بسم الله الرحمن الرحيم.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

C cantik & C hensem ^__^

kata- kata aluan dari pemilik syarikat

*TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENJENGAH KE PAGES YG X SEBERAPA INI...
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V

Rabu, 4 Disember 2013

yang indah itu kenangan...

Assalamualaikum...w.b.t

hari ini kemungkinan hari terakhir di Universiti Utara Malaysia..tak tahulah bila lagi boleh menjejakkan kaki ke sini semula...banyak kenangan pahit dan manis sepanjang Ana berada di sini..rasa sebak mula menular dalam hati bilamana saat utk meninggalkannya semakin hampir...sungguh,Ana rindu suasana belajar yg dulu...ukhwah yg terjalin mana mungkin boleh dibeli dengan wang ringgit..sungguh indah...

3.12.13,akhirnya aku berjaya mengenggam segulung ijazah..alhamdulilah.ribuan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada setiap insan yang terlibat di sebalik kejayaan ini sama ada rasmi ataupun tidak...abah dan umi,keluarga,cikgu-cikgu yg mengajar Ana dari tadika hingga lah ke tingkatan 6, pensyarah-pensyarah, sahabat susah senang, rakan -rakan yang tersayang..sesungguhnya,kalian adalah permata yg tak ternilai..hanya ALLAH jua yang dapat membalasa jasa kalian..

sepanjang seminggu disini, banyak kenangan yg Ana tambah sebagai 'koleksi peribadi' yg akan tetap setia bersemadi di dalam ingatan dan hati..inshaaALLAH...kebanyakan junior Ana sekarang menjadi orang-orang penting dan berjaya dalam bidang masing-masing..akak bangga dengan kalina semua...semoga kalian akan terus berjaya dunia dan akhirat...terima kasih sebab jadi adik-adik yg baik utk akak...saya sayang anda semua... :)

dalam kegembiraan ada terselit sedikit kesedihan...Ana mengucapkan takziah kepada junior Ana yang bernama Asraf Afiq kerana bapa yang dikasihi kini menemui penciptanya..salam takziah..semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang - orang yang beriman.. semoga kamu kuat ya menempuhi hari-hari mendatang..inshaALLAH...

namun,hari ini ada bahagianya bilamana Amirul Rahim yangjuga merupakan junior Ana telah menyambut ulangtahun kelahirannya...sanah helwah mirul...semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dalam iman...semoga jua kamu berjaya di dunia dan akhirat..akak tak ada hadiah nak bagi...huhu..terima kasih untuk segala kebaikan yang diberikan. jangan nakal-nakal...:)

sejujurnya,kenangan disini tak akan mampu dijual beli..terima kasih ya ALLAH kerana memberikan 'kebahagiaan' ini untuk Ana..alhamdulilah...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...