بسم الله الرحمن الرحيم.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

C cantik & C hensem ^__^

kata- kata aluan dari pemilik syarikat

*TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENJENGAH KE PAGES YG X SEBERAPA INI...
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V

Khamis, 17 November 2011

tolong kesian kat saya :( jadi follower sy ekk???

salam....

hurmmm.....


hehehe...sebenarnya xtaw nk tulis apa...td nk tulis sal bola...tp, Fz ase malas pulak...

tp, apa kene mengena ngn tajuk entry lak??

tp, mesti nanti ramai yg meluat ngn tajuk entry Fz kan?? tiba2 jekk..buang tebiat ke hape budak neh..hehe..jgn ckp g2, ce bc sampai abih dulu...uweeee >_<

hahaha...saje je sebenarnya..kalau Fz ni muka xmalu...boleh je kan Fz  cuba meraih simpati readers diluar sana untuk membaca blogy Fz..persoalannya??? apa yg akan Fz dapat dr situ?? dapat duit kah???oooohhh...tidak22...blog F zxde iklan...tp,why???? apa kepentingan readers sebenarnya kpd penulis blog xbertauliah mcm Fz ni??

ok, Fz jawab jujur ni...ikhlas dr hati Fz yg paling dalam...*poyo lak...
sbb...... kalian adalah pemangkin dan penguat semangat kepada Fz untuk terus bersemangat menulis...

tp, untuk itu, takkan Fz nk merayu2, menangis2,melolong2 utk dapatkan readers..n follower...
konsep Fz ialah, santai2, simple2 n suka2..dgn tagline, aku menulis bukan kerna nama..

Fz tidak terdesak pun..dah bersyukur dengan apa yg ada..alhamdulilah...



agak2 kalo nangis sampai cenggini, nt ada follower x??hehe




Rabu, 16 November 2011

greysen chance

salam....

kenal x budak comel ni???
ahaaaaa...Fz dulu xkenal die pun..tp lepas tgk die wat persembahan masa AIM  baru2 ni, terus aku kata
"comelnya budak ni..best giler die nyanyi,pandai main piano lagi...dan 1 ayat ni pasti membuatkan peminat2 fanatik justien bieber marah iatu..

die lagi best nyanyi dr justien bieber..heheh*jgn marah yer dgn kenyataan jujur aku Fz ni..
budak ni boleh pegi jauh sbb...
even umur die baru 14 tahun, tp suara dier..perghhhh...
best n xdgr cm suara budak mcm justien bieber tuu...hehehe

ni Fz share profile die n beserta gambar die yg cumil ini...


Nama  : Greyson Michael ChanceNama Panggilan : G-Chance, GC, ChanceTempat /Tarikh Lahir : Texas, 16 Agustus 1997Nama ibu dan bapa : Lisa Chance dan Scott ChanceNama Saudara Kandung : Alexa dan Tannersukan kegemaran :  Bola Sepak
Nombor Jersey : 11









aku pencinta mu......

















Isnin, 14 November 2011

Angry Birds dan dakwah







Angry Birds




salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game apps Apple
yang dimain oleh anak saudaraku yang berumur 4 tahun sehinggalah tokoh agama seperti Ustaz Hasrizal
semuanya suka bermain game ini


tidakkah anda pernah tertanya-tanya?
Kenapa?
Apa yang best sangat game ni?
Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka


sedar x kita...
jawapannya sebab....
Angry Birds....
dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah


1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban
menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka
iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan
mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri
tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?
yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!

yang putih pula?
sanggup mengorbankan anaknya!
itu bukanlah satu pengorbanan yang senang
menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad

segala-galanya untuk mencapai satu matlamat
menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas


"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."
(At-Taubah 9:111)


2) Amal Jamaie (kerja ramai-ramai)

dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh
burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan
malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan
maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah
untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu


3) Tanzim (organisasi) yang tersusun

tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu?
tidak
diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza
setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan, kemahiran) yang berbeza
jadi diorang susun
sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu
kenapa?

sebab Saidina Ali mengatakan
"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"


4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil, efektif)

bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?
diorang susun dengan menilai
bagaimanakah cara yang paling muntij (berkesan) dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu

maka setiap orang yang mempunyai isti'ab (kemahiran) yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya
yang reti potong kayu pergi serang kayu
yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu


dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka
untuk detect, apakah kelemahan musuh kita
dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza
bagaimanakah kita ingin menyusun strategi
untuk mencapai ustaziyatul alam (Islam sebagai ustaz alam)

eh silap

untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat


5) Taat

dan sebagai qiyadah (ketua)
perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang
adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas
dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan

pasti tidak ada orang yang nak main
dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh
jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas



6) Ukhuwah

lastly
kena faham
bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat
itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang
mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya
mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka
kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara


seperti mana kita umat Islam bersaudara
jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya
dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita
daripada musuh yang nampak di dunia
dan juga musuh yang tidak nampak
yang menarik kita ke api neraka

kenapa?

sebab kita menyayangi saudara kita
sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang
kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam


tidak akan wujud game Angry Birds
jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka


begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam
malahan mustahil akan menang gerakan Islam
jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"
(An-Nasr 110:1-3)

sedarlah
pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam
dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna


semua yang korang baca tadi
adalah pengajaran daripada Angry Birds

tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat
iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih
kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza
dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...


"Ukhuwah Teras Kegemilangan"

Mengidam

salam..

Fz menidam n teringin sgt2 nk makan......




jeng222....












wahhhh...sedap22....xsabar nk makan makaroni sup yg kakak aku wat..lagi best biler ditabur dengan daun bawang Rado..heehe..*pengaruh dari citer Intan dulu la ni...masa tu Rado* Dude Harlino jadi hero citer tu...best moment wit my sista...lambatnya cuti....cepatlah..sudah xsbar ni..hehe


demam sekali setahun

salam....

alhamdulilah...ketemu lg kite semua ya...sihat x korang?? kalu sihat, alhamdulilah...kalau xsihat mcm Fz ni.,cepat2 makan ubat @ jumpa doktor taw?.
erkkk?? motif?? hehe..sebnarnya cuma nk gtaw yg Fz xsihat ni...demam salesman.. eh,tak2..demam selesema..haccccum!..huhu...
sbb demam tu, pihak CSI belum wat siasatan lagi..*lambat tol kang diorang ni wat keje..an?? haha..ok, dr siasatan awal Fz, punca demam ni adalah :

     1) perubahan cuaca yg xmenentu.
     2) saje2 nk demam sbb dah lama xdemam
     3) sbb byk sgt dosa..huhu..*sakit tu kan penyuci dosa kecil..
     4)jangkit ngn baby Fz kat kg *yg jd lambat bertindak tu sbb kumang2 yg Fz dapt dr die tu, baru   bertindak..hik2

huhu...pas ni nk p mana2 kene angkut kotak tisulah nampaknya...haha..still remember dulu2, masa kecik2, kalo tgh mkn,cecair yg kuar dr hidung tu *hingus tu xdikuarkan sampai abis,n ganggu deria pendengaran org len, My    Lurve Abah akan ckp gni.

"sedap sgt ke sedut cendol tu??"
erkkkkkk....haha..kang dah kene...kih2...

moga2 demam Fz akan cepat sembuh..sbb byk perkara yg nk kene selesaikan...amin..sama2 doakan FZ ekk??

k, jaga diri semua..jumpa lagi..salam...


Ahad, 13 November 2011

murah, mudah & menyedihkan..

salam...
 itulah yg boleh dikatakan dan digambarkan kepada wanita2 zaman skrg..
 MURAH,MUDAH DAN MENYEDIHKAN!!

MURAH sbb xde perasaan malu dan segan utk tayang apa yg xsepatutnya ditayang..berpakaian ttpi bertelanjang..masyaALLAH...

MUDAH sbb dgn sewenang2 n sesuka hati die je pakai baju xcukup kain..mmg lah baju sponsor bagai, tp dah hilang ingatan ker?? ke xperasan ko tu agama Islam??? ke ko selalu ponteng kelas fardu ain msa kecik,sbb tu besar dh jd cm jahil ngat psl agama..xreti ke aurat tu wajib ditutup??? dasar hipokrit seisi semesta

MENYEDIHKAN sbb bende ni adalah berkaitan dgn sesitiviti kite sbg org Islam.. dan sekaligus bile hal2 mcm ni jd, secara tak langsung, menampakkan bahawa terdapatnya kelemahan dlm pemerintahan. selain itu, memburkkan imej Islam itu sendiri..sebab nila setitik, rosak susu sebelanga..@ lebih sesuai, seekor kerbau mmbwa lumpur, taik, semuanya terpalit *peribahasa yg terwujud sbb kegeraman teramat..

p/s ;wahai wanita sekelian alam, jaga dan peliharalah diri dan maruah mu...Dirimu begitu berharga...jgn susutkan 'nilai' mu dgn kejahilan dan kebodohanmu...sayangilah ia...berikanlah pd yg selayaknya,iaitu suamimu...andai kau sudah 'punahkan' ia, apa lagi yg tinggal utk nya???

'wanita itu buka seperti bunga, yg wanginya bisa dicium setiap kumbang..tetapi. wanita itu seperti EMAS, berharga dan MAHAL,,disimpan ditempat tertutup dan tersembunyi dr pandangan agar x dicuri orang..walau jatuh ke dalam lumpur, ia ttp berharaga n xberkurang wlau sedikit pun nilainya...' 





Sabtu, 12 November 2011

kalian mmg cun n cantik lah!! :)

salam....
 oke, sbnarnya, Fz dah lama nk wat entry psl c comel2 ini..tp slalu xsempat nk download pic diorng bersama..n finally, i got it!
oke,spt yg kalian semua sedia maklum kan, yakni, Siti Nordiana, Irma Hasmie, dan Diana Amir, sudah bertudung..alhamdulilah...tapi sebenarnya ramai lg artis2 kita yg berhijarah ke arah kebaikan...

dan pd pandangan mata dan hati aku, diorang ni sememangnya cantik sgt2 bila bertudung...dan bertambah2 suka ak pd mereka nih..n utk pengetahuan semua, Fz ni dulu xsuka ngat ngn artis..pendek kata mmg Fz pemilih..hehe..apatah lg Diana Amir..yela, seksi meksi g2...lakonan xseberapa,tp alhamdulilah, berkat die dah berubah, tanpa disangka2 Diana Amir telah menambah 1 org peminat die...Fz laa..hehe...lps bertudung, ayat2 yg keluar dr mulutnya pun Fz suka dgr..sejuk aje..xkiralah, Nana ke, Irma ke, lepas bertudung ni, ayat2nyg dilontarkan bijak dan berhemah..itu yg kita nak....alhamdulilah..
tp, Fz ase, kalo dah cenggini, bukan Fz je yg beralih kpd diorang, you'll kat luar sana pun mesti sama ngn Fz gak kan..
semoga diorang istiqamah dgn keputusan ini dan dikurniakan suami yg soleh.amin....xsabr tunggu diorang lak dpt jodoh..



salam sayang sesayang sayangnya

apa ada pada otak kita sebenarnya??


sekali tengok, korang perasan x gamba ape ni??


sama ada kita sedar @tidak,
otak kita berkedudukan spt org yg sedang sujud...

subahanallah....
betapa agungnya kuasa-Mu

xde mood

salam..
berkesinambungan drpd status Fz dari Fb tadi iaitu..

 "esok ahad dah? malasnya nak ke kelas"

huhu...kan?? serius,,,Fz mmg xterasa n xteringin nk ke kelas langsung...herghhxx...bila tgk lect,mesti ingat assiment,bile ingat assiment, automatik buat Fz stress tibe2...ya ALLAH..bila kah semua2 ni akan berakhir??? aku sudah penat utk lalui semu ni...hurm.....xbaik mengeluh....tp, bukan mengeluh...cuma mengadu pd ALLAH yg Maha Mendengar...

berbalik pasal esok, dah lah kelas Fz pagi2 lagi...semua ni benar2 menguji hati dan perasaan..dah lah demam rindu kat kampung xabih lg neh...malasnya,..Ya ALLAH...bantulah hamba-Mu ini....

hurm..wlau mcm mana malas dan susah pun, Fz tetap kene gagahi jua kaki dan jiwa dan raga ini utk terus berjuang hingga tergenggamnya segulung ijazah...insyaALLAH...esok nak kene siapkan saki-baki assiment yg masih tergantung tu....*penat la aku melayan ko ni assiment..hurmmm


kalo leh tdo mcm tucim ni kan best..


salam sayang sesayang sayangnya...


Jumaat, 11 November 2011

hari baru tempat baru...*poyo

salam....
apa khabar semua?? akhirnya kita jumpa balik lepas 2 minggu..belum terlambat utk Fz ucapkan  SALAM AIDILADHA kpd semua muslimin dan muslimat....Fz baru samapi dari KELANTAN td...alhamdulilah..perjalanan Fz bersama penumpang lain selamat...
but, truthly, right now, i'm not feeling good..
entahlah....suasana bilik yg lain,cuaca yang lain, esok bermula semula cabaran dan tekanan dalam hidup sbg seorang m/siswa., hati Fz sendiri sedang mendung...semua rasa serba xkena,xde lagi bebelan UMI dan NENEK, tiada lagi hiruk pikuk adik2 aku yg nakal dan kemanjaan dari Ciko,hurghhhxx....Fz rindukan semua tu..YA ALLAH, kuatkanlah hatiku...*hurm,mcm tulah tiap kali lepas balik cuti...kepoyoan mmg terselah...huhu...
tp,ada jugak khabar duka yg melanda hati...*aishhh..poyo lagi..sori yer sume..Fz sebenarnya dah jatuh hati kat seseorang...tp,sygnya, semua itu xkesampaian..maybe xde jodoh..dan Fz mesti lupakan die...Fz malas nk ulas byk...cuma, mcj terakhir die pd Fz berbunyi...

  "selamat belajar n memulakan hidup baru,ALLAH akan sentiasa memberkati ihah.
   sy xkan lupa kejahatan sy pd ihah. sy akn sntiasa mgnangi ihah dlm 'rabiatul adawiyah- inteam.
   assalamualaikum..."

xpela, Fz akan simpan mcj ni sbg kenangan perkenalan kami, dan lagu RABIATUL ADAWIYAH telah Fz jadikan lagu latar..motip?? saja2...hehe...Fz mmg suka lagu nasyid pun..

okeylah, Fz nk lupakan semua bende2 yg xperlu diingat...nk tambah bende baru byk bukak sem nih..exam pon nk dekat dah..x mau main2 lagi...fokus itu penting...k lah, setakat ini dulu..nanti kita jumpa lagi....



hehehe..thanks pak cik google


salam sayang teramat sayang....^__^

Selasa, 25 Oktober 2011

rahsia disebalik simbol bulan dan bintang


credit to : 
http://apanamadotcom.wordpress.com

Pendahuluan
Bagaimana umat Islam sebenarnya disihir? Pernahkah anda semua melihat lambang bulan sabit dan bintang di sekeliling? Dari mana lambang itu berasal? Dan mengapakah lambang itu dipilih? Siapakah yang memilih lambang itu? Adakah Rasullulah S.A.W dan sahabat menggunakan lambang tersebut untuk agama Islam? Adakah ada disebutkan di dalam mana hadis atau ayat Al-Quran supaya menggunakan lambang tersebut sebagai lambang agama Islam yang suci ini? Ohhh, semestinya TIDAK!
Pada zaman Rasullulah dan Khulafa Ar-Rasyidin (632-661 Masihi) tidak pernah ada lambang untuk agama IslamAl-Quran juga tiada menyebutkan hal tersebut. Rasullulah hanya menggunakan panji-panji perang yang sangat sederhana dan hanya satu warna sahaja samada putih, hijau atau hitam.Tiada lambang bulan dan bintang seperti di kebanyakan negara Islam sekarang. Kegemilangan kerajaan Islam Uthmaniah. Penaklukan Kota Istanbul (Kota Islam)
Kegemilangan kerajaan Islam Uthmaniyyah
Sebenarnya simbol ini telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad II ke dalam benderaKerajaan Uthmaniyyah setelah penaklukan Kota Istanbul (Constantinople) pada 1453 Masihi. Lambang Bulan dan Bintang itu adalah lambang bagi Kota Constantinople (Istanbul) yang sebelum itu berada di bawah kekuasaan Empayar Rom sejak sekian lama. Ekoran daripada keluasan wilayahnya yang luas merangkumi tiga benua dengan kepelbagaian peradaban yang ada di dalamnya. maka simbol bulan sabitdigunakan sebagai METOPHORA untuk melambangkan posisi tiga benua itu.Sebelah hujung yang satu menunjukkan Benua Asia yang ada di Timur,hujung lainnya mewakili Benua Afrika yang ada di bahagian lain dan di tengahnya adalah Benua Eropah. Manakala lambang bintang menunjukkanposisi ibu kota yang kemudian diberi nama Istanbul yang bermakna: Kota Islam.
Dewi Artemis merupakan simbol bulan sabit bagi kaum Nasrani
Sebelum dikenali dengan nama Constantinople, kota tersebut terlebih dahulu dikenali sebagai Byzantium. Byzantium diambil sempena nama Raja Byzas (663 SM) dan dijadikan ibu negara untuk Empayar Byzantine sebelum empayar tersebut tewas kepada kerajaan Uthmaniyyah pada 1453 Masihi. Bulan sabit telah dijadikan simbol kota tersebut untuk didedikasikan kepada Dewi Artemis (Hunt God). Sabda Rasullulah S.A.W :
“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamuberpegang teguh dan mengikuti kedua-duanyanescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran danSunnahku.”
Asal-usul simbol bulan sabit dan bintang
Jadi dari manakah asalnya penggunaan simbol bulan sabit dan bintang ini yang terdapat di mana-mana sekarang, termasuklah bendera-bendera negara dan negeri.
Dewi Ishtar simbol tuhan kaum Babylon
Lambang bintang pula ditambah sebagai simbol kota selepas kematian Maharaja Constantine pada 337 Masihi dan nama Byzantium telah ditukar kepada Constantinople sebagai tanda memperingati maharaja Constantine. Lambang itu adalah dari simbol Dewi Ishtar (Star iaitu bintang dalam bahasa Inggeris diambil dari perkataan Ishtar ini). Dewi Ishtar ialahtuhan kesuburan, kasih sayang, peperangan dan seks bagi kaum Babylon purba. Ada juga pendapat mengatakan lambang bintang ini diambil dari Star Of Virgin Mary kerana agama Kristian telah menjadi agama rasmi empayar Rom dengan Persidangan Nicea pertama pada 335 Masihi dan Persidangan Constantinople pada 381 Masihi. Dan sejak dari itu Bulan Sabit dan Bintang telah menjadi lambang rasmi untuk kota tersebut.
Jacques De Molay
Lagenda Jaques De Molay
Adakah simbol ini hanya digunakan untuk agama Islam sahaja? Oh, tidak sama sekali. Ia juga digunakan oleh Freemason! Cuba lihat simbol logo Freemason yang digunapakai oleh puak Jacques DeMolay. Kini simbol ini dikenali sebagai simbolDeMolay International iaitu salah satu cabang Freemason. Ia diambil dari Grand Master of The Knight Templar terakhir  iaitu Jacques de Molay (1240/1250 – Mac 1314) yang berkhidmat kepada Raja Philip IV bermula dari 20 April 1292 sehingga ia dibubarkan dengan perintah Paus Clement V pada tahun 1312. Matlamat beliau sebagai Grand Master adalah untuk
Simbol bulan sabit dan bintang pada logo Freemason
membuat reformasi dan menyesuaikan dengan keadaan di Tanah Suci selepas Perang Salib. Namun begitu, beliau telah difitnah dan dihukum bunuh kerana menentang kerabat raja. Untuk mengembalikan kegemilangannya, De Molay telah diangkat dan diagungkan sebagai LAGENDAkepada pengikut Freemason. Lihatlah betapa licik dan halusnya pihak Yahudi dan Nasrani menusuk jarum ke dalam MINDA umat Islam agar lalai dan alpa tentang asal-usul simbol bulan sabit dan bintang yang dijadikan IKON agama ISLAM.
Jika kita terus hanyut dibuai dongeng dan lagenda berkaitan simbol ini maka ia secara tidak langsung menjerumus kita ke arah PENYEMBAHAN BERHALA SECARA LANGSUNG DI BAWAH SEDAR. Na’uzubillahi min zalik……
Peranan Umat Islam
Kita selalu pening memikirkan “Kenapa umat Islam susah nak BERSATU”bukan? Sejak kejatuhan institusi khulafah Uthmaniyyah, tanah umat Islam berjaya dipecahkan malahan kekal terpisah hampir seabad lamanya! Jika kita melihat dari skop mata zahir, lupakah kita bahawa dunia adalah suatuFATAMORGANA yang memperdaya? Tidak terfikirkah seorang dari kita bahawa kita sedang DISIHIR oleh DAJJAL melalui tenteranya yang melata di bumi? Dengan izin Allah, sang Pemfitnah berjaya dan terus berjaya?
Kemunculan Dajjal akan menguasai dunia dengan tipu daya yang nyata
Kini kita menjadi BUTA HATI dan BUTA MINDAdalam mengenalpasti manakah yang berpaksikan AJARAN ISLAM dan manakah yang berpaksikan AJARAN KUFFAR? Tiada satu mata pun dikalangan umat Islam yang mengetengahkan ISU ini kerana merasakan ianyaREMEH? Tidak membawa Islam kemana-mana? Khurafat? Tahyul? Atau kita yang JAHIL
Ingatlah bahawa;
JANGAN LUPA, JIKA ANDA PERCAYA BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA, SEGALA YANG DIBAWA BERSAMANYA SEPERTI SIHIR, MAGIK (SILAP MATA), DAN TIPU DAYANYA JUA ADALAH NYATA DENGAN IZIN ALLAH.
Lupakah anda sumpah keramat Azazil setelah dia dihalau keluar dari Syurga Allah???
Iblis berkata:
” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya”.
“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik“.
(Surah Al-Hijr : Ayat 39 – 40)
Kesimpulan
Oleh kerana kejahilan dan kenaifan umat Islam, simbol bulan sabit dan bintang diambil dan dijadikan SIMBOL BENDERA negara Islam secara meluas. Hinggakan MINDA umat Islam seperti dipukau atau dikawal secara sistematik. Hatta kita, akan melenting jika simbol ini dipijak atau diletakkan pada tapak kaki. Seolah-olah simbol ini SETANDING DENGAN TUNTUTAN AJARAN ISLAMyang melarang perkataan ALLAH S.W.T dan MUHAMMAD S.A.W tidak dibawa ke tempat yang boleh merosakkan IMEJ ISLAM
Lihatlah betapa malangnya bila di sekeliling kita sekarang ini simbol apakah yang diagung-agungkan seperti di kubah masjid, sejadah dan hiasan bercorak Islam? Lambang apa yang digunakan? Kita seolah-olah telah didoktrin oleh masyarakat Islam yang jahil tentang asal-usul simbol ini. Mereka cuba menggambarkan kepada kita simbol ini adalah LEGASI WARISAN ISLAM. Hinggakan jika tiada simbol ini di surau, musolla, pasantren, masjid dan pusat Islam macam TIDAK SAH SOLAT KALAU TIDAK ADA LAMBANG INI.
Jika dilihat di sekeliling kita sekarang, hampir di kebanyakan masjid mempunyai simbol ini. Sedangkan yang PASTI simbol ini sebenarnya adalah warisan dari kaum YAHUDI  dan NASRANI yang gigih menjalankan usaha mereka untuk menyelewengkan AQIDAH umat Islam dari menyembah Allah S.W.T yang MAHA ESAMarilah kita sama-sama SEBARkan MESEJ ini agar kita tidak lagi asyik-masyuk TIDUR DIBUAI MIMPI PALSU…….
Kejahilan dan kenaifan umat Islam terbukti pada bendera rasmi negara di mana simbol bulan sabit dan bintang dijadikan sebagai simbol IKON NEGARA
“Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkanmereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.”
 (Surah Yusuf : Ayat 106)
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”
(Surah Yusuf : Ayat 108)
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar)”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 120)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...