بسم الله الرحمن الرحيم.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

C cantik & C hensem ^__^

kata- kata aluan dari pemilik syarikat

*TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENJENGAH KE PAGES YG X SEBERAPA INI...
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V

Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

Isnin, 27 Mei 2013

:)

assalamualaikum...
hyp! sudah agak lama tidak bertandang ke mari.. misi hari ni nak mengemas apa yang patut..buang segala sawang yg bermaharajalela,tukar perabot dulu..dll..hehe..quite busy..huhu..

ermm..hari ni second day teah berumur 24 tahun...semalam my birthday..epi bday to me...hehe :)
banyak yg berlaku sepanjang semester pertama tahun 2013 yg dah nak abieh nie...huhu...ada suka,ada duka..tp, biasalah kan? kehidupan..ada pasang surutnya...

tadi dapat coll minta dtg interview..suka tu memanglah suka..alhamdulilah sgt2..tapi,this place not mine..this is KL..not Kelantan.. i can imagine how i want and must starting new life without my family if i got the job..what i gonna to say..?? ALLAH..nak tinggal kat mana, pengangkutan lagi...hurmm..actully, teah bukanlah manja...tapi, tinggal almost sebulan kat sini, KL memang xkena dengan 'jiwa kampung' ini...huhu..

apa pun, i must face it..hope fully i can hadapi semua ni..insha ALLAH..ingat, ALLAH sentiasa ada untuk hamba-Nya..jadi..kita mesti kuat!

Ahad, 1 Mei 2011

Kekal Motivasi Selama 7 Hari Berturut-Turut! | iluvislam.com + discover the beauty of islam


Kekal Motivasi Selama 7 Hari Berturut-Turut! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Setiap manusia tidak terlepas daripada mempunyai sifat dahagakan kejayaan. Dalam buku motivasi Rahsia Minda Jutawan, ditulis oleh Amar Mahmood ada mengatakan bahawa jumlah manusia yang betul-betul mengejar kejayaan mereka tidak sampai 3%.

Kejayaan didorong oleh motivasi yang kuat untuk mencapai sesuatu. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang gagal untuk mengekalkan motivasi mereka. Ini menyebabkan ramai yang terkandas dan cepat mengalah sebelum bertindak.

Apakah faktor utama untuk kita mengekal motivasi selama 7 hari berturut-turut? Menurut kajian, apabila seseorang itu mampu mengekalkan motivasi selama 7 hari, maka proses untuk mencapai kejayaan adalah lebih mudah.

1 – Cari Ayat Motivasi Relevan Selari dengan Impian

Lakukan sedikit carian untuk mencari ayat motivasi atau 'quote' daripada pakar dalam bidang masing-masing. Pastikan ayat tersebut tersebut selari dengan impian yang kita ingin kecapi.

Selepas itu, tulis semula dalam kertas atau cetak. Kemudian tampalkan di tempat yang mudah untuk kita lihat setiap hari. Untuk tambahan, jadikan ayat motivasi tersebut sebagai 'wallpaper' komputer kita.

Pakar psikologi mendapati ayat-ayat motivasi mampu meningkatkan motivasi dengan segera. Ia akan menjadi lebih efektif jika kita mengulanginya setiap hari.

2 – Membina Kumpulan Motivasi

Robert Kiyosaki, penulis buku Rich Dad Poor Dad menyatakan bahawa seseorang itu mudah untuk mendapatkan motivasi berterusan, jika mereka bergerak secara kumpulan. Hal ini juga disebut dalam buku Think & Grow Rich oleh Napoleon Hill.

Apabila kita mempunyai kumpulan yang mempunyai matlamat sama, maka potensi untuk kita kekal bermotivasi adalah tinggi. Ini kerana setiap seorang akan menyumbang kekuatan untuk memotivasikan individu yang lain.

3 – Tulis Matlamat Setiap Hari

Dengan menulis matlamat setiap hari, kita dapat mengingatkan diri terhadap apa yang ingin dicapai pada masa akan datang. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan motivasi menerusi minda separa sedar.

Biasakan tulis matlamat sebelum kita tidur. Dengan cara ini, kita telah mengaktifkan minda separa sedar untuk memproses langkah-langkah, supaya mencapai matlamat kita tercapai.

Selamat beramal!

- Artikel iluvislam.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...