بسم الله الرحمن الرحيم.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

C cantik & C hensem ^__^

kata- kata aluan dari pemilik syarikat

*TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENJENGAH KE PAGES YG X SEBERAPA INI...
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V

Isnin, 18 April 2011

epi bday umi ke -50 ( 18 aPriL)


assalam....

hari ni 18 april 2011 bersamaan hari ahad...today is my mum's birthday...yg ke- 50. maknanya, umi dah sambut jubli emas...hehe
tp, yg xbest 2, xdapat sambut la jubli emas umi sbb aQ nun jauh di utara..hanya ucapan jela yg sampai..kalau aQ ada, bajet nk wat majlis kecik2..mcm abah hari tu la..xde rezeki..nk wat cam ne..huhu T__T
tp,aQ suka bila ada org puji bday abah n umi hanya berbeza sehari jer...hehe..xsangka....
hadiah utk bday umi??..emmm..aQ dapat numb 3 pesta pantun...hehe...xsangka..alhamdulilah....xpenah2 masuk pantun..tiba2 jek..ngeh3x...
haish...ni nk ckp psl pantun ke, pasal apa? dah lari topik ni....hehehe...
apa pun, aQ doakan semoga umi selalu dirahmati ALLAH, sentiasa diberi kesihatan yg baik dan berpnjangan dan dimurahkan rezeki..amin..aQ nak balas jasa2 umi walaupun aQ tahu xpernah terbalas...tp,aQ selalu doakan agar aQ dapat jd anak yg tahu bersyukur dan menghargai org tunya..aQ nak umi ngn abah senang dalam menghadapi masa2 senja mereka..bukan bekerja membanting tulang...ya ALLAH...hanya pd mu aQ bermohon..
lindungilah insan2 kesayangan aQ ini...
disini, ku titpkan sajak buatmu..
:
:
:
:
:






..

umi,
salam rinsa kasih dari anakmu,
aku ingin dikau tahu,
betapa aku menyayangi dirimu...

umi,
selama 9 bulan dan 10 hari,
dikau tidak pernah jemu
membawa daku kesana kemari,
tanpa penah memikirkan keletihan,
yang melanda dirimu..

umi,
masih terngiang di telingaku,
sewaktu aku masih dalam rahim mu,
kau alunkan ayat suci Al-Qura'an,
setiap detik,
setiap waktu solatmu,
supaya aku menjadi anak,
yang berguna untukmu,
jua agama suci..

umi,
saat aku menjengah dunia,
kau jua abah,
tidak pernah jemu.
menitipkan kasih-sayang untukku,
aku diajar supaya menjadi,
insan beriman dan berilmu..

umi,
aku tahu
air matamu telah banyak gugur,
kerana perbuatan anak-anakmu,
yang telah mengguris,
hati muliamu..

umi,
ampunkan daku,
segala keterlanjuranku,
betapa aku amat-amat,
menyayangi umi dan abah,
betapa aku ingin berbakti kepada kalian,
sebelum akhir nadi...

ya ALLAH,
hanya kepadaMu hamba bermohon,
panjangkanlah umurku,
supaya aku sempat berbakti,
pada mereka...


anakandamu,
... fatihah...


salam sayang dari puteri comot ^__^

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...