بسم الله الرحمن الرحيم.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

C cantik & C hensem ^__^

kata- kata aluan dari pemilik syarikat

*TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENJENGAH KE PAGES YG X SEBERAPA INI...
*PAGES INI DIBINA BERTUJUAN HANYA UNTUK LUAHAN HATI,FIKIRAN,CAMBAHAN IDEA PEMILIK SAHAJA
* PENDEK KATA HANYA UNTUK SUKA2 N HEPI2 SAJA
*TAK MAHU GADUH2 YER?
*PEACE NO WAR..(^__^)V

Terdapat ralat dalam alat ini

Jumaat, 10 Jun 2011

pantang larang

*gambar sekadar hiasan.tengs pak cik google

salam...
erm....skunk dah kol 12.45 a.m.
sembahyang sudah..
mata masih lom ngantuk..
sbb selalunya aku tidur kol 2.00 a.m.
kalau kat sini..
kalau kat umah lak, kol 9.00 p.m dah membuta..
hahaha..
aku pun xtahu kenape jd g2...

ok2..entry kali ni adalah pasal petua...
sebenarnya bukan petua sgt pun,
ia lebih kepda pantang larang orang tua..
zaman2 dulu..
dan skrg pun masih ada ape...
hikhik..

ok, ini adalah contoh2 pantang larang tu..yg penah aku dgr dari nenek n bonda aku...aku gtaw reasonnya sekali ek..:-
1)jangan makan berpindah tempat, nanti kawin lebih dari sorang..

-alasan nya supaya tempat xbersepah.yela, budak2 kalau mkn, habis bersepah tempat.bayangkanlah kalau dia berpindah makan banyak tempat dalam satu masa,x ke leceh nk bersihkan?

2)jangan duduk atas bantal, nanti naik bisul atas bontot..
- alasannya kerana, bantal kan tempat kita letak kepala, buat tdo..kalau bantal khusus utk duduk 2, xkisah lah..so, bg elak budak2 zaman dulu duduk atas bantal, ni la pantang larangnya..


3)jangan kuar waktu maghrib, ada hantu.

-releven gak pantang ni sbb waktu maghrib kan syaitan byk dok berkeliaran..so, nak suh diam2 kat dalam rumah,ckp jela cenggini..


4)jangan main kaki masa meniarap(terutama perempuan)nanti mak kita akan meninggal

-yg ni paling takut cket la, eyela, babitkan mak kot..alasannya ialah nak jaga tingkah laku anak dara..main kaki masa dok meniarap nampak mcm kurang sopan je kan?

5)jangan menjahit pd waktu malam, nanti mata akan jadi buta

-yela, zaman dulu mana ada elektrik, guna minyak tanah je..so, malam2 mmg lah gelap. sebenarnya alasan ni tercipta sbb nak elakkan mata jadi rabun..yela, kalau wat keje dalam gelap, kan mata jadi rabun..releven gak la..


6)jangan kira duit pada waktu malam, nanti rumah dimasuki pencuri

- siang kan ada, yg nak kira waktu malam tu nape? haha

7)jangan tinggalkan nasi walau sebiji pun lepas makan, nanti nasi tu menangis

-pantang ni adalah bg mengelakkan pembaziran..dulu, aku ingat ag..masa kecik2, bonda aku selalu ckp cenggini...budak2, biasalah..percaya..so, tiap kali lepas mkn, kene make sure pinggan licin. dan alhamdulilah,sampai skrg, kalau xde alasan yg xmunasabah,aku akan pastikan nasi tak tertinggal sebiji pun dlm pinggan.


8)jangan ainaya binatang, nanti anak yg bakal lahir akan cacat

-pantang ni bg elakkan pengainayaan terhadap haiwan,


9)jangan menyanyi kat dapur, nanti dapat suami tua.
-yg ni pun aku penah terkena..padahal, tujuannya bg elakkan masakan dari hangit. yela, bila tgh ralit nyanyi, xsedar la masakan kita tu cam ne keadaannya...ala, zaman dulu kan pakai dapur kayu je..skrg dh moden..

10)jangan jumpa ngn bakal suami/isteri sebelum kawin, nanti xnaik seri pengantin

-alasanya, bg elakkan maksiat..yela, waktu ni darah manis..syaitan pun lagi suka la nak menghasutnya..


ok, inilah sebahagian yg aku tahu..kesimpulannya, pantang larang ni dibuat oleh orang2 dahulu bg mendidik anak2 n cucu mereka dengan cara paling halus..supaya nanti mereka ni jadi manusia yg baik dan mendengar nasihat..itulah sebabnya..ada sesetengah pantang tu, kalau yg releven tu, boleh digunakan selagi ia tidak membawa kepada unsur khurafat..

setakat ini dulu,
sincerly,
***fatihatulzahra***

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...