بسم الله الرحمن الرحيم.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

C cantik & C hensem ^__^

kata- kata aluan dari pemilik syarikat

*TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENJENGAH KE PAGES YG X SEBERAPA INI...
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V

Memaparkan catatan dengan label qalamMindaKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label qalamMindaKU. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Julai 2013

Detik-detik terakhir seorang penganggur.. :)

Assalamualaikum sahabat-sahabat Cik Teah..
pejam celik,celik pejam, ari ni dah 5 Ramadhan..
hari ni hari Ahad.. hari terakhir utk aku nikmati kebebasan sebagai seorang penganggur..
hal ini kerana esok, Isnin Cik Teah akan mula bekerja secara rasmi di UTS Marketing Solutions.
alhamdulilah..rezeki Ramadhan..macam2 perasaan ada berdebar, takut..yela, lepas abis belajar * grad bulan 10 nie, inilah job rasmi pertama Cik Teah sbb siap kena buka akaun kat sebuah bank.walaupun agak leceh, tp terpaksa ikut jugal sbb prosedur.

Hari ni ,lepas subuh n ngaji cket, boleh lagi lah bersenang-lenang on9, update status, tgk tv bagai..ase bebas je..tp, esok..lepas subuh, detik kebebasan itu akan hilang...hhuuhuhu..apa pun, hopefully semuanya berjalan lancar esok., bermula dari turun ke rumah hinggalah kembali semula ke rumah..in shaa ALLAH..esok kene prepared 'bekal' siap2 kene berbuka dalam bas@ monorel.. harap2 Cik Teah tak akan tertinggal solat terawikh... amin...aku kene terima sbb itu adalah takdir yg ALLAH tetapkan utk aku..walau sesusah mana pun.. aku x boleh give up dan mengalah..

Alhamdulilah YA ALLAH...terima kasih utk segala kurniaan-Mu ini...moga hamba-Mu ini tidak leka dr terus mengingati-Mu..jadikanlah aku hamba yg bersyukur.

for my family, i really miss all of you.may ALLAH always protect and bless them..hopefully raya nanti dpt lah beraya kat kampung halaman..in shaa ALLAH...

n for someone  yg far from my eyes but  close at my heart, jaga diri, jaga iman :)


setakat ini dulu ya shabat-sahabat..jaga diri, SELAMAT BERPUASA
 wasalamualaikum,,


nota kaki : alhamdulilah..




Jumaat, 12 Julai 2013

Rindu

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan to all my dearest friends..! macam mana hari ke-3 Ramadhan.? hopefully, semuanya baik-baik sahaja.. In shaa ALLAH...

ok, pernah dgr tak lirik lagu nasyid nie?

~~ rindu itu adalah, anugerah dari ALLAH..
     insan yang berhati nurani, punyai rasa rindu.
    

setiap manusia pastinya akan ada perasaan rindu...tak kira waktu dan masa, bila kita berjauhan dgn org yg kita sayang, perasaan rindu akan ada.. keluarga, sahabat, dan insan tersayang..so, the question is?

 how we must we manage this feeling if the technologies can't connect us with someone that we miss??

ahaa.. soalan yg bagus..

actully, cara yg paling efektif untuk kita 'mengawal' perasaan tersebut ialah dengan DOA..
yaa.. doa.. doa adalah penghubung terbaik dan mengatasi segala teknologi...ALLAHUAKBAR!! indahnya penghubung itu kerana ALLAH ada diantara kita dan orang yg dirindu..



p/s : sebaik- baik rindu ialah rindu kepada ALLAH dan Rasulullah.. :)

Khamis, 6 Mei 2010

epilog seorang insan yang tidak berdosa

tidak sabar rasanya untuk aku keluar dari rahim ibuku...sudah 9 bulan 10 hari aku terkurung di sini...ingin sekali aku menatap ciptaan Penciptaku, ibuku,dan sekeliannya...tentu ibu,ayah,atuk,nenek dan keluarga tidak sabar menanti kelahiran aku ke dunia...
saat yang aku tunggu telah tiba..aku ketakutan tiba-tiba.aku menangis memanggil ibuku..aku dibawa kesatu tempat.aku didukung oleh seseorang yang aku rasakan cukup asing sekali.mungkinkah dia akn membawa aku kepada ibu? aku rasakan sedikit lega..namun,mengapa aku tidak dibersihkan? mengapa aku hanya dibalut dengan kain sahaja?..aku menangis lagi memanggil ibuku.."ibu, mana ibu?saya lapar bu.."

tiba-tiba aku bertukar tangan kepada seorang lelaki.."adakah dia bapaku? yang akan mengazankan aku?" aku bingung dengan situasi itu..aku yang tidak mengerti apa-apa terus menangis memangil-manggil ibuku..namun,tangisan aku seolah-olah tiada maknanya kepada telinga-telinga itu..
aku dibawa oleh lelaki itu..ku lihat keadaan sekeliling gelap-gelita.."kemana aku ingin dibawa?" adakah aku akan dibawa pulang?"adakah aku akan dibawa kepada ibu?."

aku menangis hingga kepenatan..ternyata,sangkaan aku meleset...tiada wajah ibu,dan keluarga menyambut gembira kepulangan aku..hanya tong sampah yang menantiku...aku diletakkan disitu...lelaki itu berlalu meninggalkan aku..aku merayu supaya dia tidak meninggalkan aku disitu.aku ketakutan.aku menangis semahunya..

"ibu,aku lapar bu,.aku takut bu..tolong aku...aku sejuk disini bu...sakit ibu...serangga-serangga ini menggigit-gigit tubuh kecilku bu...aku tidak berdaya..."

"dalam kelaparn,aku ingin merasa walau setitik susumu ibu,dalam kesejukan ini aku ingin berada dalam dakapanmu ibu.Ibu,teganya ibu membiarkan aku kesakitan disini sendiri, mengapa bu?mengapa? aku tidak pernah meminta untuk wujud di muka bumi ini..tidak sesekali aku ingin andai aku tahu nasibku akan seperti ini..

tangisan aku semakin perlahan..aku semakin penat..aku sejuk,tubuhku sakit...tapi kesakitan ini tiada bandingnya jika dibandingkan dengan sakit dibuang sebegini..aku sudah mengerti siapa aku..nampaknya kehadiran aku telah membawa aib kepada mu ibu..maafkan aku ibu..air mataku sudah kekeringan,tenagaku sudah tiada...harapan aku semakin kosong...YaAllah,segeralah cabut nyawaku.aku sudah tidak sanggup menghadapi semua ini..aku ingin segera berada di sisi-Mu...malam semakin dingin...aku memejamkan mata..

terima kasih ibu kerana melahirkan aku walaupun aku tidak tahu siapa dirimu..kita bertemu disana ya ibu....




tinta kasih buat umi...





(SEMPENA HARI IBU)....

umi,
salam rinsa kasih dari anakmu,
aku ingin dikau tahu,
betapa aku menyayangi dirimu...

umi,
selama 9 bulan dan 10 hari,
dikau tidak pernah jemu
membawa daku kesana kemari,
tanpa penah memikirkan keletihan,
yang melanda dirimu..

umi,
masih terngiang di telingaku,
sewaktu aku masih dalam rahim mu,
kau alunkan ayat suci Al-Qura'an,
setiap detik,
setiap waktu solatmu,
supaya aku menjadi anak,
yang berguna untukmu,
jua agama suci..

umi,
saat aku menjengah dunia,
kau jua abah,
tidak pernah jemu.
menitipkan kasih-sayang untukku,
aku diajar supaya menjadi,
insan beriman dan berilmu..

umi,
aku tahu
air matamu telah banyak gugur,
kerana perbuatan anak-anakmu,
yang telah mengguris,
hati muliamu..

umi,
ampunkan daku,
segala keterlanjuranku,
betapa aku amat-amat,
menyayangi umi dan abah,
betapa aku ingin berbakti kepada kalian,
sebelum akhir nadi...

ya ALLAH,
hanya kepadaMu hamba bermohon,
panjangkanlah umurku,
supaya aku sempat berbakti,
pada mereka...


anakandamu,
... fatihah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...