesuatu.
21. Lelaki juga sukakan wanita yang penyayang.
22. Bila betul-betul serius dalam perhubungan,seorang lelaki akan  menyayangi wanita lebih daripada apa yang anda jangkakan. Dan juga lebih dari cara anda menyayangi lelaki tersebut.




my feveret

Assalamualaikum dan pagi semuanya!!

okey, CikTeah nak tanya you'olls la,salah x kalau seorang gadis yg ayu *bwekk
ni minat kartun???

yela,CikTeah tahu,kartun tu untuk bebudak kecik..tapi,CikTeah ni selayaknya jadi mak budak dah pown...yela,gadis2 seusia CikTeah ni seharusnya minat jiwa2 punya cerita...mcm drama ke,cintan-cintun ker..tp,hurm...sorilah, xberapa minat..haha
CikTeah ni mmg hantu BOBOIBOY and NARUTO.. mmg giler sgt2 lah,sampai tiap episod xkan miss lah...haha



p/s: maybe dah ada anak nanti,sama naik ngn anak tgk kartun..wakakaka

Selasa, 4 September 2012

i'm not his babysitter okey.. =,=

Assalamualaikum...

hye sume..nice to meet you all again..ewah, cakap org putih pulak...haha
ok, bukan apa, sesekali-sesekala..
okey,berbalik kepada tittle td..

i'm not his babysitter ni tercetus disebabkan...*okey,sebelum tu,nak gtaw his tersebut bukannya baby..kalau baby, CikTeah tak kisah dan lagi suka sbb CikTeah mmg suka baby..tapi kata ganti nama tu merujuk kepada seseorang manusia yang sudah selayaknya boleh jadi bapak baby dah pown...haha

okey, CikTeah mmg hairan dan pelik bila setiap kali batang hidung die tak nampak kat sini, sume orang tanya CikTeah?? why??khiu??purkey? ingat CikTeah ni pengasuh die ke? nak best lagi,ingat bini die ke??? sebab kununnya tahu semua tentang dia..mana dia pergi,apa dia makan? dia masuk ke tak hari ni? ishh,rimas laa..
yang sekoq tu pulak suka hilang..ce la beritahu sape2 bila nak ilang tu, senang... xde la orang tanya aku...haishh...nak kena ikat jugak kaki budak nih..suka sungguh kerayapan...


sy tak kisah orang nak bertanya..tapi,please jangan tanya pasal 'bapak baby' tu..sbb jawapan CikTeah hanya 2. sama ada xtahu @ sy bukan pengasuh dia..harap maklum...sekian dilaporkan utk cerita sana-sini..hahaha



Ahad, 2 September 2012

tolong!! ini penting


Tolong... Tolong, perbetulkan sejarah gambar ini.

Ini BUKANnya jasad Tok Janggut, Haji Mat Hassan Bin Munas, tetapi jasad askar sikh yang terkorban semasa Perang Pasir Puteh, Tok Janggut telah diselamatkan Mat kelubi dan dilarikan ke Gua Musang dalam keadaan cedera.

Tok Janggut terus hidup dengan menggunakan nama Haji Ahmad dan menetap di Panji Kota Bharu Kelantan berkahwin dan mempunyai zuriat , hidup sehingga tahun 1969.

Perlu kita ketahui bahawa tujuan jasad ini dipamerkan pada masyarakat kota bharu adalag untuk menakutkan orang melayu ketika itu, penting kita tahu kenapa diarakkan sekitar kota bharu sahaja, Kerana orang kota bharu tidak pernah melihat wajah Tok Janggut, hanya mendengar cerita berkaitan perjuangannya sahaja(british gelar pemberontakan).

Sejarah berkaitan gambar ini perlu diterang jelaskan, bagi mengelakkan aib pada Haji Mat Hassan Bin Munas, dan keturunannya.

sumber: cucu cicit Tok Janggut

senyum sorang-sorang = sewel??

Assalamualaikum semua...

hari ini cikTeah nak stori-mori sekit pasal 'senyum sorang-sorang = sewel?? betulkah kenyataan ini??
hurmm...bagi CikTeah, kenyataan ini tidak betul..dan CikTeah rasa semua orang termasuklah CikTeah pernah mengalaminya..senyum sorang-sorang ni disebabkan faktor ini

bila kita teringat suatu peristiwa atau kenangan yang melucukan dan bagi kita peristiwa itu manis..

betul tak apa CikTeah cakap??

cuba ingat2 balik apa peristiwa manis yang u'olls pernah lalui..tak kisah lah bersama sapa pun...tapi, CikTeah rasa kalau peristiwa itu membabitkan orang yang istimewa, lagilah lebar senyumannya kan? hehehe

okey, diakui oleh SIRIM, CikTeah pernah mengalami hal ini..tapi, xdelah senyum2 depan orang..maybe orang akan cakap kita sewel, dan kalau org kelantan pulak akan ckp 'tgh koya'..

semua ni adalah salah satu perkara atau warna -warni dalam kehidupan kita.yang akan mengindahkan lagi perjalanan kehidupan kita yang pelbagai ragam nie...kalau sedih selalu xbest jugak kan? kene ada hepi2 jugak...kan?




p/s : hidup akan jadi indah bila kita senyum..so,senyum selalu walaupun kita tgh hadapi masalah dan kesulitan... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...