بسم الله الرحمن الرحيم.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

C cantik & C hensem ^__^

kata- kata aluan dari pemilik syarikat

*TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENJENGAH KE PAGES YG X SEBERAPA INI...
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V

Terdapat ralat dalam alat ini

Selasa, 6 Disember 2011

menunggu pangeran impian...



aku tertanya2,siapakah jodoh aku...
adakah aku pernah bertemu dengan nya??
atau pernah berselisih dengannya??
tidak aku ketahui, 
melainkan DIA,ya RABBI..
yang telah menetapkan dia adalah pemilik tulang rusuk
yang aku miliki kini..

aku menanti,
pangeran impianku,
yang akan aku temani hidupnya sepanjang usiaku,
dalam redha ILAHI,
jua restu orang tuaku...

pangeranku, 
semoga dikau sihat-sihat  selalu,
dilindungi dalam  kasih ya RABB!!
bersama setuju kasih dari ibu dan ayahmu,,

pangeranku,
aku teringin merasai kemanisan cinta selepas nikah,
yang tidak mampu dibeli dengan wang berjuta..
andai itu terjadi,
syaitan akan menangis hiba

pangeranku,
aku tidak berharap untuk bertemu denganmu,
kerana aku tahu,
apa yang telah direncakan oleh-Nya adalah terbaik buat kita..
aku tetap akan sabar 
menunggumu,
pangeran impianku,
yang akan membimbingku ke jalan yang diredhai, 
tanpa ragu, akan ku simpan cinta ku pada dikau,
selepas cinta aku pada ILAHI Rabbi...
ibu ayah ku, serta keluargaku..

pangeranku,
aku tahu, aku bukanlah yang terbaik untukmu,
namun,akan aku pastikan dikau terbeban dan kesal dengan ikatan ini,
aku tidak mengharapkan kesempurnaan dan ketampanan,
cukuplah iman didalam dada mu,
wang itu memang perlu,
tapi, itu semua kita mampu usahakan,
kerana rezeki itu adalah dari ALLAH..

pangeranku,
ingin aku mengaji AL-QUR'AN bergurukan dikau,
bersolat berimamkan dikau,
mencium tanganmu setiap kali pulangnya kamu dari tempat kerja,
menyambut mu dengan hidangan yg enak,
menjadi ibu untuk putera dan puteri kita kelak,
semoga mereka soleh dan solehah..

pangeranku,
aku tahu impianku berlebihan,
kerana aku sendiri,
bukanlah insan yang sempurna..
namun, aku berjanji akan pelihara iman dan maruah ku,
demi agama, demi nama keluarga dan demi keturnan kita..

pangeranku,
aku tahu hakikat bahagia ini sukar,
namun,aku tahu,
janji ALLAH itu pasti..



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...